Showing posts with label ADVICE COLUMN. Show all posts
Showing posts with label ADVICE COLUMN. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Bagaimana Lelaki Menjadi Cantik Di Mata Wanita



Kalimah indah yang juga memberikan rasa yang indah. Semua manusia sukakan kecantikan, kerana itu merupakan fitrah kejadian manusia itu sendiri.
Lihatlah di dinding rumah, di atas meja kerja dan di dalam kereta, manusia akan merasa selesa apabila wujudnya benda-benda cantik di tempat tersebut. Manusia suka meletakkan teddy bear kecil, meletakkan bunga-bunga indah dan ukiran kaca yang cantik bagi menjadikan sesuatu tempat itu kelihatan menarik.
Cantik itu bukan boleh dirasa dengan lidah. Bahkan cantik itu pun tidak mengenyangkan perut manusia. Makanan yang kelihatan cantik umpamanya, tidak semestinya mempunyai rasa yang sedap dan menyelerakan. Tetapi cantik itu memberi kesan kepada hati. Cantik itu memberikan ketenangan, keseronokan dan keindahan tersendiri kepada manusia.
Ia tidak memberi kesan lahiriah, tetapi memberi kesan batiniah yang sungguh tinggi.

LELAKI DAN KECANTIKAN
Apabila berbicara soal cantik, tangan mudah menunding kepada wanita sahaja. Sehingga, subjek cantik hanya difokuskan kepada wanita dan lelaki terus terabai dari aspek kecantikan. Ini silap.
Cantik itu sewajarnya bagaimana?
Sudah tentu kita bukan mahu berbicara sekadar kecantikan yang bersifat luaran semata-mata. Cantik kerana bedak yang disapu ke muka, cantik kerana gaya rambut atau cantik kerana memakai pakaian yang cantik. Kita mahu berbicara tentang konsep cantik yang sebenar.
Konsep cantik yang sebenar itu, sesungguhnya tidak pernah memisahkan antara jantina, lelaki mahupun perempuan. Justeru, sebagaimana wanita perlu menjadi cantik untuk pasangannya, maka lelaki juga wajib menjadi cantik untuk pasangan mereka.

WAJAH YANG CANTIK vs KECANTIKAN PADA WAJAH
Kalau anda renungi dengan cermat, anda akan lihat perbezaan yang ketara antara keduanya. Wajah yang cantik adalah anugerah Allah kepada manusia. Boleh jadi sebagai nikmat dan boleh jadi sebagai ujian. Hikmah Allah sangat besar pada ketentuan tersebut. Wajah yang cantik mungkin dinilai dari bulu matanya yang lentik, hidungnya yang mancung, wajahnya yang secocok serta rambut yang ikal mayang. Tentunya, bukan semua manusia mempunyai kelebihan ini.
Namun Allah itu Maha Adil.
Wajah yang cantik bukan peluang kepada semua manusia, tetapi kecantikan pada wajah berpeluang dinikmati oleh semua manusia.
Soalnya, dari mana datang kecantikan pada wajah manusia?
Jawabnya, ia datang daripada HATI.
Itulah yang seringkali kita dengar dari sabdaan Baginda s.a.w ; sekiranya hati itu baik maka baiklah seluruh anggota zahirnya dan sekiranya hati itu buruk maka buruklah seluruh anggotanya.
Dan wajah, adalah antara tempat yang paling sensitif dalam memantulkan kecantikan ataupun keburukan hati.

KECANTIKAN PADA LELAKI
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh seluruh kaum Adam, terutama yang masih belum melangkah ke alam rumahtangga. Tidak terkecuali juga mereka-mereka yang sudah berumahtangga.
Selalukah anda membuat muhasabah tentang kecantikan diri anda untuk bakal pasangan ( bagi yang belum berkahwin ) dan di hadapan pasangan ( bagi yang sudah berkahwin ) ?
Lelaki yang lambat matang dan tidak pernah mahu matang, adalah lelaki yang hidupnya hanya bermodalkan ‘macho‘ dan ‘handsome‘ untuk menawan hati pasangan. Kerana apa saya sebutkan isu matang? Kerana, lelaki seperti itu tidak pernah mahu sedar bahawa TUGAS dan TANGGUNGJAWAB mereka yang sebenar adalah sebagai PEMIMPIN yang ulung kepada pasangan mereka.
Dan untuk memimpin, macho sahaja tidak cukup. Berlagak gentleman sahaja belum memadai. Sebaliknya elemen-elemen penting yang membawa kecantikan kepada diri mereka perlulah diambil perhatian secara serius.

