Monday, May 16, 2011

SOLAT SUNAT HIFZI


Kaifiat/kaedah Solat Sunat Hifzi :

- Dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam yang memisahkan antara kedua-duanya.
- Sebaik-baiknya dilakukan selepas bangun dari tidur.
- Dikerjakan sebanyak 3,5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut.
- Dibaca pada rakaat pertama Surah Al Fatihah dan Surah Yasin.
- Kemudian diikuti rakaat yang kedua dengan membaca Al Fatihah dan Surah Ad Dukhan.
- Seterusnya pada rakaat ketiga dengan membaca Al Fatihah dan Surah As Sajadah.
- Pada rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang keempat dengan membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Mulk.
- Membaca doa Solat Sunat Hifzi setelah selesai salam.


Bersempena dengan imtihan, antara objektif pelaksanaan Solat Sunat Hifzi :
- Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat.
- Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja.
- Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T.
- Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T atas usaha-usaha yang telah dilakukan.
- Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

No comments: