Wednesday, January 12, 2011

teruskan perjalanan ini ye teman-temanku



Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.




Aku tak pandai menulis. Meskipun berpuitis. Jika disandarkan pada sesuatu, maka barulah ayat silih bersimpul. Kalau tak ada, alamatnya merapu seribu bahasa. Haha. Ah. Jiwang. Jangan suka main tipu. Nanti orang tak yakin kita mampu.



'Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Ketepikan soal orang berbudi, kerana entri ku ini memang bersifat berbudi. Apa yang aku nak tekankan ialah frasa pertama;- 'orang memberi...'. Oh. Kalau terkeluar saja pasal 'memberi',tup-tup blog Saifulislam juga yang keluar. 'Erti hidup pada memberi'. Haha...



Hmmm. Point terkeluar lagi. Melalut saja.



Kembali pada trek.



Pertama kali ku terdengar tentang adanya 'semboyan' menubuhkan 'jentera bakteria', aku tersentak. Di saat rakyat menangisi hukuman universiti yang bakal diterima jika ingkar, mereka tampil dengan idea berani. Ya. idea menubuhkan team tutor mikrobiologi.



Cukup elegant. Aku memandang ini sebagai langkah tambahan kepada 'pasukan' yang sedia ada aku sertai. Mungkin yang ini, sebagai pemain tambahan, fokus separuh masa kedua, atau menjadi super-sub pun...jadilah.



Senyuman terukir tatkala menjeling dua lagi teman seperjuangan menumpahkan dakwat di atas kertas memenuhi kouta tenaga pengajar tutor.



Terharu. Itulah perasaan yang dapat ku gambarkan. Tiga putera diapit 3 puteri yang sentiasa tampil dengan ragam berbeza. Mungkin gaya bahasanya yang satu itu layak dipanggil bakal ayah. Dan daripada situlah kekredibilitiannya terus diangkat menjadi pemimpin 'skuad bakteria' ini. Pertemuan pertama ditanam dengan benih-benih semangat yang tak lekang dengan senyuman. Mungkin sahabatku ada menyimpan sekeping potret barisan pertama sebagai kenangan. Tersenyum keriangan semua. Masih ingat? Seolah-olah mirip cebisan kenangan barisan tentera udara negara matahari terbit yang bergambar kenangan bersama senyuman, begitu bersemangat sebelum menyerang Pearl Harbour dan kesemuanya yang menyematkan semangat kamikaze terkorban. Macam tulah kita kan?



Sepanjang bersama, skuad yang dibentuk ini amat unik. Eksotik. Fantastik. Berbeza dengan yang lain, skuad ini tampil dengan gayanya yang tersendiri. Konsep multitutor dan sebagainya, menceriakan suasana. Siapa yang tak suka, jika setiap kali ke depan, senyuman tak lekang, ketawa nan riang, sudah pasti mampu melebarkan bibir yang juih serta meredhakan benak yang meledak. Datang dengan emosi, pulang riang dengan toleransi.



Sungguh. Setiap kali perjumpaan, tak lekang dek ketawa teman-teman. Ketawa ubat terbaik, kan? Point dihurai dengan perbincangan yang teliti. Ditambah pula dengan gelagat individu yang sentiasa mengubat hati. Juga mahu diselitkan , situasi caring to each other. 'Kalau demam, makanlah antibiotik , cari madu atau tidur dengan selesa. Haha. Bunyi atypical tapi sebenarnya typical bagi mereka serta sedikit sebanyak 'mengalihkan' kesakitan yang sedang dialami.



Masa tak pernah menunggu kita. Dan masa tak pernah memujuk kita untuk mengikut arus atau telunjuknya. Dan daripada itulah, aku menyedari ada lagi tugas yang belum selesai. Sesuatu yang sukar ku gambarkan. Mungkin dengan alasan bertulis, maka ianya senang difahami. Bagi aku, lebih baik angguk daripada geleng. Setuju dengan tersurat berbanding tersirat. Lebih baik begitu jika tidak masih termanggu-manggu. Aku membuat keputusan untuk mengundur diri.



Apa yang penting, pemergianku dari kalangan kamu janganlah dipandang, ditatap, disemat sebagai baji yang sentiasa condong ke arah negatif. Dan ketahuilah, aku juga berat hati meninggalkan 'skuad bakteria' yang sudah seperti adik-beradikku.



TUTOR. Kita bukan mencari publisiti. Kita bukan mengangkat diri. Kita bukan meminta untuk diresepsi. Kamu semua 'memberi' kerana Allah. Ingat pesanku wahai skuad bakteria, " Seorang guru yang baik bila mana dia mengajar tanpa menjeling sesaat pun pada manuskrip atau buku di depan mata". Sesuatu yang ku reka, usah membankang berjela-jela, ada kalanya ianya menjadi nyata. Dan ku rasa mampu menjadi logik akal. Hanya jika anda berada dalam linkungan atau situasi 'mengajar' suatu masa nanti.



Jadi, teruskan perjuangan 'memberi' wahai adik-beradikku;- Suhaimi, Fattah, Nadhirah, Anis Ezzah, Dayah duta...Jangan putus harapan, ingat ganjaran yang dijanjikanNya suatu masa nanti.

Aku juga masih seorang tutor, masih lagi bersama dengan kamu, hanya skuad yang menjarakkan. Moga semangat kita tak pernah luntur... Meninggalkan kamu semua seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga!



Terima kasih kerana sentiasa membuatku tersenyum...!



Selamat meneruskan perjalanan wahai skuad bakteria!





p/s : saye nak lukis komik perpisahan utk kamu semua tp saye xde scanner utk upload ke sini.. :'(
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

source : oily painting

latest news

PERHATIAN!!!kpd sapa2 yg bminat utk mnyertai INFECTION CONTROL FACING MALAYSIAN INFECTIOUS DISEASE pada 31.1 @ 1.2 anjuran UNIVERSITY MANSOURA.



speaker:Dr dr unit virology,parasitology,tropical medicine,infection control.program akan berlangsung masing2 dr jam 9pg-12 tgh hari.terbuka pada tahun 4,5,6.setiap sesi 40 org student from Mal...aysia di berikan tmpt.jd,setiap sesi hanya 20 org shaja pelajar Convent yg dberi peluang,lagi 20 utk pljr manchester.andai bil pelajar yg berminat melebihi kouta,insyaALLAH universiti arrange lain kali.jadi,bg je nm dulu pd saya thru fb@hp 0110890544.


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

GRAF STATISTIK KEPUTUSAN ROUND OPHTHALMOLOGY





 kesimpulan dari graf di atas :
   i) 4 orang mendapat markah penuh ( 40 markah )
  ii) 18 orang salah 1 soalan dan mendapat 38 markah
 iii) 18 orang salah 2 soalan dan mendapat 36 markah
 iv) 14 orang salah 3 soalan dan mendapat 34 markah
  v) 10 orang salah 4 soalan dan mendapat 32 markah
 vi) 4 orang salah 5 soalan dan mendapat 30 markah
vii) 1 orang salah 6 soalan dan mendapat 28 markah
 semua orang mendapat markah penuh bagi buku iaitu 10 markah..

Marilah bersama-sama kita meningkatkan lagi usaha agar dapat menghasilkan prestasi yang luar biasa..pada yang berjaya mendapat markah yang diidam-idamkan tahniah.. dan pada yang kurang berjaya..masih ada masa untuk kita meningkatkan usaha supaya dapat memperoleh keputusan yang cemerlang di akhir nanti..


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Tuesday, January 11, 2011

SENARAI NAMA DAN JADUAL UNTUK BLS

THURSDAY (8AM-2PM)
1.       Amani Binti Taharn@Taha
2.       Siti Faizatul Farah Binti Fauzi
3.       Anis Ezzah Binti Zahidi
4.       Nurul Ain Binti Hussin
5.       Siti Nabilah Binti Abdul Rahim
6.       Najibah Binti Johari
7.       Nurul Hidayah Binti KamalNashruddin
8.       Nurul Nadirah Binti Ramli
9.       A’fifah Binti Zahari
10.   Najwa Anis Binti Nazmudi
11.   Juliana Binti Ihsan
12.   Najwa Nazeerah Binti Nazaruddin
13.   Nurulain Izzaty Binti Marzuki
14.   Nurfarah Liyana Binti Wan Salihin Wong
15.   Tuan Nabila Binti Tuan Abdul Rahman
16.   Diyana Binti Mohd DAud@Hassan
17.   Fazlini Binti Mohamad Fauzi
18.   Siti Norpirdaus Binti Johari
19.   MAryam Binti Abu BAkar Hussain
20.   Izyan Izzati Binti Mahzan
21.   Siti Nur Shuhadah Binti Sedana Omar
22.   Nur Hidayah Binti Ahmad
23.   Athirah Binti Abdul Ghani
24.   Nur RAdziah Binti Salleh
25.   Nurhanis Binti Shifuddin
26.   Illani Binti Riza
27.   Hanim Hamizah Binti Zaini
28.   Husna Binti Drahman
29.   Nur  Aisyah Binti Ruslan











THURSDAY(2.30PM-6.30PM)

