Thursday, October 6, 2011

6 oktober



Selalu kita mendengar pasal 6 Oktober... cuti 6 Oktober, masjid 6 Oktober, perang 6 Oktober, madinah 6 Oktober (ade ke??)... apesal dekat Mesir ni, 6 Oktober selalu orang sebut-sebut... so, penulis pun wusha2 la internet dan terjumpa artikel ini,,, so, harap dapat manfaat...:-)

• Perang 6 Oktober 1973 ini dikenali juga sebagai Perang Yom Kippur, juga sebagai Perang Ramadan( kerana berlaku dlm bulan puasa), juga sbg Perang Arab - Israel 1973. Pada tarikh ini,berlaku perang antara Israel dengan pakatan Mesir dan Syria.

• Perang 6 Oktober ini merupakan rentetan daripada  konflik Arab -Israel yang merangkumi banyak pertempuran dan peperangan sejak dari tahun 1948 lagi (semenjak penghijrahan beramai-ramai penduduk haram Yahudi ke Palestine yang berlaku pada 1948 lagi).

• Sebelum itu, pada bulan Jun 1967, Israel telah menduduki Dataran Tinggi Golan di utara serta Semenanjung Sinai di selatan sehingga ke Terusan Suez.

• Pada tarikh 6 Oktober ( kebetulan jatuh pada hari kebesaran Yahudi Yom Kippur), tentera pakatan Mesir dan Syria bersama-sama melancarkan serangan mengejut, tentera Syria menyerang kubu di Dataran Tinggi Golan, manakala tentera Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Semenanjung Sinai — dan menyebabkan kemusnahan teruk pada tentera Israel.

• Perang ini secara rasminya tamat pada 22 Oktober 1973.

• Perang ini dilihat di negara Mesir dan Syria sebagai 'separuh menang', kerana walaupun mereka berjaya merampas semula sinai, terusan suez dan bukit golan, hakikatnya bumi Palestine masih terjajah....


p/s :sumber artikel adalah encik wiki... penulis hanya olah sikit-sikit jer, mungkin IMAM MUDA ZULHAKIMI,IMAM MUDA NUR ILAHI boleh berkongsi dgn pembaca2 blog 3G berkenaan sejarah Arab - Israel ini dengan lebih mendalam lagi....:-)


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-