Salam,
Memandangkan kelas tuesyen sudah bermula, Saya mengharapkan penggunaan musyrif di kalangan mahasiswi untuk ke kelas tuesyen perlu diperketatkan.
Ekoran 3 case yang dilaporkan baru-baru ini melibatkan gangguan seksual oleh pemuda Arab kepada mahasiswi-mahasiswi Mansurah di kawasan sekitar Samanoudy. PCM menyarankan kepada semua mahasiswi supaya berjaga-jaga apabila keluar pada siang hari dan menggunakan musyrif pada malam hari.
Selain itu, elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan menarik perhatian kaum lelaki.
Kepada ikhwah-ikhwah, diminta meluangkan sedikit masa untuk menjadi musyrif untuk kebaikan bersama.
Sama-sama kita mencegah sebelum terkena.
Wasalam
Muhammad Hanif bin Mahamud,
Timbalan Pengerusi 1 PCM 09/2010
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
Tuesday, October 26, 2010
Saturday, October 23, 2010
Thursday, October 21, 2010
Pembetulan Jadual Turn Round Tahun 4
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
(hehehe... saje je letak motto ni kat atas... selalu kat bawah je.. sian dia asyik ditindih.. dia nk jugak duk kat atas~ :P )
perkara : jadual ENT
assalamualaikum... awwal sebelum mengepos jadual ENT, saya nk betulkan sedikit kesalahan yang baru je diperbetulkan td... (sile semua rujuk post saya sebelum ni pasal jadual turn round yang dah di"sub"kan under kolumn schedule)
maka dengan ini saya nak umumkan bahawa (ceceyh.. ayat cam pengacara plak)... nak umumkan bahawa tiada perubahan jadual turn round tu.... er... paham x?? x paham?? meh nk gune bahasa mudah sket.... carik ayat :
*timing round ni adalah timing asal gamaah.. tapi memandangkan jadual kuliah kite start seminggu lewat, so semua jadual akan dishift seminggu... do the calenderic math sendiri yerp.. =)
jumpe?? ok.... now meh kite same2 hazafkan ayat tu~!! kirenye timing mmg akan ikut timing sedia ade tu la... xde shift2 seminggu or anything... =)
ok now... jadual?? oh... jap nk edit... ti malam post insya allah..
ok... wassalam.
Tuesday, October 19, 2010
Welcome to 4th Year 10/11 ♥
Salam. Alhamdulillah wa syukurillah. Bilangan rakan-rakan semakin bertambah dari hari ke hari. Semangat menuntut ilmu pun seharusnya makin bertambah. Dan dengan semangat itulah, telah terlantiknya Ketua dan Penolong Ketua bagi Tahun 4. Alhamdulillah. Maka dengan ini, secara rasminya ingin memperkenalkan kepada semua Ketua dan Penolong Ketua baru kelas kita! hehe =)
:: Nur Ilahi bin Ramli ::
Ketua Kelas
:: Amani binti Taharn ::
Penolong Ketua Kelas
Tahniah!!
Seorang mukmin dengan mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, saling menguatkan antara satu sama lain."
(HR Bukhari dan Muslim)
Harapnya selepas ini, kita semua dapat sama-sama berganding bahu mencapai untuk matlamat kita bersama. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Menuju MUMTAZ Tahun 4! Ameen.
"Perumpamaan seorang mukmin itu seperti kepingan emas, kalau engkau tiupkan api kepadanya ia akan menjadi merah (semakin bersinar) dan engkau menimbangnya tidaklah ia berkurang."(HR Al-Baihaqi)
Jom sama-sama bersinar dan menyinar!
Nurul Ihsan Nasiruddin
-ilmu didahulukan, pencapaian diutamakan-
Thursday, October 14, 2010
Video untuk 4th year bakal2 Doktor
Video ditujukan untuk semua rakan. Kita dah memasuki 4th year, Clinical year...Kita sebagai future doc mesti mempunyai sikap2 seperti dalam video ini.... Heal....you will be healed...Insyallah..selamat Study untuk ENT n COMMED
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-
Subscribe to:
Posts (Atom)



