Wednesday, August 24, 2011

Undangan Majlis Perkahwinan Farah & Shafiq

Salam Ramadan dan salam sejahtera,

Dijemput sahabat2 turut sama menyerikan majlis kesyukuran sempena perkahwinan kami nanti. Kedatangan anda amatlah dinanti..

Butiran Lanjut:

Rumah Pengantin lelaki;Mohd shafiq kadir
Tarikh: Sabtu, 3 Sep 2011, 12-5pm
Lokasi: Dewan SMK Jeli Kelate. 
Peta : 5.70206,101.844227 http://bit.ly/nwY5AM

Rumah Pempuan:Siti faizatul Farah Fauzi
Tarikh: Khamis, 1 Sep 2011 
Lokasi: Kg Jelor, P.Puteh 
Peta : 5°53'46"N 102°23'2"E http://bit.ly/pCiybf

P/S: Amat menghargai sekiranya sahabat2 sume boleh PM/SMS/DM tweet/BBM alamat untuk urusan penghantaran kad terus kerumah.

terima kasih,
farah
019.9636,200..BB pin 229EEC67


pelan ke rumah 
(klik untuk tumbesaran)



Tuesday, August 23, 2011

Abdullah & Nurul Ihsan are getting married





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

" Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


Dengan izin Allah ke atas hambaNya yang merancang

Kami,

Abdullah Abu Bakar & Nurul Ihsan Nasiruddin

dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati sukacitanya menjemput semua rakan dan sahabat ke majlis penyatuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci kami pada

Hari Ahad, 4 September 2011 bersamaan dengan 6 Syawal 1432H, 9 malam di 

No. 40, Taman Jitra Indah, Jalan Hospital Daerah, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
semoga mendapat rahmat dari Ilahi.


“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang akan diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."


N.B : Walimahnya insyaAllah bulan 11 nnt.

http://www.weddingwire.com/04092011


pelan rumah


Wednesday, August 17, 2011

Walimatul Urus Akhi & Najwa




Jemput datang beramai-ramai ke majlis perkahwinan kami.. =)
Ini video nya..

Thursday, August 11, 2011

Jemputan Walimatul Urus..


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wbt. 


Saya, Nursyahidah binti Md. Pishal ingin menjemput sahabat-sahabat semua dari batch 
2007/2008 tidak kira jurusan perubatan mahupun pergigian untuk meramaikan majlis 
walimah saya iaitu pada hari Ahad, tanggal 4 September 2011. 


Majlis Akad Nikah


MASA : 10.00 pagi 


TEMPAT : Surau Madani, Jalan 3/3A Seksyen 3,Bandar Baru Bangi Selangor.


Jamuan makan 


MASA : 12.00 - 5.00 petang 


TEMPAT : Dewan Masjid Uniten, Jalan Ikram-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. 


Sahabat-sahabat dijemput untuk hadir mengikut kesesuaian masa masing-masing dan insyaAllah saya mengharapkan kehadiran saudara-saudara sekalian akan menyerikan lagi majlis saya pada hari tersebut. Jemput datang beramai-ramai ye.. =)

Sunday, August 7, 2011

The Invitation




Bismillahirrahmanirraheem.Assalamualaikum w.b.t.
Dengan izinNya, Kami, Mohd Aimanuddin b Roslan dan Nurtasnim bt Md Rosli mewakili kedua ibu-bapa kami menjemput rakan-rakan yang menuntut di Mesir khususnya di Mansoura University untuk menghadiri hari bahagia kami.

Majlis Kesyukuran
Sabtu 10/9/2011
12.00 tghari - 4.00 petang
Kediaman Keluarga Nurtasnim,
No. 45, Jalan Sg Masai, 27/25,Seksyen 27, Subang Alam,40400, Shah Alam.

Majlis Bertandang
Sabtu 24/9/2011
12.00 tghari - 4.00 petang
Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,Jalan 7/52, Seksyen 7,Shah Alam, Selangor.

Semoga kehadiran anda dapat memeriahkan lagi majlis kami, insyaALLAH. :)
Hope to see ALL of you there!!!

Monday, August 1, 2011

PERUTUSAN RAJA DAN PERMAISURI





Saya Muhammad Hanif bin Mahamud & Qatrunnada bt Mohamad Farid berbesar hati ingin menjemput sahabat-sahabat sekalian untuk hadir ke Majlis Penyatuan Hati kami yang akan berlangsung pada :



• Majlis Walimatul Urus
3 September 2011 bersamaan hari Sabtu ( 5 Syawal 1432 H)
Tempat : No 10, Persiaran Sri Ampang 8, Kampung Sri Ampang B, 31350 Ipoh, Perak.
Masa : 11 AM – 5 PM


• Majlis Jamuan Kenduri Kesyukuran

10 September 2011 bersamaan hari Sabtu (12 Syawal 1432 H)
Tempat : E 1333 Kg Melintang ,wakaf Beruas , 20050 Kuala Terengganu
Masa : 12 PM- 6 PM

Saya mengharapkan kedatangan sahabat sekalian ke majlis ini memberikan keberkataan kepada kami untuk membina mahligai kasih yang diredhai oleh Allah.

p/s : sape2 yg terase nak wat pengumuman jemputan kawen kat blog 3G, bleh

ler send request kat admins.. insyallah akan dipost dengan seberapa segera,,,



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-