ELEMEN YANG MENCANTIKKAN
Antara elemen yang menjadikan seseorang lelaki itu cantik di mata wanita adalah :

Pertama : Hubungan dengan Allah
Ini paling penting. Kantoi dengan Allah, kantoi jugalah dengan manusia. Sesungguhnya kejernihan dan ketenangan pada wajah seseorang hanya dapat dianugerahkan oleh Allah dan bukannya oleh produk-produk kecantikan yang ditempek ke muka siang dan malam. Dan wanita, sangat suka kepada lelaki yang menjaga hubungan dengan Allah. Tidak hairan, kerana ramai wanita memegang prinsip ; kalau amanah dengan Allah dijaga rapi, insyaAllah dia akan amanah denganku nanti.

Kedua : Akhlak dan Peribadi
Ini kayu ukur paling utama kepada kecantikan seseorang lelaki. Wanita akan menilai seseorang lelaki itu cantik apabila peribadi lelaki itu benar-benar memikat hatinya. Tidak berpoya-poya, tidak mengambil kesempatan, tidak hipokrit, tidak bermuka-muka dan tidak menindas kaum wanita.
Dan sesungguhnya, peribadi yang ulung itu hanya akan lahir daripada benih TAQWA.

Ketiga : Nilai Qawwamah
Maksudnya, nilai kepimpinan dalam diri. Sebagaimana firman Allah ta’ala : Lelaki itu adalah pemimpin ke atas wanita. Lebihnya seseorang lelaki ke atas wanita hanyalah dari sudut kepimpinan dan tanggungjawab sahaja.Mereka adalah suami dan ayah. Mereka memikul tanggungjawab yang sangat berat di mana kesemuanya akan ditanya Allah di akhirat kelak.
Lelaki-lelaki yang tidak mahu mengambil berat tentang nilai ini dalam diri mereka, akan menjadi lelaki yang rendah nilainya di mata wanita. Ini kerana, ‘kecantikan’  dirinya ibarat sudah tiada. Apatah lagi jika dia yang sepatutnya memimpin, tetapi dengan pasangan menjadi orang yang dipimpin pula. Contohnya ; Queen Control.

Keempat : Kematangan dan Kesabaran
Wanita adalah kaum yang suka dilindungi. Sejauh mana pun mereka melangkah, mereka tetap mahu didampingi dan mereka tetap mahukan tempat berpaut. Wanita tidak suka kepada lelaki yang keanak-anakan, tidak pandai mengurus emosi, tidak sabar, tidak bijak membahagikan masa dan sebagainya. Kesemua kecacatan ini bisa menjadikan seseorang lelaki tampak sangat hodoh di mata wanita.

Kelima : Matlamat Hidup
Seorang lelaki yang mempunyai visi serta misi yang jelas dalam hidupnya, akan menjadi rebutan ramai wanita. Ini kerana, lelaki tersebut sebenarnya telah menjadi sangat cantik di mata wanita. Dia secara tidak langsung telah membuktikan bahawa dirinya bukan seorang yang tidak serius, bukan seorang yang tiada matlamat, bukan seorang yang sambil lewa sebaliknya seorang yang benar-benar konsisten dengan target hidup. Sesiapa yang melangkah bersamanya akan beroleh selamat. Inilah perkara yang sangat disukai oleh kaum wanita.
Kalau lelaki memandang Lisa Surihani sebagai cantik dan menggilainya, wanita pula memandang lelaki jenis ini sebagai sangat cantik dan akan menggilainya.

Keenam : Hubungan sesama manusia
Wanita sangat menyukai lelaki yang pandai berkomunikasi. Komunikasi ini bukan hanya antara lelaki itu dan dirinya sahaja, bahkan juga dengan orang lain. Hubungan sesama manusia inilah yang menentukan seseorang lelaki itu sebagai dihormati, disegani mahupun dicemuh dan dibenci.
Juga, seseorang wanita pasti akan meletakkan target supaya lelaki itu berjumpa dengan ibu bapanya. Dan sudah tentu, jika komunikasi lelaki itu cemerlang, ia menjadi faktor besar kecantikan dirinya di mata seseorang wanita.

KESIMPULAN
Berbicara tentang subjek cantik yang hakiki sangat luas skopnya. Tidak terhad kepada nilaian mata semata-mata, bahkan juga pengadilan dari hati. Walaupun mata diibaratkan sebagai hakim pertama, namun hati tetap hakim yang paling utama.
Lelaki juga sewajarnya sedar, bahawa mereka perlu meningkatkan kecantikan diri mereka di hadapan wanita dari masa ke semasa. Kecantikan ini besar kesannya, kerana ia bukan sahaja untuk menawan hati pasangan tetapi lebih penting untuk MEMIMPIN mereka dalam kehidupan.
Justeru untuk para lelaki, ayuh make up kecantikan dirimu, dan tawanlah hati si dia dengan power dari kecantikan hakiki tersebut.



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Tuesday, May 3, 2011

'Cari Balik Trek Yg Hilang...."

 

Salam sumer,

Exam dah dekat.Buku x abes bace lagi.Ade mase xleh nak konsentret.huh.macam2 halangan bile nak menemphi exam.cuak ade.nervous ade.hernia pon ade (???).biasela tu,adat resam hidup.bukan time blaja je ade exam...hidup kite ni jugak merupakan exam besar yg Allah settingkan comel molek .dari segi bank soalan,ketas objektif or panduan hidup,jwapan tepat dan padat,sumenye dah disetupkan olehNya...


Jadi,normal bile sum1 nak exam.oleh sbb itu,make terkeluarlah video iklan exam fever campaign ni.bile tension2 study plus tgh pikir2 isu 'setempat' tuh,ape kate uolls sit back n relax...enjoy the vid.idea asal nak buat ala2 iklan tv..tp x tau lah yg ni jd ke x...tp ape2 pon, recommendation or improvement,sile komen ye..tenkiu..
p/s-tengs to those yg tolong bg kerjasame serta sokongan moral.x lupe juge hosmet yg nak exam.serta juniors or seniors.a very best luck wishes from me.ade mase lg ni,x terlambat nk pulun (usaha).tawakkal time langkah masuk dewan exam ye..


...................................................................................................................................................................


Exams and Going Under

each year we all have them
the curious minds of teachers
finding out how well they teach
how well we learn


each month goes past
matters start getting serious
teachers going over the same paper
going over the same lecture


each lesson stays
in the back of the mind
of that one struggling child
the one no-one listens too


each week gets shorter
lessons slowly fade to the past
getting dimmer
and forgetting everything


each day goes past
leading you closer
but leading you further astray
from the point you are meant to reach


each hour they sit there
furious that they cannot win
against the battle
of constant pressure


each minute clocks past
60, 59, 58, 57....
the minute gets shorter
so does the passage


each second leaves a memory
one that shouldn't be wasted
on the telly or laptop
watching flashing images


the day arrives
they sit and stare at the paper
water forms in their eyes
leaving them with damp hands


they do the test
knowing some answers and
guessing the rest
lucky and not so random


the results pin up to the wall
they waited so long for these
the pressure from asking family
tearing them apart


they look at their score
their overall grade
it wasn't that bad
but still they worry


what will other people think?
about this result
is it good enough?
will they get punished or laughed at?


the pressure gets to us all
slowly making us weak
i wrote this to them
things aren't meant to be bad


nukilan : gorengtelor


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Monday, April 18, 2011

Nikmat dan Peringatan..


Assalamualaikum wbt.kawan-kawan dah tengok video kat atas??
Marilah kita sama-sama muhasabahkan diri kita masing-masing. Maaf kerana saya lebih suka mencetuskan persoalan agar kita dapat perbanyakkan berfikir.
Kawan-kawan, sudah berapa lama ya kita hidup?Kebanyakan dari kita sudah berumur 22 tahun pada tahun ni.Ada juga yang masih 21 tahun akan tapi ada juga yang telah pun bertambah umurnya lebih 2,3 tahun.

Dalam mengenang umur kita yang telah pun bertambah-tambah ni.Pernah tak kawan-kawan semua memikirkan kembali dan cuba mengira betapa banyaknya nikmat yang telah Allah bagi pada kita?

Nikmat dapat membuka mata, nikmat dapat menghirup udara, nikmat dapat menyentuh barang-barang yang ada.Itu baru sedikit yang saya mampu katakan.Kalau kita cuba nak kira juga.Memang sampai bila takkan habis.Panjangnya memang kalahlah Sungai Nil di Mesir ni.

Kemudian pernah tak kawan-kawan sekalian terfikir kenapa Allah bagi nikmat-nikmat yang teramat banyak ni kepada kita?Seorang manusia.Kalau dia tak nak bagi pun tak apa.Memang betul ada antara kita yang nikmat yang dia ada kurang dari orang lain.Tapi pernah tak kawan-kawan semua terlintas dan memikirkan kenapa?

Mengapa ya ada orang yang Allah tarik sedikit nikmatnya.Allah itu Maha Adil kan.Jadi mengapa ya Allah tak buat semua orang sama rata.Semua orang diberi nikmat kaki tangan, nikmat dapat hidup senang dan sebagainya. Mengapa ya begini? Betapa banyaknya nikmat yang telah Allah berikan pada kita tetapi kita kurang menghargai nikmat yang ada.Kadangkala sampai mempersoalkan mengapa hidup aku tak sesempurna si fulan atau si fulan itu. Nauzubillah..Kufur nikmar sudah begitu.

