Saturday, October 9, 2010

penerangan mengenai artikel

Saya penulis artikel di bawah, ingin memberikan penjelasan, 
1) Artikel ini ditujukan kepada sahabat saya sengaja balik lewat bukannya yang mempunyai masalah. 
2) Saya rasa kita dah tahun 4 dah matang dan TAHU bila start kelas. Tiap2 tahun orang sama jer yang datang kelas awal..Saya perhatikan muka2 sama. 
3) Anggaplah ini satu teguran daripada sahabat yang concern. Sahabat yang baik adalah cerminan kepada yang lain. 
4) Siapa yang nak berasa hati, saya ingat lupakan sahaja. Anggap yang ada masalah itu, artikel ini bukan ditujukan kepada anda. 
5) Selepas ini, sebelum menempah tiket daripada siapa, pastikan anda tahu bila nak stat kuliah. Bukan seberono beli tiket dan bercuti terlalu lama. 
6) Artikel ini untuk kita sama-sama muhasabah , ilmu perubatan kita, dan tahap komitmen kita, dan saya tegaskan kelakuan anda semasa di medan kuliah mencerminankan perangai anda yang sebenar sebagai seorang doktor dan pengamal perubatan. 
7) Bak kata Dr Muhaya, Attitude seorang doktor banyak mempengaruhi seseorang daripada ilmu perubatan untuk merawat pesakit... 
8) Penulis adalah Muhammad Hanif bin Mahamud. Saya rasa sesiapa yang tidak berpuas hati boleh lah berjumpa dan menyatakkan demikian.

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

MINDA YANG SUPERB

Assalamualaikum,

Allah SWT menyuruh kita untuk menggunakan akal sebaik mungkin kerana akal adalah penentu kepada segala tindakan manusia. Jika tidak, manusia mungkin bersikap tidak rational, dan bertindak membabi buta tanpa menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan.

 

Nyata di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman “  Dan sesungguhnya ,kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai HATI, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah, dan mempunyai mata, tetapi tidak menggunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak menggunakan untuk mendengar ayat2 Allah, mereka itu seperti binatang dan bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itu lah orang2 yang lalai. (Al-A’raf :179)

 

Dalam ayat ini , Allah menyuruh kita menggunakan tiga pancaraindera iaitu mata, Hati dan telinga yang merupakan organ of communication…untuk senantiasa memerhatikan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesarannya bagi mencari cara yang terbaik untuk berbakti dan hidup di bumi ini. Malangnya masih ada orang-orang yang sering melupakan dan bertindak secara melampau melebihi daripada apa yang diajar untuk nya (Islam)

Tajuk entry kali ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah atau sahabat2 sekalian, tetapi mungkin juga satu teguran untuk kebaikan pada masa yang akan datang.

 

Minda yang superb yang saya maksudkan adalah minda kelas pertama. Apa itu minda kelas pertama. Ialah minda yang berfikir secara matang, mendahulukan apa yang perlu didahulukan dan bertindak secara rational tanpa sebarang pengaruh emosi dalam diri. Itu lah minda muslim dan seharusnya kita BAKAL2 Doktor mestilah mempunyai minda superb…..kerana sememangnya kerjaya kita pada masa akan datang tidak dapat dipisahkan dengan minda Doktor=minda yang superb.

 

Sesuai dengan saranan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bahwa dalam melahirkan MODAL insan mestilah mempunyai minda kelas pertama.

Saban hari dan tahun, sudah puas kita mendengar pelajar Malaysia terlalu ramai yang gagal dalam exam, salahkan soalan susah daripada university, itu dan ini. Beribu alasan dibuat oleh sesetengah pelajar untuk meng’halalkan’ kegagalan diri sendiri. Jarang juga kita mendengar “aku fail ini sebab teknik study, malas belajar, bahkan acap kali kita mendengar, Soalan susah, Oral exam kedekut markah, Dr nisreen tak sporting, Control silap kira markah, dan ada juga pelajar yang berbangga kerana lulus exam dengan Tazallum…

 

Sikap2 dan cirri ini bukan lah ciri minda kelas pertama. Mungkin kita terlampau manja dengan kemewahan yang ada , computer canggih, install berpuluh game, tetapi kita tidak dimanja dengan ditimbus oleh longgokkkan buku untuk dibaca…Sayang seribu kali sayang.

Yang mengejutkan ada juga pelajar yang meminta pihak university untuk postpone tarikh bermula kuliah sedangkan waktu cuti telah lama habis. Ini satu attitude yang tidak patut ada untuk bergelar Muslim MINDA KELAS PERTAMA

 

Kesian kepada sahabat2 yang datang awal ke kelas dengan niat yang ikhlas untuk menimba ilmu, mengutip mutiara yang berharga oleh Professor sedangkan kita berehat senang lenang di Malaysia , yang dimarahi juga adalah orang yang datang awal sedangkan bukan salah mereka. Kerana sikap yang tidak bertanggungjawab, orang lain menjadi mangsa.Ada seorang sahabt kita mengawalkan tiket dengan membayar ratusan ringgit adalah untuk menghadiri ke kelas tepat pada waktunya sedangkan ramai pula yang cuba postpone tiket kerana tidak puas cuti di Malaysia…tepuk dada Tanya iman……

 

Saya sendiri bukanlah orang yang  “cemerlang” sangat untuk menasihati pelajar –pelajar yang datang lewat yang kesemuanya “pandai-pandai semua”. Tetapi dalam surah Al-Asr , Allah senantiasa menyebut kita untuk saling pesan memesan antara satu sama lain dengan kebenaran. Nabi SAW pernah berpesan , Untuk kita mengetahui perangai sahabat kita, hendaklah kita melihat perangai sahabat yang dekat dengan individu tersebut.

Wasalam

 

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-