Satu perkataan berhuruf empat ini memang nampak biasa. Namun anggapan setiap individu yang mendengarnya berbagai. Perasaan takut itu normal, dan hakikat suatu dunia yang bakal didiami selepas ini tak mampu kita singkap tabirnya. Ukuran tahap kesakitannya memang melebihi skala mega, perasaan menghadapinya juga tak mampu diimaginasi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri meminta kepada Allah SWT untuk menanggungkan derita kesakitan ini kepadanya, bagi pihak ummat tercinta. Subhanallah, cintanya Nabi kepada kita!
“It is a must. To all of us. Can we run from it? No. Can we avoid it? No. We have to face it somehow, somewhere, at any moments” Prof Mona. Malah karya-karya William Shakespeare yang penuh puitis sekalipun, diakhiri dengan hanya sepotong ayat ringkas tapi bermakna; He died. Dan kita sendiri sedang mempelajari bab ini sekarang. Forensik bererti mengingati mati. Anda setuju?
Astaghfirullah. Melihat gambar-gambar tubuh kaku itu, retak di rangka-rangka itu, tulang-tulang berserakan yang perlukan identifikasi, serta organ-organ tanpa ruh di dalam jar, apakah yang ada dalam fikiran kita? Belajar semata, atau hadir dzuq dalam diri, bahawa mati itu dekat? Sangat, amat dekat. Alam yang memisahkan kita dari dunia sekararang, alam yang mana tiada lagi amalan yang boleh dilakukan untuk menambah bekalan menghadapNya. Tidak berani untuk menyebut, andai benar nyawa bakal hilang seketika nanti.
Setiap hari, sepanjang sebulan setengah ini, hanya inilah sajian seharian kita di kelas. Setiap hari, jarum jam yang berputar seakan memberitahu pesan, apa persediaan menghadapi kematian? Saban waktu, ada sahaja berita takziah yang mengiringi, seolah mengkhabarkan, giliran kita akan tiba nanti. Tapi bila? Wallahua’lam. Jodoh ajal rezeki hanya mutlak dalam kekuasaan pengetahuaanNya. Mungkin juga, esok sudah tiada untuk kita.
Tiada ayat lain yang mampu disebut.
Cukuplah empat huruf ini menjadi benteng buat kita mengekang nafsu diri saban hari.
Kenyanglah minda kita disaji empat huruf ini sebagai puaka, menemani perjalanan sehari-hari agar tidak terjebak dengan perangkap dunia yang mengurang timbang amal sebagai bekal hari akhir nanti.
Cukuplah.
MATI sebagai sebaik-baik peringatan buat diri
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
soalan2 mcq boleh beli di maktabah DR. MosLim* anjuran nasihat dari dr. muhamad abdussami' (dr. yg berjambang skit -ajar kita praktikal)
*maktabah Dr. MosLiM maktabah depan maktabah risalah depan pintu gate kuliah tibb yg tengah
banyak soalan2 mcq yang ada antaranya: banyak lagi sbenarnya yang ada ..
tp yang penting.. teruskan berusaha walau hanya tinggal sedetik dari masa. kerana seorang muslim tidak tercatat dalam alquran sbg seorang yang berputus asa kerana yang hanya tercatat dlm kalam Allah itu hanya orang yg musyrik itu yg berputus asa. -dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
hanya ujian.. setiap org yg beriman pasti diuji... (al-ankabut 29:2-3)
" Adakah manusia ingat bahawa mereka akan dibiarkan senang-senang mengatakan "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji. dan sesungguhnya KAMI telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka pasti Allah mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta."
- Dilakukan dengan 4 rakaat dengan 2 salam yang memisahkan antara kedua-duanya. - Sebaik-baiknya dilakukan selepas bangun dari tidur. - Dikerjakan sebanyak 3,5 atau 7 malam Jumaat berturut-turut. - Dibaca pada rakaat pertama Surah Al Fatihah dan Surah Yasin. - Kemudian diikuti rakaat yang kedua dengan membaca Al Fatihah dan Surah Ad Dukhan. - Seterusnya pada rakaat ketiga dengan membaca Al Fatihah dan Surah As Sajadah. - Pada rakaat yang terakhir iaitu rakaat yang keempat dengan membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Mulk. - Membaca doa Solat Sunat Hifzi setelah selesai salam.
Bersempena dengan imtihan, antara objektif pelaksanaan Solat Sunat Hifzi : - Memelihara peti simpanan pembacaan, pemahaman, pengetahuan dan penghafalan yang telah dibuat. - Melindungi ilmu melalui hafalan ayat Al Quran dan Sunnah daripada hilang begitu sahaja. - Memagari seluruh panca indera dan anggota badan dari melakukan perkara kemaksiatan terhadap Allah S.W.T. - Memberikan kekuatan menggantungkan harapan kepada Allah S.W.T atas usaha-usaha yang telah dilakukan. - Melahirkan sifat sabar dan mujahadah untuk menjaga ilmu Allah S.W.T yang telah dikuasai dengan sebaik-baiknya.
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
assalamualaikum wbt..
dear friends, please download the above link for the pdf version of our subject "Human Rights".
Below are the pages of the topics that will come out in the examination..
page : 1-26, 55-62, 90-93, 97-100, 110-117
study hard and be well prepared for the upcoming exams ok!
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-