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.” (Al-Anbiya’: 35)

Jadi sebenarnya walau apa pun nikmat yang Allah bagi dalam dunia ni kita kenalah bersyukur dan memahami bahawasanya segala nikmat dan segala apa yang kita rasa tidak nikmat itu semuanya ialah ujian semata-mata.

Perjalanan hidup kita tak panjang mana sebenarnya.Bila-bila boleh Allah tarik nyawa kita ni.Rapuhkan? Kejap je tiba-tiba manalah tau dalam tidur atau sedang jalan-jalan ke Allah tarik nyawa kita. Sedia ke tak kita masa itu? Jadi kawan-kawan ingatlah belum terlambat masa untuk sedar dan membetulkan diri kita sendiri.Semua orang ada khilaf masing-masing.Tiada siapa yang sempurna kecuali Nabi Muhammad SAW sahaja yang maksum.Itupun Allah ada juga menegurnya di dalam Quran.Kita ini pula yang lagi banyak khilafnya bagaimana? Fikir-fikirkanlah..

Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Sunday, January 16, 2011

Cerita bermula... Ada apa dengan....?

Cerita bermula. Sebelah kirinya memegang setin Coke, dan jemari sebelah kanan mencapai remote control, menekan malas punat-punat di situ. Dicari siaran kegemarannya,namun hampa. Apa ni? Semua saluran menghidangkan sajian yang sama. Palestin bergolak lagi. Rundingan damai gagal. Kesatuan Hamas Dan Fattah temui jalan buntu. Israel rancak membedil Palestin. OIC berusaha bantu penindasan Palestin. Aaaargghh! Dia bosan. Sungguh, negaranya aman damai, maka ada apa Palestin dengannya? Lalu dia membawa kaki ke kamarnya. Tidur lebih baik dari layan sakit hati.

Petang semalam juga begitu. Entah siapa-siapa dari mana-mana, datang memberi risalah kepadanya. Kempen Boikot Israel, Palestine in Our Hearts. Flyers berupa barang-barang produk Israel yang perlu diboikot, serta pamplet berisi sejarah ringkas penaklukan Palestin, lengkap dengan fatwa mengapa perlu diboikot. Dan di tangannya ada tabung, Derma untuk Palestin jika tak silap pandangannya. Mahasiswa universiti mungkin.

“Nak boikot barang? Berjaya ke? Bukannya sekotak dua rokok, berjuta-juta. Habiskan masa ngan duit je…” gumamnya .

CRIME SCENE INVESTIGATION (MANSOURA)
Scene 1
Pada suatu hari,housemate aku goreng ikan.habis makan, aku tinggal je tulang tu kat atas sinki..keesokan paginya ketika aku nak wudhu, aku tgk tulang ikan tu dijinjing oleh berpuluh2 semut warna hitam yg sgt comel..ku tersenyum sendirian..” mcm anggota PDRM angkat bendera 1malaysia time sambutan hari merdeka..hehe..” getus hati kecilku.Lantas, 
pada pendapatmu,bezakah kita dimata ALLAH dgn sekumpulan semut yg sedang mengerumuni tulang ikan..semut itu sgt bersungguh2 mengangkat tulang tersebut diatas bdn kecil mereka..tiba2 setitis air yg sgt ‘BESAR’ menghentam mereka..ketahuilah sahabatku setitis air itu adalah percikan air basuhan tgn aku..YA Allah..apakah yg akan terjadi apabila Kau mengangkat tgnMu dan memercikkan air ke atas bangsa manusia yg hina ini? Mampukah aku menghadapi? Mampukah aku mengatasi? Mampukah manusia lain??..aku tertunduk.Berfikir.. rapuhnya nyawa manusia,kecilnya jasad kita TETAPI besarnya kesombongan kita,egonya hati kita..sudah ada jawapan yg pasti kpd soalanku tadi..SUDAH TENTU TERLAMPAU SANGAT MUDAH SEKALI BAGI ALLAH.
Scene 2
ALANGKAH INDAHNYA HIDUP INI..

Wednesday, January 12, 2011

teruskan perjalanan ini ye teman-temanku



Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.




Aku tak pandai menulis. Meskipun berpuitis. Jika disandarkan pada sesuatu, maka barulah ayat silih bersimpul. Kalau tak ada, alamatnya merapu seribu bahasa. Haha. Ah. Jiwang. Jangan suka main tipu. Nanti orang tak yakin kita mampu.



'Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Ketepikan soal orang berbudi, kerana entri ku ini memang bersifat berbudi. Apa yang aku nak tekankan ialah frasa pertama;- 'orang memberi...'. Oh. Kalau terkeluar saja pasal 'memberi',tup-tup blog Saifulislam juga yang keluar. 'Erti hidup pada memberi'. Haha...



Hmmm. Point terkeluar lagi. Melalut saja.



Kembali pada trek.



Pertama kali ku terdengar tentang adanya 'semboyan' menubuhkan 'jentera bakteria', aku tersentak. Di saat rakyat menangisi hukuman universiti yang bakal diterima jika ingkar, mereka tampil dengan idea berani. Ya. idea menubuhkan team tutor mikrobiologi.



Cukup elegant. Aku memandang ini sebagai langkah tambahan kepada 'pasukan' yang sedia ada aku sertai. Mungkin yang ini, sebagai pemain tambahan, fokus separuh masa kedua, atau menjadi super-sub pun...jadilah.



Senyuman terukir tatkala menjeling dua lagi teman seperjuangan menumpahkan dakwat di atas kertas memenuhi kouta tenaga pengajar tutor.



Terharu. Itulah perasaan yang dapat ku gambarkan. Tiga putera diapit 3 puteri yang sentiasa tampil dengan ragam berbeza. Mungkin gaya bahasanya yang satu itu layak dipanggil bakal ayah. Dan daripada situlah kekredibilitiannya terus diangkat menjadi pemimpin 'skuad bakteria' ini. Pertemuan pertama ditanam dengan benih-benih semangat yang tak lekang dengan senyuman. Mungkin sahabatku ada menyimpan sekeping potret barisan pertama sebagai kenangan. Tersenyum keriangan semua. Masih ingat? Seolah-olah mirip cebisan kenangan barisan tentera udara negara matahari terbit yang bergambar kenangan bersama senyuman, begitu bersemangat sebelum menyerang Pearl Harbour dan kesemuanya yang menyematkan semangat kamikaze terkorban. Macam tulah kita kan?



Sepanjang bersama, skuad yang dibentuk ini amat unik. Eksotik. Fantastik. Berbeza dengan yang lain, skuad ini tampil dengan gayanya yang tersendiri. Konsep multitutor dan sebagainya, menceriakan suasana. Siapa yang tak suka, jika setiap kali ke depan, senyuman tak lekang, ketawa nan riang, sudah pasti mampu melebarkan bibir yang juih serta meredhakan benak yang meledak. Datang dengan emosi, pulang riang dengan toleransi.



Sungguh. Setiap kali perjumpaan, tak lekang dek ketawa teman-teman. Ketawa ubat terbaik, kan? Point dihurai dengan perbincangan yang teliti. Ditambah pula dengan gelagat individu yang sentiasa mengubat hati. Juga mahu diselitkan , situasi caring to each other. 'Kalau demam, makanlah antibiotik , cari madu atau tidur dengan selesa. Haha. Bunyi atypical tapi sebenarnya typical bagi mereka serta sedikit sebanyak 'mengalihkan' kesakitan yang sedang dialami.



Masa tak pernah menunggu kita. Dan masa tak pernah memujuk kita untuk mengikut arus atau telunjuknya. Dan daripada itulah, aku menyedari ada lagi tugas yang belum selesai. Sesuatu yang sukar ku gambarkan. Mungkin dengan alasan bertulis, maka ianya senang difahami. Bagi aku, lebih baik angguk daripada geleng. Setuju dengan tersurat berbanding tersirat. Lebih baik begitu jika tidak masih termanggu-manggu. Aku membuat keputusan untuk mengundur diri.



Apa yang penting, pemergianku dari kalangan kamu janganlah dipandang, ditatap, disemat sebagai baji yang sentiasa condong ke arah negatif. Dan ketahuilah, aku juga berat hati meninggalkan 'skuad bakteria' yang sudah seperti adik-beradikku.



TUTOR. Kita bukan mencari publisiti. Kita bukan mengangkat diri. Kita bukan meminta untuk diresepsi. Kamu semua 'memberi' kerana Allah. Ingat pesanku wahai skuad bakteria, " Seorang guru yang baik bila mana dia mengajar tanpa menjeling sesaat pun pada manuskrip atau buku di depan mata". Sesuatu yang ku reka, usah membankang berjela-jela, ada kalanya ianya menjadi nyata. Dan ku rasa mampu menjadi logik akal. Hanya jika anda berada dalam linkungan atau situasi 'mengajar' suatu masa nanti.



