Friday, January 15, 2010

Kembali pada Fitrah

Cuba kalian halakan pandangan ke luar. Ke luar,maksudnya, ke sekeliling ke? Ya, ke luar,kearah alam yang kita diami. Kalian nampak apa? Kalau saya, saya nampak awan dahulu pada mulanya, kerana saya suka lihat awan yang menaungi kita, dengan putih kapasnya, dan langit yang biru. Tenang, sangat tenang. Juga saya nampak kedai-kedai, pokok-pokok yang tak berapa nak hijau,sebab debu di sini kalian sendiri faham-fahamlah, kadang-kadang pagi-pagi saya tertukar, ia adalah kabus atau jerebu ya?

Oh, indah rupanya alam yang saya duduk ni. Sepatutnya, saya juga kena tahu nikmat udara, sebab tanpa oksigen sebagai salah satu partikel udara tu, mesti saya, kalian dan semua hidupan tak boleh hidup, sebab ia adalah elemen penting. Tapi udara tak dapat dilihat, ia hanya boleh dirasa. Manusia kalau tak ada makanan boleh hidup selama beberapa hari, tak ada air boleh tahan selama tiga hari, tapi cuba bayang tak dapat oksigen selama seminit? Tercungap-cungap macam ikan emas dalam balang yang airnya dah kering! Kalau kita belajar pun, otak manusia kalau tak dapat cukup oksigen akan mati dalam masa tujuh minit! Walau ajaibnya, jantung kita masih boleh berdegup bila berada di luar badan.

Selepas itu, kalian juga mesti terfikir. Kenapa saya tulis macam budak-budak baru belajar buat karangan bahasa melayu darjah tiga sahaja? Macam, maksud penulisan tak sampai je? Apa motif post saya sebenarnya? Nampak saya selaku duta World Wildlife Federation (WWF), pencinta alam sejati pun ada juga. Hurm... Tak, saya bukan nak fokuskan itu. Cuba kalian alih mata kalian ke satu sudut. Ya, di situ. Bukan-bukan! Bukan pada abang jual buku dekat maktabah depan kuliah kita tu! Sudut itu… Eh, bukan kat kedai makan tu. Sana sikit. Sana. Haa, betul. Kalian nampak apa saya nampak kan? Bagus, sekarang retina kita fokus pada benda yang sama.

Saya nampak, ada perempuan sedang pangku anak dia. Biasalah, kalian pun dah lama tengok. Makcik depan kuliah asnan tu. Kalau perasan, dari tahun lepas lagi dia ada kat situ, tempat sama, waktu sama, orangnya pun sama,jumlahnya juga sama, bertiga. Makcik itu ada anak kembar, daripada anak dia bayi, sampai sekarang dah boleh jalan pun anak dia,dia masih setia duduk di situ. Saya terfikir juga, dia tiada suami ke? Tak malu ke,tak boring ke dia? Another same old days keep repeating, bak kata orang mata biru. Tapi setakat tanya dalam hati je la, bukannya nak pergi cakap, sebab saya rasa sama ada makcik tu yang pakai bahasa ammi yang accentnya high, atau saya yang pakai bahasa low grade, nanti endingnya akan bawa kepada tidak faham juga. Oh ~

Sekarang mari kita berjalan selusur tepi hospital universiti itu. Ramai kan orang sakit? Mata lebam. Muka merah, skin rash kot. Kaki bengkak, swollen sebab edema rasanya. Muka kerut-kerut, painful condition, kesiannya. Belum lagi tengok yang budak-budak kecil yang lama sangat tunggu, tapi tak tahulah saya dia dah dapat rawatan ke belum. Saya rasa otak kita interpret perkataan sama, KASIHAN! Ya, memang pun, kadang-kadang memang kita rasa macam betul ke dia ni susah? Tapi kebanyakan rasa kita tu lebih kepada kita kasihan, kita simpati dengan nasib dia,kan? Betul tak?

Sebenarnya, dalam konteks kita pula, aplikasinya, alam ni banyak ajar kita. Kalau tengok tepi, nampak orang yang lagi kurang dari kita. Apa kita kena buat? Bersyukur! Kita tengok bawah, nampak tanah, yang tempat kita pijak tu, sebenarnya asal kita, nantipun kita kembali enam kaki bawah tanah kelak, kat situlah. Sekarang, kita masih ada masa lagi nak beramal. Apa kita kena buat? Bersyukur! Tengok atas, kita nampak satu pandangan yang boleh bagi kelapangan, sama ada langit bersih siangnya, atau bintang bercahaya malamnya, dua-dua memang kita nampak dengan mata kita ni. Apa kita kena buat? Bersyukur! Ya, itu sebenarnya, kita kena bersyukur! Bersyukur bukan hanya pada lafaz, tapi hati kita, niat kita, perbuatan kita, semuanya kena seiring dengan rasa syukur dan terima kasih kita pada Allah. Kalau perlu, menangislah kerana kita bersyukur, berterima kasih, bukan hanya pada perkara yang menggembirakan, tapi juga berterima kasih pada perkara yang mendukacitakan. Eh, semua yang tadi dah betul, kenapa pulak nak bersyukur atas perkara yang mendukakan? Kenapa ya?

Macam ni. Cuba bagitahu, ada tak dalam sehari kita tak rasa sedih, atau gelisah, atau marah, atau sakit hati, atau geram, atau apa-apalah perasaan negatif yang ada kat hati ni? Rasa macam ada tak kena, tak banyak pun mesti ada dalam sehari kan? Iyalah, kerana seekor tikus pun boleh rosakkan mood kita sehari,betul tak? Konsepnya, memang sengaja sebenarnya, memang dah plan semua yang kita dapat tiap-tiap hari tu. Siapa mastermindnya, tentulah Yang Maha Hebat, Yang Maha Tahu, yang tak ada kurang dan mustahil langsung pada Dia, yang sifat sempurnaNya seratus kurang satu sahaja, sebab Dia suka ganjil. Semua boleh, Dia kata jadi, maka jadilah benda tu.

Dia Tuhan kita, Yang cipta saya dan kalian dari setitis mani yang jijik, keluar dari lubang kencing yang hina, menjadi kita seperti sekarang. Dia bagi kita rasa semua tu, maknanya, Dia mesti ingat kita, betul tak? Besarnya darjat kita, untuk Dia Yang Maha Agung tu ambil kira kita yang kerdil ni. Kita yang tah hape-hape ni Dia ingat? Allah…. Ingat tak? Kita sempat janji pun dulu, kita kata solat kita, ibadat kita, hidup kita, mati kita semuanya untuk Dia. Janji ni kita buat dari dulu sampai sekarang, setiap kali kita hadap dan jumpa dia tiap-tiap hari kita ulang janji kita,benda sama. Tapi, kenapa kita masih menjadi penentang yang nyata? Kenapa ya? Saya ada jawapannya, kalian juga mungkin ada, saya tak pasti. Juga saya tak tahu sama ada jawapan kita sama atau tidak. Tapi saya sangat berharap, supaya saya tak menjadi penentang yang nyata itu, tapi kadang-kadang saya terbabas jugak! Kalau saya tak sempat tunaikan janji sama tu sebelum sampai satu tarikh yang Allah dah janjikan untuk saya, macam mana? Allah, saya takut……………….!


P/S : (Saya macam tak berapa boleh recall ayat pasal penentang yang nyata ni. Surah dan nombor ayatnya. Siapa-siapa para huffaz boleh tolong saya, anyone? Terima kasih)