Wednesday, January 12, 2011
teruskan perjalanan ini ye teman-temanku
Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Aku tak pandai menulis. Meskipun berpuitis. Jika disandarkan pada sesuatu, maka barulah ayat silih bersimpul. Kalau tak ada, alamatnya merapu seribu bahasa. Haha. Ah. Jiwang. Jangan suka main tipu. Nanti orang tak yakin kita mampu.
'Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Ketepikan soal orang berbudi, kerana entri ku ini memang bersifat berbudi. Apa yang aku nak tekankan ialah frasa pertama;- 'orang memberi...'. Oh. Kalau terkeluar saja pasal 'memberi',tup-tup blog Saifulislam juga yang keluar. 'Erti hidup pada memberi'. Haha...
Hmmm. Point terkeluar lagi. Melalut saja.
Kembali pada trek.
Pertama kali ku terdengar tentang adanya 'semboyan' menubuhkan 'jentera bakteria', aku tersentak. Di saat rakyat menangisi hukuman universiti yang bakal diterima jika ingkar, mereka tampil dengan idea berani. Ya. idea menubuhkan team tutor mikrobiologi.
Cukup elegant. Aku memandang ini sebagai langkah tambahan kepada 'pasukan' yang sedia ada aku sertai. Mungkin yang ini, sebagai pemain tambahan, fokus separuh masa kedua, atau menjadi super-sub pun...jadilah.
Senyuman terukir tatkala menjeling dua lagi teman seperjuangan menumpahkan dakwat di atas kertas memenuhi kouta tenaga pengajar tutor.
Terharu. Itulah perasaan yang dapat ku gambarkan. Tiga putera diapit 3 puteri yang sentiasa tampil dengan ragam berbeza. Mungkin gaya bahasanya yang satu itu layak dipanggil bakal ayah. Dan daripada situlah kekredibilitiannya terus diangkat menjadi pemimpin 'skuad bakteria' ini. Pertemuan pertama ditanam dengan benih-benih semangat yang tak lekang dengan senyuman. Mungkin sahabatku ada menyimpan sekeping potret barisan pertama sebagai kenangan. Tersenyum keriangan semua. Masih ingat? Seolah-olah mirip cebisan kenangan barisan tentera udara negara matahari terbit yang bergambar kenangan bersama senyuman, begitu bersemangat sebelum menyerang Pearl Harbour dan kesemuanya yang menyematkan semangat kamikaze terkorban. Macam tulah kita kan?
Sepanjang bersama, skuad yang dibentuk ini amat unik. Eksotik. Fantastik. Berbeza dengan yang lain, skuad ini tampil dengan gayanya yang tersendiri. Konsep multitutor dan sebagainya, menceriakan suasana. Siapa yang tak suka, jika setiap kali ke depan, senyuman tak lekang, ketawa nan riang, sudah pasti mampu melebarkan bibir yang juih serta meredhakan benak yang meledak. Datang dengan emosi, pulang riang dengan toleransi.
Sungguh. Setiap kali perjumpaan, tak lekang dek ketawa teman-teman. Ketawa ubat terbaik, kan? Point dihurai dengan perbincangan yang teliti. Ditambah pula dengan gelagat individu yang sentiasa mengubat hati. Juga mahu diselitkan , situasi caring to each other. 'Kalau demam, makanlah antibiotik , cari madu atau tidur dengan selesa. Haha. Bunyi atypical tapi sebenarnya typical bagi mereka serta sedikit sebanyak 'mengalihkan' kesakitan yang sedang dialami.
Masa tak pernah menunggu kita. Dan masa tak pernah memujuk kita untuk mengikut arus atau telunjuknya. Dan daripada itulah, aku menyedari ada lagi tugas yang belum selesai. Sesuatu yang sukar ku gambarkan. Mungkin dengan alasan bertulis, maka ianya senang difahami. Bagi aku, lebih baik angguk daripada geleng. Setuju dengan tersurat berbanding tersirat. Lebih baik begitu jika tidak masih termanggu-manggu. Aku membuat keputusan untuk mengundur diri.