1.       Siti Nur Ashikin Binti Mokhtar
2.       Mursyida Binti Mustapha Kamil
3.       Nurul  Izzati Binti Nor
4.       Nurul Ihsan Binti Nasiruddin
5.       Ummu Habibah Binti Muhamad
6.       Hanisah Binti Abdul Rahman
7.       Lina Emilia Binti Ahmad Adni
8.       Siti Nur Ain Sahleha Binti Zaharuddin
9.       Anis Afikah Binti Ismail
10.   Nik Nur Fariha Binti Mohamad Zalami
11.   Ahmad Asyraf Bin Amirullah
12.   Nur Izzah Binti Abdul  Majid
13.   Siti Nor Asma’ Binti Azahar
14.   Noor Syafiqa Binti Ahmad Bustamam
15.   Tengku Arifah Czarina Binti Tengku Mohd Ariff
16.   Farah Binti Amalluddin
17.   Dalila Binti Aznan
18.   Che Sarida Binti Che Ismail
19.   Engku Nor Alia Binti Engku Khalid
20.   Nurfarhana Binti Lazim
21.   Julia Amira Binti Jaafar
22.   Muhammad Azrul Azizi Bin Amir Hamdan
23.   Ainul Naqiah Binti Mohd Nordin
24.   Nurul Hidayah Binti Abdul Wahab
25.   Nur  Liyana Binti Che Ali
26.   Nor Diyana Binti Abd Aziz
27.   Muhammad Affan Bin Norzan Shah
28.   Muhamad Zulhakimi Bin Shamsuddin
29.   Abdul Rahim bin Abdullah







FRIDAY(pm)
1.     Wan Irhaam Binti Wan Muhamad
2.     Husna Binti Abdul Manaf
3.     Nurul Nadiah Binti Yusof
4.     Nur Hidayah Binti Hamidin
5.     Mufidah Binti Bunyamin
6.     Farah Nazneen Binti Mohd Jais
7.     Tengku Nur ‘Aqilah Binti Tengku Nikman
8.     Siti Maryam Binti Muhamat
9.     Mohd Faisal  ‘Arif Bin Tarmizi
10.   Mohd Aizuddin Bin Abdul Rahman
11.   Muhammad Syafi Bin Abd Bari
12.   Mohamed Ali Al-Saleh
13.   Haidar Ali Al-Busror
14.   Mohammed Ali Al-Najjar
15.   Ayat Ali Al-Basri
16.   Hazim Abbas Al-Basri
17.   Khaled  Mohammed Alkhrisi
18.   Ruaa  Mamoum Suliman Fadel
19.   Obied Saleh Mahdi Al-Dhawi
20.   Shaima Ahmed Al- Jisihi
21.   Gufran Badr Al-Saif
22.   Hajar Mohamed Almomen
23.   Zainab Mohammed Abdul Karim Al-Faraj
24.   Eman Ahmad Al-Alshaikh
25.   Duaa Abdulrazak Al-Shaikh
26.   Saleh Omar  Saleh Bajahlan
27.   Abdel salam El-Jando


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

memperkenalkan THE BLISS~

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahi Robbil Aalamin,
Majlis Solat hajat SC Akhawat batch 07/08 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis dimulakan dengan  menunaikan Solat Zuhur diikuti dengan Solat Hajat berjemaah.

Selepas itu, majlis dimulakan dan diisi dengan pengisian motivasi sempena musim peperiksaan yang akan datang. Kelihatan semua yang hadir begitu bersemangat untuk menempuhi peperiksaan dan hari-hari yang mendatang dengan hati yang ikhlas dan tenang!

Seterusnya, MC telah menjemput ketua SC untuk member itahu tentang maklumat-maklumat terkini. Program “Rakan Taakhi” yang berasaskan persaudaraan antara  Kaum Muhajirin dan Ansar telah pon diperkenalkan dan majoriti akhawat telah pon “dipersaudarakan” dengan pasangan masing-masing.

Undian juga diadakan untuk memilih nama khas bagi SC batch akhawat 07/08. Akhirnya, setelah undian dikira, nama “The Bliss” telah pon terpilih!


Untuk acara finale, semua anggota The Bliss telah sama-sama membawa  dan berkongsi makanan tengahari yang lazat-lazat belaka.

Majlis berakhir lebih kurang jam 3 petang. Kesemua anggota The Bliss pulang dengan perut yang kenyang dan hati yang senang. Alhamdulillah.



Semoga tautan ukhuwah akan berkekalan .
Semoga berjumpa, berkumpul seperti ini ,
Seceria senyuman hari ini,
sehingga ke Syurga Firdausi.
Ameen, ya Rabb.


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Monday, January 10, 2011

makluman terbaru

Seperti yang kita tahu ada attachment selama 2 minggu untuk 2 department.
so universiti sediakan 4 department..any student interested boleh pilih 2 dr 4 tu.
pendaftaran dgn Madam Aidah.

Pada 1 feb dan 8 feb insyaALLAH universiti akan adakan INFECTION CONTROL FACING MALAYSIAN INFECTIOUS DISEASE.
speaker:

Prof dari Virology Unit,Parasitology Unit,Tropical Medicine Unit,Infection Control Unit.
Program akan berlangsung masing2 selama satu hari penuh dari jam 9 pagi-3 petang.
terbuka pada tahun 4,5,6.
setiap sesi 30 org international student dari malaysia diberikan tmpt.
jadi,setiap sesi hanya 15 org sahaja pelajar convent yg dberi peluang,lagi 15 utk bdk manchester.
sama seperti di atas,andai bilangan pelajar yang berminat melebihi kuota,insyaALLAH universiti arrange lain kali.jadi,amik je nama dulu.

semua program di atas adlh FREE.



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-