Jadi, teruskan perjuangan 'memberi' wahai adik-beradikku;- Suhaimi, Fattah, Nadhirah, Anis Ezzah, Dayah duta...Jangan putus harapan, ingat ganjaran yang dijanjikanNya suatu masa nanti.

Aku juga masih seorang tutor, masih lagi bersama dengan kamu, hanya skuad yang menjarakkan. Moga semangat kita tak pernah luntur... Meninggalkan kamu semua seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga!



Terima kasih kerana sentiasa membuatku tersenyum...!



Selamat meneruskan perjalanan wahai skuad bakteria!





p/s : saye nak lukis komik perpisahan utk kamu semua tp saye xde scanner utk upload ke sini.. :'(
-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

source : oily painting

Sunday, January 2, 2011

DO YOU REALLY WANT TO GET MARRIED?




Do you really want to get married? While there are some Muslims that do not want to get married most young single Muslims do.  Many young people want to get married because their friends are getting married or because “they are at that age” or because their parents are putting pressure on them to get married.Some want to get out of a difficult home life. Some want to get married out of physical attraction, or because they are attracted to intellect, and money. Some young Muslims want to get married because they realize marriage was the tradition of Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) and they see marriage as a form of worship. Some who want to get married seek companionship, and the family stability that a healthy married life can provide. 


There are of course those who at this point in their life realize they are not ready for marriage. They realize it would be better to wait until they are ready rather than to marry prematurely. They want avoid living in an unhappy marriage or to end-up dissolving the marriage because of irreconcilable differences.    
How do you know if you are ready to get married and more specifically if you are ready to marry that particular person?  

To get to know whether or not you are ready for marriage, it is important to get to know yourself.  The first thing you must do is spend time conducting a personal self assessment to identify your personal strengths and areas that need improvement.  It is important to get to know what kind of relationship you have with Allah, and what kind of relationship you expect to have with your future spouse. 
  • Are you ready to share your life with someone else? 
  • Are you ready to take on the responsibility of building your family, sharing and compromising and working together to achieve your personal and family goals?  
  • It is important to know what you will contribute to the marriage and what you will do to cultivate a healthy, peaceful family life. 
Getting Ready

Premarital education is essential to help us know if we really want to get married and if we are ready to marry.  It also helps us learn the skills needed to develope a good marital relationship.
In the United States many religious traditions require marriage preparation, and education prior to marriage. Some religious leaders have made a commitment not to perform the marriage ceremony of a couple that has not participated in a marriage preparation or education or counselling programme.  I recently met a young Catholic man who indicated that he and his fiancé attended 8 weeks of premarital education as well as other programmes  to educate and prepare them for family life.   Other faith traditions have made major steps to prepare for marriage and family life.  It is time that Muslims re-adopt the importance of marriage education that was part of the teaching of Prophet Muhammad during the early days of Islam.

I recommend that single Muslims participate in a marriage preparation 
and education programme way before they start exploring prospects for marriage. Such a program should help them get to know themselves better,develop their relationship with Allah, and identify their strengths and areas in which they need to improve themselves. Most people get married before they know who they really are.  Few have taken the time to engage in a personal self assessment.  A marriage education programme can also prepare the individual with skills to help them once they do marry. Communication skills
  • Budgeting and finance
  • Anger management
  • Problem solving and conflict resolution
All of the above are essential skills in a marriage.  Such a programme should also include a discussion of intimacy and sex in marriage.


A Likely Match?


Once you meet the person you think you will want to marry I advise both of you to pray Istikhara prayer for guidance, and to seek the wise council of close family and friends.  I also advise that the engaged or soon-to-be engaged couple meet with a wise spiritual and professional advisor to help determine if they are compatible and suitable for one another.  It is important to spend time getting to know the person you are thinking of marrying and whether or not that person has character, temperament, religious character, and behaviour that is compatible to yours.

A Premarital Advisement helps to identify the challenges a couple may face in marriage as well as strategies to help prevent or address the challenges before they present a problem. 
Marriage is one of the most important things you will do in life. It is half of our religion and is the foundation of our society; however we tend to spend more time preparing for our career than we do for our marital lives. Expect to spend real time learning about what it means to be married before you sign the marriage contract.  Take time to learn whether or not you are really ready to lead a healthy married life.


Huhu…saja2 jer nak tulis bnda ni…bosan2 katakan..harap kita dapat ambil pngajaran apa yang ditulis diatas… tak mudah untuk berkahwin…dan mnjadi mudah untuk berkahwin kalau sudah bersedia..Islam tak galakkan untuk tergopoh gapah tau…(kredit untuk doctor commed yang ajar HIV AIDS tadi…kwin is not easy yer…he3…)

Penulis- ALI BABA


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Wednesday, December 15, 2010

tazkirah

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

Sementara perhentian iaitu kematian, tidak pula kita tahu waktunya yang tepat. Namun yang pasti apabila ia sampai, tidak dilewatkan walaupun sesaat jua. Kita hamba Tuhan di persada masa.


عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).

Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya.

sumber : http://drmaza.com/home/?p=1300#more-1300


-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

Sunday, December 5, 2010

successful medical students

"Learn from people,Find a good role model. Ask questions . Get inside their heads. Learn to think how they think. In time you will develop your style but a role model can get you rolling =)" -Andrew Matthews-


Time passes quickly without us realizing that it has already been 2 months we stated our 4th year. believe it or not,we have finished our ENT round and started our 2nd week in ophthalmology round.

here i want to share some tips that i get from Dr.MUHAYA in her book,"How to become a good and successful medical student.Hopefully it can help use a lots during the clinical session in the hospital.

1.Be punctual 
-5 minute delay to the clinic or OT may mean that we may have missed an interesting cases.

2.take important point
-jot down all the cases that we see in the clinic.try to ask doctors or lecturer about the case.if they are too busy to attend you, note down the case and write down your doubt about the case.

3.clinical notebook
A clinical notebook is very useful and help us to revise again every cases that we have been seen.there are some important point that we can include inside the book:

date:
case:
diagnosis:
important:history,physical sign,investigations,treatments
learning points/doubts:
things to revise about this disease:-basic science -clinical subject

4.revise
after the clinic, check up on the cases and read around the topic. if there any basic knowledge that

prevent us from fully understand the case, ensure that we read about it.most students find it a big chore having to revise the basic pre-clinical subjects.They do not realise that studying the subjects in order to understand the clinical features will have a tremendous impact on understanding of the clinical subjects and remembering the pre-clinical subjects.

5.discuss!
discuss the cases with your colleagues. try to apply knowledge acquired to the clinical problem.be
proactive and ask questions. by doing discussion it will really help us to train our brain to be high
thinking and help lots in increasing our memory.the more you give your knowledge,the more your get!insyaAllah..=)

6.try to develop and brush up our communications skill.
a good doctor is not only excellent in study but also having a good relationship with other
people.communication skill is important to built patient's confident so that help us in taking history and makes a correct diagnosis..

btw,selamat mencuba! ^_^
- Dr Anis Ezzah -


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Tuesday, November 30, 2010

Tanda-tanda Lemah Iman dan cara untuk mengatasi

Tanda-tanda Lemah Iman

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Qur'an
3. Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan shalat
4. Meninggalkan sunnah
5. Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah
6. Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang kabar baik.
7. Kesulitan dalam berdzikir dan mengingat Allah
8. Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah
9. Menginginkan jabatan dan kekayaan
10. Kikir dan bakhil, tidak mau membagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya
13. Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh
14. Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid
15. Tidak mau memperhatikan kondisi kaum muslimin
16. Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti
19. Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu materi kebendaan
20. Merasa asyik (ujub) dan terobsesi pada diri sendiri


Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita:

1. Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka Insya Allah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimal, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyadari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudlu dengan benar. Mengetahui arti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majelis-majelis dzikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majels-majelis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan mengantarkan kepada perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bershadaqah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara kontinyu.
6. Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat fase-fase kehidupan akhirat, fase ketika kita diletakkan dalam kubut, fase ketika kita diadili, fase ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di surga, atau neraka.
8. Berdo'a, menyadari bahwa kita membutuhkan Allah. Merasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala harus kita tunjukkan dalam aksi. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima shalat-shalat kita, dan
senantiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari sebelum tidur, seyogyanya kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang
hari itu.
10. Menyadari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan
perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah karena Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun dari Allah.



Semoga ada sesuatu yang dapat diambil di sini, untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian insyaAllah~

sumber: dudung.net

Tuesday, October 26, 2010

Penggunaan Musyrif

Salam,

Memandangkan kelas tuesyen sudah bermula, Saya mengharapkan penggunaan musyrif di kalangan mahasiswi untuk ke kelas tuesyen perlu diperketatkan.

Ekoran 3 case yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan gangguan seksual oleh pemuda Arab kepada mahasiswi-mahasiswi Mansurah di kawasan sekitar Samanoudy. PCM menyarankan kepada semua mahasiswi supaya berjaga-jaga apabila keluar pada siang hari dan menggunakan musyrif pada  malam hari.

Selain itu, elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan menarik perhatian kaum lelaki.

Kepada ikhwah-ikhwah, diminta meluangkan sedikit masa untuk  menjadi musyrif untuk kebaikan bersama.