Apa yang penting, pemergianku dari kalangan kamu janganlah dipandang, ditatap, disemat sebagai baji yang sentiasa condong ke arah negatif. Dan ketahuilah, aku juga berat hati meninggalkan 'skuad bakteria' yang sudah seperti adik-beradikku.
TUTOR. Kita bukan mencari publisiti. Kita bukan mengangkat diri. Kita bukan meminta untuk diresepsi. Kamu semua 'memberi' kerana Allah. Ingat pesanku wahai skuad bakteria, " Seorang guru yang baik bila mana dia mengajar tanpa menjeling sesaat pun pada manuskrip atau buku di depan mata". Sesuatu yang ku reka, usah membankang berjela-jela, ada kalanya ianya menjadi nyata. Dan ku rasa mampu menjadi logik akal. Hanya jika anda berada dalam linkungan atau situasi 'mengajar' suatu masa nanti.
Jadi, teruskan perjuangan 'memberi' wahai adik-beradikku;- Suhaimi, Fattah, Nadhirah, Anis Ezzah, Dayah duta...Jangan putus harapan, ingat ganjaran yang dijanjikanNya suatu masa nanti.
Aku juga masih seorang tutor, masih lagi bersama dengan kamu, hanya skuad yang menjarakkan. Moga semangat kita tak pernah luntur... Meninggalkan kamu semua seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga!
Terima kasih kerana sentiasa membuatku tersenyum...!
Selamat meneruskan perjalanan wahai skuad bakteria!
p/s : saye nak lukis komik perpisahan utk kamu semua tp saye xde scanner utk upload ke sini.. :'(
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
source : oily painting
latest news
PERHATIAN!!!kpd sapa2 yg bminat utk mnyertai INFECTION CONTROL FACING MALAYSIAN INFECTIOUS DISEASE pada 31.1 @ 1.2 anjuran UNIVERSITY MANSOURA.
speaker:Dr dr unit virology,parasitology,tropical medicine,infection control.program akan berlangsung masing2 dr jam 9pg-12 tgh hari.terbuka pada tahun 4,5,6.setiap sesi 40 org student from Mal...aysia di berikan tmpt.jd,setiap sesi hanya 20 org shaja pelajar Convent yg dberi peluang,lagi 20 utk pljr manchester.andai bil pelajar yg berminat melebihi kouta,insyaALLAH universiti arrange lain kali.jadi,bg je nm dulu pd saya thru fb@hp 0110890544.
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
speaker:Dr dr unit virology,parasitology,tropical medicine,infection control.program akan berlangsung masing2 dr jam 9pg-12 tgh hari.terbuka pada tahun 4,5,6.setiap sesi 40 org student from Mal...aysia di berikan tmpt.jd,setiap sesi hanya 20 org shaja pelajar Convent yg dberi peluang,lagi 20 utk pljr manchester.andai bil pelajar yg berminat melebihi kouta,insyaALLAH universiti arrange lain kali.jadi,bg je nm dulu pd saya thru fb@hp 0110890544.
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
GRAF STATISTIK KEPUTUSAN ROUND OPHTHALMOLOGY
kesimpulan dari graf di atas :
i) 4 orang mendapat markah penuh ( 40 markah )
ii) 18 orang salah 1 soalan dan mendapat 38 markah
iii) 18 orang salah 2 soalan dan mendapat 36 markah
iv) 14 orang salah 3 soalan dan mendapat 34 markah
v) 10 orang salah 4 soalan dan mendapat 32 markah
vi) 4 orang salah 5 soalan dan mendapat 30 markah
vii) 1 orang salah 6 soalan dan mendapat 28 markah
Marilah
bersama-sama kita meningkatkan lagi usaha agar dapat menghasilkan prestasi yang
luar biasa..pada yang berjaya mendapat markah yang diidam-idamkan tahniah.. dan
pada yang kurang berjaya..masih ada masa untuk kita meningkatkan usaha supaya
dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di akhir nanti..
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
Subscribe to:
Posts (Atom)