Friday, January 6, 2012

HALAQAH ILMUAN MUDA : ZAKAT















Pengisian dari ayat 19-28 surah assyura



1. Allah s.w.t yang memberi rezeki dan kurnia di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang menghendaki keuntungan dunia sahaja, Allah akan memberinya dan tidak ada suatu pun baginya di akhirat.



2. Perkara-perkara yang mendahului syariat boleh menuju ke arah syirik. Disebabkan itu, al-quran dan sunnah sepatutnya menjadi rujukan utama dan pertama bagi umat islam.



3. Ketakutan orang musyrik terhadap hari kiamat. Hari penampakan merupakan antara nama lain bagi hari kiamat. Pada hari tersebut, kezaliman yang dilakukan di dunia akan dibandingkan dengan orang-orang yang berada di taman syurga.



4. Segala kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran walaupun sebesar zarah dan akan digandakan ganjarannya. Allah mengampuni kesalahan yang banyak dan memperbanyak kebaikan yang sedikit. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.



5. Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang tidak pandai membaca dan menulis. Segala yang diwahyukan merupakan daripada Allah s.w.t, membuktikan bahawa baginda tidak mengada-adakan al-quran.



6. Allah menerima taubat dan mengabulkan doa hambaNya. Taubat seorang hamba diterima oleh Allah s.w.t walaupun pada awalnya banyak melakukan dosa. ( cerita pendekar bunuh 99+1 orang ) Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



7. Dan bagi orang kafir beserta azab pedih lagi menyakitkan yang mereka dapat pada hari perhitungan.



8. Allah tidak melapangkan rezeki kepada hambaNya supaya mereka tidak melampaui batas di muka bumi. Allah menurunkan rezekiNya dengan aturan supaya bermanfaat bagi mereka di dunia dan akhirat.





















Zakat


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِم إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَن لَّهُم وَاللّهُ سَمِيع عَلِيمٌ


Surah at-Taubah : 103





Zakat merupakan ibadat yang dilakukan untuk menyucikan dan membersihkan diri seseorang.



Telah disyariatkan di Makkah tanpa dinisabkan jumlah nasab. Selepas hijrah barulah dinisabkan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan.



Targhib ( galakan ) untuk membayar zakat antaranya dalah untuk saling bantu membantu didalam masyarakat. Duit yang dikeluarkan bagi yang cukup syaratnya dapat membantu sesama muslim.



Syarat wajib zakat
1. Islam
2. Merdeka
3. Mempunyai harta lebih ( cukup nisab dan haul )



Bagi kanak-kanak dan orang gila, mereka juga diwajibkan membayar zakat harta mereka.
Zakat bagi pemiutang



1. Pemiutang perlu membayar zakat bagi wang yang dipinjamkannya setelah nisab dan haul yang mencukupi.



2. Di Malaysia pada masa ini, nilai zakat harta ditetapkan sebanyak 2.5%, dan nilai minimum ditetapkan lebih kurang RM10000 ( tak pasti mana, sekadar perkongsian )



3. Contoh keadaan : A mempunyai harta sebanyak RM20000, dia meminjamkan kepada B sebanyak RM10000. Setelah secukup setahun, A masih mempunyai RM10000 di simpanannya dan B masih belum melangsaikan hutangnya, A perlu membayar zakat bagi nilai RM20000.



4. Contoh kedua : A mempunyai RM10000, dia meminjamkan kepada B RM3000. Setelah cukup setahun, A masih mempunyai RM7000 ( tak berkurang ) ditambah dengan RM3000 yang dipinjamkannya, A masih perlu membayar zakat kerana jumlah nisab RM7000 + RM3000.

Perbincangan mengenai tajuk zakat akan disambung, bagaimana zakat bagi biasiswa ataupun pinjaman?



Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

No comments: