Monday, March 29, 2010

iklan

'Assalamualaikum wbt





iklan utk akhawat(Gen-X) sahaja :) disini ada berita tergempar ^_~. akan diadakan majlis jamuan batch 07/08 dan tahun3 iaitu solat hajat sempena final exam dan beberapa senior tahun4 dan thn5 akan dtg utk bagi semangat & tips2 preparation utk jawab exam dan cara menggunakan masa yg betul utk study weak nanti dan apa2 persoalan yg korg teringin nak tny dgn kakak2 ni. dan akan diadakan juga slot bermaaf-maafan dan x lupa jugak slot makan dan bergambar. makanan berat akan disediakan menggunakan duit yuran kelas yg kita bayar 5LE setiap sem. sesiapa yg rajin utk buat portluck sangat3 dialu-alukan:) program ni akan diadakan di rumah afifah zahari di syarie iman jika korg sesat, sila call no afifah (0166319001).program diadakan hari khamis malam jumaat bersamaan (1/4/2010) .diharapkan korg dtg pukul 6ptg sebelum maghrib sbb program nak start awal dan habis pada tepat pada waktu.jom jom.


tema majlis ini adalah PINK ,putih or hitam.# pakai comey comey (^_~)

oh lupa nak bgtau,setiap org kena buat kadkecik wish goodluck utk ditukar2 just nak tampal di pen yg akan disediakan oleh ain duta nanti sebagai kenangan.

Friends never ending and never stopping.ukhuwah fillah abadan abada.

Kami satu family.


-Cintakan Rasulullah, pemangkin biah solehah-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

akhir kalam,
pengarah program (A**)

Antara Exam dan Kelas

Salam Perjuangan, Masa semakin menghampiri kepada Exam mid-term, praktikal dan Final exam. Tidak kurang daripada 3rd year students berasa cuak dan takut kerana exam semakin dekat , banyak silibus tak baca, jar tak tengok dan slide, etc....
Apa2 pun, yang semestinya kita buat yang terbaik untuk exam yang hampir ini. Bukan mumtaz yang kita kejar, tapi buatlah yang terbaik kerana yang terbaik itu menggambarkan usaha anda.

Exam Oriented

Exam sangat penting kerana merupakan kayu pengukur untuk kita. Sesetengah daripada kita menganggap exam tidak penting , tapi yang penting adalah ilmu.

Tapi bagi saya, strategi untuk berjaya dalam peperiksaan adalah cara untuk kita menghargai ilmu berkenaan. Saya fikir jika tidak ada exam, maka seseorang pelajar akan melupai ilmu yang dipelajari dan tidak bersungguh-sungguh, sikap acuh tak acuh untuk mengingati ilmu yang mereka pelajari.

Selepas Exam,

Ramai orang menganggap selepas exam kita merdeka, bagi saya selepas exam merupakan masa untuk kita berehat seketika dan adalah tidak salah untuk kita berhibur selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah. Sepanjang pengalaman 2 tahun di sini, ramai sahabat2 ingin menembus kembali masa yang diperuntukkan untuk study dengan melihat movie2 sehingga melampau. Lupa masa untuk dengan Allah ,kelas pengajian agama, Ziarah rumah kawan, beriadhah dan sbg.

Iman dan amalan kita sebelum exam ini seolah2 hipokrit seolah nak mencukupkan syarat untuk berjaya mestilah dekat dengan Allah. Sebenarnya, Allah yang kita sembah sebelum exam adalah sama dengan Allah selepas exam. Sepatutnya , tahap amalan kita mestilah sama atau lebih baik daripada sebelum exam. Bukankah Saidina Ali pernah berkata " Orang yang beruntung ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam"


