Sunday, May 2, 2010

Idola Mansurah


nota : saudara khairy berdiri tiga dari kanan.berbaju melayu putih


Sempena musim peperiksaan yang bakal menjelang,saya berkesempatan menemuh ramah seorang pelajar cemerlang Tahun 3 sesi lepas.Beliau yang dimaksudkan ialah Saudara Khairi.Jom kita sama-sama mengorek rahsia kejayaan beliau.


Nama:Muhammad Khairi Bin Adam
Tahun:Tahun 4 Konvensional
Tinggal:Kuala Terengganu,Terengganu
Umur:22 tahun(11 Januari 1988)
Keputusan Peperiksaan:Tahun 1-Jayyid (67%)
Tahun2-Jayyid(74.42%)
Tahun3-Jayyid Jiddan(83.4%)

Tajaan:Yayasan Terengganu


1)Bagaimanakah konsep anda belajar?

Pertama sekali,terima kasih kepada saudara kerana sudi menerumah saya.

Untuk soalan ini,bagi saya semua mempunyai cara belajar yang tersendiri.cuma mungkin saya boleh kongsi cara belajar saya dengan anda semua, mana tahu sesuai untuk anda ikut.macam orang mata biru cakap.sharing is caring!

Kunci utama kejayaan saya ialah,belajar secara konsisten.maksud saya dari awal tahun hingga lah menjelang final exam.

yang kedua,saya membawa buku nota ke mana-mana saja saya pergi.bukan bawa saja tau!.tapi bawa dan baca.sebab ada sesetengah orang tu..bawak je.tapi tak bukak,yang tu patutnya dielakkan.


2)Kehadiran anda ke kuliah macam mana?
Seboleh-bolehnya jangan tinggal kuliah.itu saja komen saya untuk soalan ini.


3)Pendapat anda tentang tuisyen?
Sangat membantu.Tahun lepas saya ambil tuisyen Microbiology dan Pathology.Saya terpaksa menolak dua subjek lagi kerana jadual terlalu padat.


4)Nasihat kepada semua pelajar untuk Mid-Year Exam?
Buat latihan tubi sebanyak mungkin.kalau doktor ada bagi tahu buku-buku MCQ yang akan masuk Exam.fokuskan pada buku tersebut


5)Persediaan untuk Final?
Hafal sebijik-sebijik nota anda hingga lusuh.
Pengurusan masa untuk soalan bertulis amat-amat penting.saya ambil inisiatif membawa jam loceng ke dewan peperiksaan!.

6)Persediaan untuk Practikal?
Kalau yang JAR.saya hafal sebijik-sebijik.saya silap satu tahun lepas.silap letak Diagnosis.Banyak gak markah rugi walaupun Description kita betul.


7)Harapan untuk sahabat-sahabat?
Paling penting adalah,kita mesti niat menuntut ilmu adalah kerana Allah swt.Konsep tawakkal juga amat perlu dalam proses pembelajaran.selalu berdoa agar cita-cita kita diperkenankan Allah swt.


8)Boleh ke kalau ada sahabat-sahabat berminat untuk dapatkan khidmat motivasi dari saudara?
Oh,dialu-alukan.sahabat-sahabat semua boleh menghubungi saya melalui ym: k_rie7007@yahoo.com atau melalui talian telefon 0100552403.

sekian,terima kasih

wartawan bertugas : fattahhamzah

p/s : mungkin terdapat sedikit bunga-bunga bahasa yang ditokok tambah untuk keindahan gaya bahasa tetapi tidak mengubah maksud asal respondan.
.


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-