Tuesday, August 23, 2011

Abdullah & Nurul Ihsan are getting married





Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

" Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “


Dengan izin Allah ke atas hambaNya yang merancang

Kami,

Abdullah Abu Bakar & Nurul Ihsan Nasiruddin

dengan penuh kesyukuran dan berbesar hati sukacitanya menjemput semua rakan dan sahabat ke majlis penyatuan dua hati mendirikan mahligai kasih suci kami pada

Hari Ahad, 4 September 2011 bersamaan dengan 6 Syawal 1432H, 9 malam di 

No. 40, Taman Jitra Indah, Jalan Hospital Daerah, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

undangan kami setulus hati, harap sudi datang menyeri,
semoga mendapat rahmat dari Ilahi.


“Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang akan diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Amin Ya Rabbal ‘Alamin."


N.B : Walimahnya insyaAllah bulan 11 nnt.

http://www.weddingwire.com/04092011


pelan rumah


1 comment:

ningurlz said...

*pembetulan masa : bermula selepas maghrib insyaAllah~