Tuesday, January 11, 2011

memperkenalkan THE BLISS~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi Robbil Aalamin,
Majlis Solat hajat SC Akhawat batch 07/08 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan  menunaikan Solat Zuhur diikuti dengan Solat Hajat berjemaah.

Selepas itu, majlis dimulakan dan diisi dengan pengisian motivasi sempena musim peperiksaan yang akan datang. Kelihatan semua yang hadir begitu bersemangat untuk menempuhi peperiksaan dan hari-hari yang mendatang dengan hati yang ikhlas dan tenang!

Seterusnya, MC telah menjemput ketua SC untuk member itahu tentang maklumat-maklumat terkini. Program “Rakan Taakhi” yang berasaskan persaudaraan antara  Kaum Muhajirin dan Ansar telah pon diperkenalkan dan majoriti akhawat telah pon “dipersaudarakan” dengan pasangan masing-masing.

Undian juga diadakan untuk memilih nama khas bagi SC batch akhawat 07/08. Akhirnya, setelah undian dikira, nama “The Bliss” telah pon terpilih!


Untuk acara finale, semua anggota The Bliss telah sama-sama membawa  dan berkongsi makanan tengahari yang lazat-lazat belaka.

Majlis berakhir lebih kurang jam 3 petang. Kesemua anggota The Bliss pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang senang. Alhamdulillah.



Semoga tautan ukhuwah akan berkekalan .
Semoga berjumpa, berkumpul seperti ini ,
Seceria senyuman hari ini,
sehingga ke Syurga Firdausi.
Ameen, ya Rabb.


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

1 comment:

ayashi said...

balqis pn ahli the bliss ek?? bliss junior..:)