Saturday, April 16, 2011

Bless The Bliss !

When the bliss have fun in the sun!

By sun, we mean, the real hot sunny sun!

Yup, sangat mengujakan apabila lady-lady gen three dijemur teruk secara berjemaah di bawah sinaran cahaya mentari pada pagi Jumaat lepas. Pagi yang indah dikhabarkan bermula pada pukul 8.00, berlangsung sedikit tersasar dari waktunya. Itu perkara biasa, kerana semua pun excited menunjuk bakat terendam memasak dan menyediakan juadah sarapan yang sungguh… (siapa yang pergi sahaja tahu apa yang ditelan…)


Memulakan pagi yang cerah dengan senam robik pimpinan jurulatih import khas dari Korea, semua berlagak ceria bak Rosalinda pada awal sesi, termasuklah dua warga genit The Bliss, Hibriyah dan Balqis yang tak henti berjoget-joget sehingga ke alunan muzik terakhir. Senaman yang memakan masa hampir 30 minit itu disambung pula dengan permainan bang bang boom aka bola beracun, yang menyaksikan Kumpulan 2 dibelasah teruk Kumpulan 1 selama tak sampai pun 15 minit. Syabas Kumpulan 1! =)


Waaa! Bukti muka excited Hibriyyah, lambang gembira dapat joget2

Permainan seterusnya adalah So You Think You Can Draw, yang mana dua kumpulan dikehendaki berbaris, kemudian orang paling hadapan sekali diminta melukis situasi yang diberi, dan diikuti setiap orang di belakangnya diminta meneka situasi tersebut dengan cara melukis juga, sehinggalah individu terakhir dalam barisan diminta memberi gambaran situasi dengan tepat. Permainan ini nyata milik Ahli kumpulan 2, yang sekurang-kurangnya dapat meneka secara samar-samar situasi yang diberi, berbanding kumpulan1 yang agak jauh tersasar dari jalan sebenar. Budak-budak Group 2 memang hebat melukis, Group 1 mungkin hebat berimaginasi=)



Situasi 1; Kapal Titanic terlanggar iceberg lalu terbelah dua





Outcome kumpulan 1: Sotong kurita berbentuk kepala robot segiempat di waktu Summer (??? Tak tahu nak relate dan cerita macam mana…)

Outcome kumpulan 2: Kapal langgar iceberg di bawah panas cahaya matahari

Situasi 2; Majlis Graduasi Pelajar Universiti Mansurah

The Futuristic, Imaginastic, Fantastic Group 2 way of thinking! =)

Outcome Kumpulan 2: Ikhwah pakai songkok, baru balik solat Jumaat, jalan2 kat court di Istad

Outcome Kumpulan 1: Memetik bunga di taman untuk diberi kepada awek ketika mengunjungi rumahnya (???? Sekali lagi tak tahu nak relate macam mana… n sorry, no picture to show according to law of shameness )

Memang gelak tahap hyper! Dan last game adalah regu. Kedua-dua kumpulan mempamerkan aksi hebat, tetapi Kumpulan 1 masih mendahului kerana dapat meneka kebanyakan situasi dengat tepat. Tahniah2! Dan acara akhir dan wajib mestilah makan! Eh tapi sebelum itu sedikit pengisian diberi oleh Cik anilailme, yang berkisar tentang Revolusi, dan kaitannya dengan kita.

Antara pesannya adalah apabila kita selalu bernafsu mengisi masa-masa kita dengan aktiviti duniawi yang bakal kita tinggalkan di belakang, tanpa sedar kita langsung tak bersemangat untuk berusaha topup amal dengan dunia akhirat yang bakal kita jejak di hadapan, yang makin hari kian dekat jaraknya. Hurm, sangat terkesan~ Semoga ada ibrah yang diperoleh semua=)


Dan acara paling ditunggu-tunggu, Branch! (Kombo Breakfast+Lunch) Tak nak type panjang, let picture do the talk… =)











The list goes like this: Those scrummylecious food,choc cake,food again,buah melaka+kuih kiub kuning terapung-apung di dalam air,puding roti,salad telur,sandwich tuna,mee goreng super sedap~


Sangat seronok rasanya menjadi sebuah keluarga yang bahagia sebegini! Tahniah kepada 'orang kuat' The Bliss, terutama K.Radziah, Tasnim n Aisyah~ InsyaAllah, semoga next The Bliss meeting akan segembira ini, bertambah meriah jika semua ahli keluarga The Bliss boleh hadir, dan kita semua memperoleh nikmat naungan sayap2 malaikat dalam majlis ilmu bersama. Semoga ukhuwah ini terus utuh Ya Allah... ameen~

Part of us, smile blissfully !

"Peace! till we meet again, see you!" Balqis said~


*Sorry for the unedited picture, also the rojak manglish language*

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-