Sama-sama kita mencegah sebelum terkena.

Wasalam

Muhammad Hanif bin Mahamud,

Timbalan Pengerusi 1 PCM 09/2010




-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Saturday, October 9, 2010

MINDA YANG SUPERB

Assalamualaikum,

Allah SWT menyuruh kita untuk menggunakan akal sebaik mungkin kerana akal adalah penentu kepada segala tindakan manusia. Jika tidak, manusia mungkin bersikap tidak rational, dan bertindak membabi buta tanpa menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan.

 

Nyata di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman “  Dan sesungguhnya ,kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai HATI, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat2 Allah, dan mempunyai mata, tetapi tidak menggunakan untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak menggunakan untuk mendengar ayat2 Allah, mereka itu seperti binatang dan bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itu lah orang2 yang lalai. (Al-A’raf :179)

 

Dalam ayat ini , Allah menyuruh kita menggunakan tiga pancaraindera iaitu mata, Hati dan telinga yang merupakan organ of communication…untuk senantiasa memerhatikan ayat-ayat Allah dan tanda-tanda kebesarannya bagi mencari cara yang terbaik untuk berbakti dan hidup di bumi ini. Malangnya masih ada orang-orang yang sering melupakan dan bertindak secara melampau melebihi daripada apa yang diajar untuk nya (Islam)

Tajuk entry kali ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah atau sahabat2 sekalian, tetapi mungkin juga satu teguran untuk kebaikan pada masa yang akan datang.

 

Minda yang superb yang saya maksudkan adalah minda kelas pertama. Apa itu minda kelas pertama. Ialah minda yang berfikir secara matang, mendahulukan apa yang perlu didahulukan dan bertindak secara rational tanpa sebarang pengaruh emosi dalam diri. Itu lah minda muslim dan seharusnya kita BAKAL2 Doktor mestilah mempunyai minda superb…..kerana sememangnya kerjaya kita pada masa akan datang tidak dapat dipisahkan dengan minda Doktor=minda yang superb.

 

Sesuai dengan saranan bekas PM, Tun Abdullah Ahmad Badawi, bahwa dalam melahirkan MODAL insan mestilah mempunyai minda kelas pertama.

Saban hari dan tahun, sudah puas kita mendengar pelajar Malaysia terlalu ramai yang gagal dalam exam, salahkan soalan susah daripada university, itu dan ini. Beribu alasan dibuat oleh sesetengah pelajar untuk meng’halalkan’ kegagalan diri sendiri. Jarang juga kita mendengar “aku fail ini sebab teknik study, malas belajar, bahkan acap kali kita mendengar, Soalan susah, Oral exam kedekut markah, Dr nisreen tak sporting, Control silap kira markah, dan ada juga pelajar yang berbangga kerana lulus exam dengan Tazallum…

 

Sikap2 dan cirri ini bukan lah ciri minda kelas pertama. Mungkin kita terlampau manja dengan kemewahan yang ada , computer canggih, install berpuluh game, tetapi kita tidak dimanja dengan ditimbus oleh longgokkkan buku untuk dibaca…Sayang seribu kali sayang.

Yang mengejutkan ada juga pelajar yang meminta pihak university untuk postpone tarikh bermula kuliah sedangkan waktu cuti telah lama habis. Ini satu attitude yang tidak patut ada untuk bergelar Muslim MINDA KELAS PERTAMA

 

Kesian kepada sahabat2 yang datang awal ke kelas dengan niat yang ikhlas untuk menimba ilmu, mengutip mutiara yang berharga oleh Professor sedangkan kita berehat senang lenang di Malaysia , yang dimarahi juga adalah orang yang datang awal sedangkan bukan salah mereka. Kerana sikap yang tidak bertanggungjawab, orang lain menjadi mangsa.Ada seorang sahabt kita mengawalkan tiket dengan membayar ratusan ringgit adalah untuk menghadiri ke kelas tepat pada waktunya sedangkan ramai pula yang cuba postpone tiket kerana tidak puas cuti di Malaysia…tepuk dada Tanya iman……

 

Saya sendiri bukanlah orang yang  “cemerlang” sangat untuk menasihati pelajar –pelajar yang datang lewat yang kesemuanya “pandai-pandai semua”. Tetapi dalam surah Al-Asr , Allah senantiasa menyebut kita untuk saling pesan memesan antara satu sama lain dengan kebenaran. Nabi SAW pernah berpesan , Untuk kita mengetahui perangai sahabat kita, hendaklah kita melihat perangai sahabat yang dekat dengan individu tersebut.

Wasalam

 

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-