Kelas,

Pendapat mengatakan kelas tidak penting adalah merupakan pendapat yang salah dan dangkal. Di sini ditegaskan bahawa, tidak ada satu ilmu pun di dalam dunia ini diperolehi tanpa guru. Dan adalah tidak cukup untuk kita membaca sahaja di rumah tanpa pergi berguru dan menghadiri kelas2 di kuliah. Untuk sekali sekala tidak pergi mungkin dimaafkan. Tapi untuk sahabat2 yang langsung tidak datang terus adalah tidak masuk akal. Ke mana akhirnya ilmu yang kita baca dengan kerjaya kita sebesar seorang DOKTOR. Nyawa dan prestasi manusia terletak di tangannya (Allah penentu). Adakah melalui pembacaan dah cukup untuk kita menentukkan dose anti hyperglycemic drug to Diabetic patients, route of administration , complication, adeverse effect dan contraindication. Apa yang diterangkan di dalam kelas adalah lebih tepat dan merupakan syarah kepada nota.

Anda akan bertanggungjawab sebagai Doktor kerana perbuatan dan rawatan yang salah.

Jika seseorang bertanya kepada saya " Macam mana kamu belajar CPR ini nak selamatkan orang dari cardiac arrest ini"

jawapan " entahlah , saya baca buku jer, kelas saya tak pergi" - Tak ke malu sahabat sekalian.

Kita pada 4 tahun akan datang akan bersaing dan berkerja dengan doktor lepasan USM, UKM,UIAM, yang semuanya hebat2, berkarisma, attitude, karakter yang baik. Compare to us, fikirlah sendiri, sama2 muhasabah, kalau kita mempunyai sikap begitu , syukur, jika tidak, ubahlah....Hijrah bukan pilihan, tapi kemestian

Seperti hadith..

Hadith tidak dapat difahami dengan membacanya secara literal tanpa syarah oleh para Ulama'

Sebab itu kebanyakkan kitab hadith mempunyai syarahnya.

Sahih Bukhari - Fathu bari- Ibn HAjar Alasqalani
Sahih Muslim- Imam NAwawi
Tirmidzi- Tuhfatul Ahwazi

banyak lagi. Tanya ust 2 di sini.

Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan.
Jadikanlah tahun ini merupakan tahun yang terakhir untuk kita tidak hadir ke kelas, Tahun 4 nanti jika diizinkan oleh Allah sama2 ingatkan sahabat2 kita untuk hadir ke kelas
-Cintakan Rasulullah Pemangkin Biaah Solehah-

-muhammad hanif mahamud-

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Sunday, March 28, 2010

pesanan.

salam.

ok korang2 mesti tak tahu kan kan? nak bgtahu satu rahsia ok, midterm untuk exam pharma dr mutaal ckp akan masuk bab resp,blood,endocrine & 1/2 general chemotherapy. total 30Quest, 15marks, &mcq. ok utk final exam, dr mutaal ckp dr rahman ckp takkan masuk bab CNS (anesthesia),endocrine (ant pituitary H tp post pituitary akan msk), blood (restorative dan anti hyperlipidemic drugs),chemotherapy (last 4 pages dan cancer chemotheraphy tp side effect utk anticancer drugs akn masuk) collection of drugs pon takkan masuk, doses pon takkan ada. kecuali utk clinical cases,dose2 yg penting je mengikut cases tu. haa lagi satu, lupa nak bgtau. 19/4 ni ada exam prac pharma kan kan? haa, exam ni akan keluar soalan curved yg kita selalu belajar dalam kelas practical. semua nya ada 8 curve dan total 20marks, nanti siapa2 yg ada tusyen ngn dr mutaal, dr akan ada kan kelas special utk ajar ttg curved tu.ok.sekali lagi wabillahitaufiq wal hidayah 'Assalamualaikum wbt.

kata2hikmah hari ni:

Allah itu lebih kasih terhadap muslim yang kuat, berbanding muslim yang lemah!" =)


-Cintakan Rasulullah, Pemangkin biah solehah-
-ilmu didahulukan, pencapaian diutamakan -

Exam.




-Cintakan Rasulullah, Pemangkin biah solehah-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Saturday, March 27, 2010

lets share parasitology!














-Cintakan Rasulullah, Pemangkin biah solehah-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Video.



video bullet dan sotd
*tahun ni xnak buat video baru ke?




video dari Nash Cairo



video 3S