Sunday, December 5, 2010

JAMUAN BATCH 07/08

( VERSI IKHWAH @ LELAKI@ BOYS) … J

Tanggal 1/12/10 ( bersamaan 25 zulhijjah 1431 H ) , telah berlaku satu peristiwa yang amat bersejarah, apabila satu majlis jamuan BATCH 07/08 telah diadakan dengan jayanya .Sambutan yang diberikan oleh rakan2 amatlah memberangsangkan..Sebelum majlis ini diadakan, pembahagian tugas telah dibuat dengan rapi dan teliti. Antaranya, persiapan tempat serta minuman (ditaklif kepada vistana el fateh), ayam goreng ala2 welatain (rumah mimi dan pedi), nasik Tomato resepi internet ( mafia soleh) , sambal pedas lagi meletup ( 1 piece) serta acar korea ( condo mini)..

Majlis dimulakan dengan pembacaan surah almulk, serta tazkirah daripada saudara Bullet yang juga merangkap ketua SC bagi batch 07/08.. Alhamdulillah, usai ucapan, telah diadakan lantikan bendahari batch dan akhirnya, selepas tempoh ber`kempen` tamat, saudara hudzaifah( All star) telah dilantik sebagai bendahari AGUNG batch 07/08.

Selepas itu, dengan perut yang berkeroncong serta pelbagai jenis muzik perut yg berkumandang, akhirnya majlis makan2 pun bermula.. Saat manis yang x dapat dilupakan adalah apabila suma rakan2 tanpa mengira pangkat , darjat dan usia bersama-sama menikmati juadah yang amat lazat lagi `berkhasiat`( ni hyperbola ok….)… Selepas itu,sesi photografi pun dijalankan dengan pelbagai gaya, aksi, serta `posing` dilakukan .. Sesungguhnya, saat2 manis ini amatlah meninggalkan kesan yang mendalam di dlm setiap kalbu ikhwah2 07/08 … Para hadirin yang hadir melahirkan rasa syukur, serta gembira, dan mengharapkan majlis2 seumpama ini dapat diadakn lagi pada masa hadapan, agar, ukhuwah yang terjalin, dapat dierat serta diperkukuh lagi … amin… ok, enjoy pics..























-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

No comments: