Monday, May 16, 2011

SOLAT SUNAT HIFZI


Kaifiat/kaedah Solat Sunat Hifzi :

- Dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam yang memisahkan antara kedua-duanya.
- Sebaik-baiknya dilakukan selepas bangun dari tidur.
- Dikerjakan sebanyak 3,5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
- Dibaca pada rakaat pertama Surah Al Fatihah dan Surah Yasin.
- Kemudian diikuti rakaat yang kedua dengan membaca Al Fatihah dan Surah Ad Dukhan.
- Seterusnya pada rakaat ketiga dengan membaca Al Fatihah dan Surah As Sajadah.
- Pada rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang keempat dengan membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Mulk.
- Membaca doa Solat Sunat Hifzi setelah selesai salam.


Bersempena dengan imtihan, antara objektif pelaksanaan Solat Sunat Hifzi :
- Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
- Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
- Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
- Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T atas usaha-usaha yang telah dilakukan.
- Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

human right examination~



http://www.4shared.com/document/wDAPeZ1O/hr_guide_en.html

assalamualaikum wbt..
dear friends, please download the above link for the pdf version of our subject "Human Rights".
Below are the pages of the topics that will come out in the examination..

page : 1-26, 55-62, 90-93, 97-100, 110-117

study hard and be well prepared for the upcoming exams ok! 

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Friday, May 13, 2011

Forensic Schedule (6th week - end round)

Sekalung Penghargaan

Sahabat-sahabat GEN 3 07/08 dan semua tahun 4 yang dirahmati Allah sekalian



Kami ahli jawatankuasa Solat Hajat Transformer ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis solat hajat.

Semoga pengisian yang diberikan semalam sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita betapa besarnya Allah disisi kita. Semoga keampunan dosa kita Allah permudahkan.

Kami mengharapkan sekiranya sahabat-sahabat sekalian ada cadangan dan muhasabah mengenai majlis semalam bolehlah diajukan kepada Pengarah program.

Dengan kata lain, semoga usaha kami untuk memberikan yang terbaik dapat kami lakukan dengan izin Allah. Mohon maaf kepada kalian sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sekitar program berjalan .InsyaAllah, kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

Akhir sekali, sama-sama kita menjaga hati dan sama-sama kita menuju puncak kejayaan dunia dan akhirat.

Jika dahulu kita idam-idamkan puncak kini kita telah tiba di angkasa. Dan sekarang ke mana pula arah tuju kita?




-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Tuesday, May 10, 2011

WIRA & THE BLISS MEMPERSEMBAHKAN...


Mari beramai-ramai memeriahkan dan meramaikan lagi TRANSFORMERS (Majlis Solat Hajat Batch 2007 /2008).. banyak aktiviti-aktiviti menarik menanti anda di sana.. 

Antara aktiviti pada malam tersebut ialah yang terutamanya SOLAT HAJAT bersempena imtihan yang bakal tiba. FORUM DARI MANA NAK KE MANA yang mana dikendalikan oleh panel-panel yang yang berwibawa, slot SEMBANG SANTAI yang sangat menarik dan berbagai acara lain menanti anda..


TARIKH : 12 MEI 2011
MASA : 7.15pm - 10.30pm
TEMPAT : GMN CENTER
KOD PAKAIAN : 
IKHWAH - BERBAJU MELAYU / JUBAH
AKHAWAT - BERPAKAIAN SOPAN
p/s : jangan lupe bawak sejadah ea..


datang jangan tak datang~ =)

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-