Saturday, July 6, 2013

Markings,syllabus & tips dari super senpai ;)



   Assalamualaikum wbt..

Masa begitu pantas sekali. Sedar tidak sedar round Neurosurgery & Cardiothoracic surgery sudah ingin melabuhkan tirainya..

Namun bagaimanakah dengan "track" dan "long term planning" sahabat az zahrawi dalam study skrg ini? Masih jitu atau  sudah tersasar jauh?.

Jika sudah tersasar marilah kita membaiki apa yg terkurang. Marilah menyusun kembali jejak jejak langkah menuju success ..

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: 
" Sesiapa yg merintis jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah mempermudahkan baginya jalan unuk ke syurga."

Janganlah kita sedih jika merasa lemah dan berputus asa. Kerana perasaan itu biasa. Tiada manusia yang kuat setiap masa. People said: hidup ini ibarat roda, kadang2 kita diatas,kadang2 berada dibawah. Ada masa kuat dan ada masa lemah. Tetapi manusia yang bijak ialah manusia yang apabila berada dia berada di bawah, maka akan berusaha untuk segera naik ke atas.

Jadi mari kita menyusun semula matlamat study agar lebih jelas kerana matlamat yg jelas itu sebenarnya menghalang putus asa.

Di sini pihak ajk2 blogger az zahrawi telah menyediakan "wallpaper" markings bagi subjek surgery dan O n G dan satu temuh ramah bersama kakak senior tahun lepas,Nadiah Wahab yang terkenal dgn kecemerlangannya sepanjang pengajiannya  di sini . Semoga perkongsian ini dapat membantu sahabat2.

Jutaan terima kasih buat siti nabilah yg sanggup bersengkang mata siang dan malam  menyediakan iklan markings yg gempak.hehe dan terima kasih tak terhingga juga buat afifah zahari bagi menyediakan soalan2 temu ramah untuk kakak senior. Jazakillah khairon katir .;)












" To succed you need to find something to hold on to, something to motivate you, something to inspire you"

JOM baca .. ;)

TEMUH RAMAH BERSAMA SUPER SENPAI LAST YEAR, KAK NADIAH WAHAB


1. Purata markah keseluruhan untuk 6 tahun medik  dan juga untuk tahun 6 dan berapa score dalam subjek surgery dan O n G ?
Alhamdulillah rezeki Allah,result akak biasa2 je
Purata keseluruhan : 77.37% JJ
Keseluruhan tahun 6 : 84.43% JJ
Surgery : mumtaz
Obs & gynae : JJ

2. Cara hafalan-- adakah ada cara tersendiri? Kalau ya bagaimana? Atau dengar record @ buat nota @study group & berapa kali akak mengulang hafalan setiap hari/sebelum exam?
Akak yakin semua orang ada cara belajar yang tersendiri .dan anda semua sudah buktikan anda berjaya utk 5 tahun yg lepas dgn cara anda.TERUSKAN.jgn tukar cara belajar pd saat2 akhir.apa yang penting sekrang adalah LIPAT GANDAKAN.kalau tahun sudah kita spend 5jam sehari ,tahun ni kita buat 8jam sehari
Kalau akak,akak mmng sgt selesa baca nota sendiri.lebih mudah utk akak hafal.akak mula buat nota awl semester bermula.tapi buat nota banyak menuntut masa.

3. Focus akak pada tucen dan round di University, bagaimana akak manage? Focus betul2 pada tucen @ atau dikelas round/kuliah?
Both.
KULIAH & ROUND penting utk kita dpt ape yang diluar buku sbb dr akan ajar berdasarkan experience dieorng buat operation dan handle case yang pelbagai, yang kdg2 kita tak terfikir pun patient boleh present mcmtu.kdg2 mmng takde pun dlm buku/exm tapi kita belajar bukan hanya utk exm.
TUTION pula membantu dr segi nak fhm silibus dan nak tahu trick soalan.sgt sesuai utk revision

4.Apakah strategi dlm study week.Study week adalah masa mengulang atau menghafal? Berapa kali ulangan before exam?
Perkara pertama,bilang ade berapa hari yang tinggal.pastu list semua tajuk yg kena baca.bahagikan tajuk dgn hari.akak mmng buat check list utk tajuk dgn 3column.lepas habis bace tick satu column.
Biasanya Akak bagi faham dulu masa akak buat nota.jadi masa study week akak lebih kepada menghafal.akak cuba buat 3 kali.

5. Bagi surgery, bagaimana nak collect markah dengan banyak. Cara nak score end round, written,clinical, oral?
End round-memandangkan korang dah habes general.kita focus on special.sgt penting utk tahu format soalan.kehadiran round sgt penting utk tahu ape yg akan ditanya.kalau ambil betul2 apa yg dr bgtahu masa round insyaAllah boleh fullmark sbb soalan senang.
tusyen tak sentuh sgt utk exam end round special surgery
Written-focus utk tajuk written sbb mmng berjuta perkara nak hafal.esp tajuk yang HOD listkan.semasa menjawab sgt banyak benda nak ditulis.kena tulis dgn sgt laju.kalau dr tution bgtahu tak perlu details tu mmng tak sempat pon nak tulis.setkan masa utk ssetiap soalan sbb nanti rugi klau tak sempat jwb soalan akhir2.dr segi pembahagian subject ikut paper ,kena tunggu taklimat dr HOD.setiap tahun berbeza.tahun senior boleh pilih soalan tapi tahun kami takde.

Clinical dan oral- apa yang tak perlu baca utk written kena baca utk clinical dan oral.sini petingnya utk study awl.sbb mmng gelabah nak cover dlm gap beberapa hari tu.dari basic anatomy sehingga steps utk surgery.soalan sgt random.jgn down dari station ke next station.ingat setiap station adlh permulaan baru utk kumpul markah.
akak,dr suruh cerita muscle around knees.pengsan

Gambar sgt membantu utk pemahaman dlm surgery.google!


6.bagaimana dengan O n G, subjeknya agak sukar difahami dan sukar menghafal,
OnG ibarat subject baru yang kita mmng tak pernah jumpe masa preclinical year.key nya-buku teks dan kehadiran masa round.
written exam kdg soalan indirecrt siket.tapi memang jwpnnye ada buku teks shj.cume kita mcm tak sure dia nak jwpn yang mana.
hati2 utk clinical dan oral exam-macam surgery jugak soalan sgt random .kdg2 die tanya ape yang paleng tak penting seakali dan soalan basic di luar OnG
Jumlah markah kurang jika nak dibandingkan dgn surgery jd hilang siket markah mewakili percentage yang bnyk.careful!

7. Nasihat kepada kami supaya terus bersemangat  Inspirasi / kekuatan untuk terus belajar secara konsisten?
perkara pling besar utk sy sendiri ialah MINAT.ini advantage utk mereka yang merasai.
kedua TANGGUNGJAWAB.kalau pun takde rasa minat ingtlah kita tgh melaksanakan tanggungjwab pd banyak pihak.pd amanah allah,diri sendiri ,family, scholarship dll.
Tahun akhir.pd sy,sy cube buat
Goodluck utk semua.semoga dpt jumpe kalian di hospital nanti untuk sama2 buat HO sama.doakan kami sama.


 jom sama sama bersemangat waja!! ;)






No comments: