Salam Perjuangan, Masa semakin menghampiri kepada Exam mid-term, praktikal dan Final exam. Tidak kurang daripada 3rd year students berasa cuak dan takut kerana exam semakin dekat , banyak silibus tak baca, jar tak tengok dan slide, etc....
Apa2 pun, yang semestinya kita buat yang terbaik untuk exam yang hampir ini. Bukan mumtaz yang kita kejar, tapi buatlah yang terbaik kerana yang terbaik itu menggambarkan usaha anda.
Exam Oriented
Exam sangat penting kerana merupakan kayu pengukur untuk kita. Sesetengah daripada kita menganggap exam tidak penting , tapi yang penting adalah ilmu.
Tapi bagi saya, strategi untuk berjaya dalam peperiksaan adalah cara untuk kita menghargai ilmu berkenaan. Saya fikir jika tidak ada exam, maka seseorang pelajar akan melupai ilmu yang dipelajari dan tidak bersungguh-sungguh, sikap acuh tak acuh untuk mengingati ilmu yang mereka pelajari.
Selepas Exam,
Ramai orang menganggap selepas exam kita merdeka, bagi saya selepas exam merupakan masa untuk kita berehat seketika dan adalah tidak salah untuk kita berhibur selagi mana tidak bercanggah dengan syariat Allah. Sepanjang pengalaman 2 tahun di sini, ramai sahabat2 ingin menembus kembali masa yang diperuntukkan untuk study dengan melihat movie2 sehingga melampau. Lupa masa untuk dengan Allah ,kelas pengajian agama, Ziarah rumah kawan, beriadhah dan sbg.
Iman dan amalan kita sebelum exam ini seolah2 hipokrit seolah nak mencukupkan syarat untuk berjaya mestilah dekat dengan Allah. Sebenarnya, Allah yang kita sembah sebelum exam adalah sama dengan Allah selepas exam. Sepatutnya , tahap amalan kita mestilah sama atau lebih baik daripada sebelum exam. Bukankah Saidina Ali pernah berkata " Orang yang beruntung ialah orang yang hari ini lebih baik dari semalam"
Kelas,
Pendapat mengatakan kelas tidak penting adalah merupakan pendapat yang salah dan dangkal. Di sini ditegaskan bahawa, tidak ada satu ilmu pun di dalam dunia ini diperolehi tanpa guru. Dan adalah tidak cukup untuk kita membaca sahaja di rumah tanpa pergi berguru dan menghadiri kelas2 di kuliah. Untuk sekali sekala tidak pergi mungkin dimaafkan. Tapi untuk sahabat2 yang langsung tidak datang terus adalah tidak masuk akal. Ke mana akhirnya ilmu yang kita baca dengan kerjaya kita sebesar seorang DOKTOR. Nyawa dan prestasi manusia terletak di tangannya (Allah penentu). Adakah melalui pembacaan dah cukup untuk kita menentukkan dose anti hyperglycemic drug to Diabetic patients, route of administration , complication, adeverse effect dan contraindication. Apa yang diterangkan di dalam kelas adalah lebih tepat dan merupakan syarah kepada nota.
Anda akan bertanggungjawab sebagai Doktor kerana perbuatan dan rawatan yang salah.
Jika seseorang bertanya kepada saya " Macam mana kamu belajar CPR ini nak selamatkan orang dari cardiac arrest ini"
jawapan " entahlah , saya baca buku jer, kelas saya tak pergi" - Tak ke malu sahabat sekalian.
Kita pada 4 tahun akan datang akan bersaing dan berkerja dengan doktor lepasan USM, UKM,UIAM, yang semuanya hebat2, berkarisma, attitude, karakter yang baik. Compare to us, fikirlah sendiri, sama2 muhasabah, kalau kita mempunyai sikap begitu , syukur, jika tidak, ubahlah....Hijrah bukan pilihan, tapi kemestian
Seperti hadith..
Hadith tidak dapat difahami dengan membacanya secara literal tanpa syarah oleh para Ulama'
Sebab itu kebanyakkan kitab hadith mempunyai syarahnya.
Sahih Bukhari - Fathu bari- Ibn HAjar Alasqalani
Sahih Muslim- Imam NAwawi
Tirmidzi- Tuhfatul Ahwazi
banyak lagi. Tanya ust 2 di sini.
Marilah kita berhijrah ke arah kebaikan.
Jadikanlah tahun ini merupakan tahun yang terakhir untuk kita tidak hadir ke kelas, Tahun 4 nanti jika diizinkan oleh Allah sama2 ingatkan sahabat2 kita untuk hadir ke kelas
-Cintakan Rasulullah Pemangkin Biaah Solehah-
-muhammad hanif mahamud-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
No comments:
Post a Comment