Tuesday, May 31, 2011

collection questions of commed lectures~





salam alyk..
Each lecture is summarized in the Questions mentioned in it either written or oral or MCQ , But please don't depend only on those Questions .. Try to take them as Highlights on the chapters and make a better focus on them.


Sunday, May 29, 2011

NEWS





Human Right Examination

date: 30 May 2011
day: Monday
time: 11.00 am - 1.00 pm
venue: Hafiz Hall

Meeting with Head Of ENT Department

purpose: to discuss the format for ENT examination
date: 30 May 2011
day: Monday
time: 1.00 pm
venue: Skill Lab Hall ( previous lecture hall for ENT )

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Saturday, May 28, 2011

take note!



Assalamualaikum.. terbaru mengenai Human Right Examination.

format soalan:
1 short essay
8 true and false
- nyatakan sebab dan huraian mengenai setiap kenyataan sama ada benar ataupun tidak kenyataan tersebut.

Markah penuh : 20 Markah

Tips-tips:
1) belajar menggunakan semua medium yang ada
- pdf
- power point presentation
( perlu mempunyai fakta-fakta untuk menyokong hujah untuk soalan 'true or false' )

2) belajar dalam bentuk discussion lebih mudah untuk mengingat terutama saat-saat akhir sebegini.

p/s :
-tajuk kita tidak sama dengan silibus orang arab jadi sila belajar berdasarkan silibus yang telah diberi sahaja.
-muka surat untuk silibus pdf yang masuk untuk peperiksaan telah dimaklumkan sebelum ini.

selamat belajar kawan-kawan~ =)

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Wednesday, May 25, 2011

Saturday, May 21, 2011

Human Right Presentation..




Assalamualaikum. Ini ialah lecture yang Dr Ahmad bagi pada pelajar-pelajar dentistry. Sila-sila la download ea~ =)

http://www.4shared.com/file/6oCF3W2e/Human_rights_lectuers.html


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Thursday, May 19, 2011

Tomorrow Never Comes






MATI

Satu perkataan berhuruf empat ini memang nampak biasa. Namun anggapan setiap individu yang mendengarnya berbagai. Perasaan takut itu normal, dan hakikat suatu dunia yang bakal didiami selepas ini tak mampu kita singkap tabirnya. Ukuran tahap kesakitannya memang melebihi skala mega, perasaan menghadapinya juga tak mampu diimaginasi. Sehingga Rasulullah SAW sendiri meminta kepada Allah SWT untuk menanggungkan derita kesakitan ini kepadanya, bagi pihak ummat tercinta. Subhanallah, cintanya Nabi kepada kita!

“It is a must. To all of us. Can we run from it? No. Can we avoid it? No. We have to face it somehow, somewhere, at any moments” Prof Mona. Malah karya-karya William Shakespeare yang penuh puitis sekalipun, diakhiri dengan hanya sepotong ayat ringkas tapi bermakna; He died. Dan kita sendiri sedang mempelajari bab ini sekarang. Forensik bererti mengingati mati. Anda setuju?

Astaghfirullah. Melihat gambar-gambar tubuh kaku itu, retak di rangka-rangka itu, tulang-tulang berserakan yang perlukan identifikasi, serta organ-organ tanpa ruh di dalam jar, apakah yang ada dalam fikiran kita? Belajar semata, atau hadir dzuq dalam diri, bahawa mati itu dekat? Sangat, amat dekat. Alam yang memisahkan kita dari dunia sekararang, alam yang mana tiada lagi amalan yang boleh dilakukan untuk menambah bekalan menghadapNya. Tidak berani untuk menyebut, andai benar nyawa bakal hilang seketika nanti.

Setiap hari, sepanjang sebulan setengah ini, hanya inilah sajian seharian kita di kelas. Setiap hari, jarum jam yang berputar seakan memberitahu pesan, apa persediaan menghadapi kematian? Saban waktu, ada sahaja berita takziah yang mengiringi, seolah mengkhabarkan, giliran kita akan tiba nanti. Tapi bila? Wallahua’lam. Jodoh ajal rezeki hanya mutlak dalam kekuasaan pengetahuaanNya. Mungkin juga, esok sudah tiada untuk kita.

Tiada ayat lain yang mampu disebut.

Cukuplah empat huruf ini menjadi benteng buat kita mengekang nafsu diri saban hari.

Kenyanglah minda kita disaji empat huruf ini sebagai puaka, menemani perjalanan sehari-hari agar tidak terjebak dengan perangkap dunia yang mengurang timbang amal sebagai bekal hari akhir nanti.

Cukuplah.

MATI sebagai sebaik-baik peringatan buat diri





-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-