Friday, May 13, 2011

Sekalung Penghargaan

Sahabat-sahabat GEN 3 07/08 dan semua tahun 4 yang dirahmati Allah sekalian



Kami ahli jawatankuasa Solat Hajat Transformer ingin mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis solat hajat.

Semoga pengisian yang diberikan semalam sedikit sebanyak dapat mengingatkan kita betapa besarnya Allah disisi kita. Semoga keampunan dosa kita Allah permudahkan.

Kami mengharapkan sekiranya sahabat-sahabat sekalian ada cadangan dan muhasabah mengenai majlis semalam bolehlah diajukan kepada Pengarah program.

Dengan kata lain, semoga usaha kami untuk memberikan yang terbaik dapat kami lakukan dengan izin Allah. Mohon maaf kepada kalian sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan sekitar program berjalan .InsyaAllah, kami akan cuba untuk memberikan yang terbaik pada masa akan datang.

Akhir sekali, sama-sama kita menjaga hati dan sama-sama kita menuju puncak kejayaan dunia dan akhirat.

Jika dahulu kita idam-idamkan puncak kini kita telah tiba di angkasa. Dan sekarang ke mana pula arah tuju kita?




-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

No comments: