Monday, November 8, 2010

MAWAR 2010




MAWAR 2010 buat julung kalinya diadakan di Mansurah!!!

Adapun ia bukanlah pesta bunga~

Tetapi majlis makan2 Adha pada hari raya ke-3 nanti(18/11), dilangsungkan serentak bersama jamuan walimah beberapa sahabat2 yang bakal atau telah melangsungkan perkahwinan... (alhamdulillah...)

Jadi kepada sahabat2 sekelas semua yang baik hati~
(kita sedia maklum semuanya pemurah2 belaka...)

Sesiapa yang ingin menyumbangkan daging korban atau sumbangan kewangan untuk MAWAR 10 ni, sila hubungi wakil tempahan korban PCM secepat mungkin:
adli jihad : 011-4721781
syazwani jani : 011-4721772
atau AMMAR B ABD KHALIL : 011 2667269
NOR SYAZWANA BT SA’ADON : 011 9162976



p/s: sempena MAWAR 2010 ni,jawatankuasa majlis ingin memohon kerjasama seluruh warga Mansurah untuk meminjamkan peralatan-peralatan yang berkaitan bagi tujuan melancarkan lagi acara penyembelihan dan masakan pada tahun ini. Berikut adalah senarai barang yang diperlukan:
PISAU, PAPAN PEMOTONG, TALAM BESAR, SENDUK, BESEN BESAR DAN KECIL, BALDI, KAPAK, MOP, PELOCOK, PENARIK AIR(WIPER), TONG AIR.
JANGAN RISAU, JANGAN RAGU!! insyaAllah peralatan anda akan dipulangkan dalam keadaan yang baik dan jika terdapat kerosakan , barang-barang tersebut akan diganti. AJK ADHA akan memulakan operasi mengumpul barang pada 11hb Nov ini. Moga pengorbanan kita yg sedkit ini mendapat ganjaran di sisi Allah s.w.t. Jzkk -pesanan unit Peralatan ADHA '10-

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

HARGA TERBARU BINATANG KORBAN!!

BERITA BAIK UNTUK SEMUA!!!

ANDA ADA NIAT UNTUK MENEMPAH,TETAPI KEKURANGAN KEWANGAN?

JANGAN BIMBANG~ ALHAMDULILLAH, PIHAK ADHA '10 BERJAYA MENCARI BINATANG KORBAN DENGAN HARGA LEBIH RENDAH...

MAKA TUNGGU APA LAGI? HUBUNGI WAKIL2 YANG TERTERA UNTUK TEMPAHAN SEKARANG!




p/s: Anda juga boleh berkongsi duit sesama sendiri, tapi nanti wakil niat atas nama sorang je takpe. daging tu nanti bahagi2 sama rata antara satu sama lain la,ikut persetujuan... Tapi kalau nak derma semua untuk majlis makan2 pun dialu-alukan =) ~


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-