Semalam, 17 Januari 2011, kami sahabat-sahabat ikhwah ni buat sambutan kecil-kecilan untuk Aie. Akhirnya beliau sudah genap 23 tahun, membesar dengan sihat tubuh badannya. Lepas solat Isya', kami membuat sedikit persiapan untuk sambutan tersebut. Buat ringkas-ringkas saja, memikirkan kondisi sekarang, musim exam. Semua yang ditugaskan memainkan peranan masing-masing dengan jayanya semalam.
abang mas ain -masak ayam rempah madu
adek ubaik90 yang ensem -pergi beli tilam
jundi -dapatkan bantal dan sekuntum bunga
nasa -sediakan kek aiskrim dan pizza
saya-tunggu dan lihat saja. Sambil snap2 gambar
Lain-lain yang namanya tak dimention -Menolong di sebalik tabir
Semua tugasan tersebut dilakukan semasa tuan punya badan ke Kelas Tuisyen COMMED. Nasib baik ada peluang, bolehlah kami buat persiapan ala kadar. Walaupun majlis semalam amat ringkas, tapi ia cukup bermakna dan meninggalkan kesan mendalam terhadap Aie. Orang kata, 'sweet memories'~
Sekali lagi, tahniah buat Aie sebab dah cukup umur 23 tahun. Makin besar panjang, makin matang, dan tahun ni, nampaknya tahun kegemilangan bagi ketua kelas kita. Mempunyai kesedaran yang tinggi untuk berkhidmat kepada orang sekeliling, Encik Aie amat aktif bergerak dalam persatuan. Sedikit info untuk pengetahuan semua, beliau sekarang menyandang amanah sebagai Ketua Pelajar Konvensional, Ketua Kelas Tahun 4, Tutor Pharma, Mentor SC dan terbaru sebagai pengarah WEB 11. Diharapkan semoga Encik Aie terus sukses dalam semua perkara.
Ucapan dan doa dari kami semua adalah supaya Encik Aie menjadi seorang MUSLIM yang baik, ANAK yang soleh, DOKTOR yang berdedikasi , bakal SUAMI yang bertanggungjawab, bakal BAPA yang tegas… InsyaAllah, ameen3x. Teruskan perjuanganmu wahai sahabatku! Kami sentiasa menyokong dan mendoakanmu. Wassalam
Pelapor: Fattahamzah
*Memetik patah kata Saidina Ali Karamallahuwajhah; Jadikanlah umurmu ibarat wang yang diberikan kepadamu. Sekiranya engkau tidak suka apa yang engkau belanjakan hilang begitu sahaja, maka hendaklah engkau tidak menghabiskan umurmu dengan sia-sia…
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-
No comments:
Post a Comment