Thursday, May 6, 2010
Malam Menyulam Kasih Meniti Cita
Selamat datang ke Malam Menyulam Kasih Meniti Cita
Mansurah,6 Mei 2010
Hanya beberapa jam sahaja lagi akan tiba saat yang dinanti-nantikan oleh semua ahli batch 07/08.Saat di mana semua ahli batch ketiga berkumpul bagi menyulam kasih antara mereka disamping meniti cita ke arah menggapai cita-cita hakiki.
Objektif utama majlis tersebut adalah menunaikan solat hajat secara berjemaah dan merapatkan ukhuwah antara sesama sahabat.
Solat hajat tersebut dijangka akan dipimpin oleh saudara Izzat Hadi.
Terdapat beberapa tentatif menarik yang telah disusun khas oleh adhock pelaksana seperti yang dikeluarkan oleh unit iklan dan promosi,Saudara Mas ain.
Antara tentatif yang dijangka dapat menghangatkan suasana ialah sessi tayangan video dan persembahan yang bakal menampilkan bakat-bakat baru dalam industri muzik tanah air.
Tidak dilupa,sesi slot motivasi yang dipimpin oleh Saudara Hakim Hamsari yang menjadi tunjang utama program menjadi slot yang paling ditunggu-tunggu ramai.
Kepada semua pelajar batch 07/08 dan pelajar tahun tiga yang lain,anda semua diseru untuk hadir ke majlis pada waktu yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran majlis seperti yang dirancang.
Perlu diingatkan di sini,sahabat yang hadir juga disaran untuk membawa bersama Air solat hajat,Sejadah,Makanan ringan atau kuih muih untuk dikongsi dan kamera untuk merakam saat-saat nostalgia antara kita bersama.
Menurut Pengarah program,saudara Asyraf.Beliau berharap semua pelajar yang terlibat dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan suasana dan beliau begitu optimis hadirin tidak akan pulang dengan tangan kosong kecuali dengan semangat yang berkobar-kobar untuk menghadapi final exam nanti.
dilaporkan :fattahhamzah
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
Subscribe to:
Posts (Atom)