Friday, January 6, 2012

HALAQAH ILMUAN MUDA : ZAKAT















Pengisian dari ayat 19-28 surah assyura



1. Allah s.w.t yang memberi rezeki dan kurnia di dunia dan akhirat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang menghendaki keuntungan dunia sahaja, Allah akan memberinya dan tidak ada suatu pun baginya di akhirat.



2. Perkara-perkara yang mendahului syariat boleh menuju ke arah syirik. Disebabkan itu, al-quran dan sunnah sepatutnya menjadi rujukan utama dan pertama bagi umat islam.



3. Ketakutan orang musyrik terhadap hari kiamat. Hari penampakan merupakan antara nama lain bagi hari kiamat. Pada hari tersebut, kezaliman yang dilakukan di dunia akan dibandingkan dengan orang-orang yang berada di taman syurga.



4. Segala kebaikan yang dikerjakan akan diberi ganjaran walaupun sebesar zarah dan akan digandakan ganjarannya. Allah mengampuni kesalahan yang banyak dan memperbanyak kebaikan yang sedikit. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.



5. Allah s.w.t mengutuskan Nabi Muhammad s.a.w sebagai seorang yang tidak pandai membaca dan menulis. Segala yang diwahyukan merupakan daripada Allah s.w.t, membuktikan bahawa baginda tidak mengada-adakan al-quran.



6. Allah menerima taubat dan mengabulkan doa hambaNya. Taubat seorang hamba diterima oleh Allah s.w.t walaupun pada awalnya banyak melakukan dosa. ( cerita pendekar bunuh 99+1 orang ) Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.



7. Dan bagi orang kafir beserta azab pedih lagi menyakitkan yang mereka dapat pada hari perhitungan.



8. Allah tidak melapangkan rezeki kepada hambaNya supaya mereka tidak melampaui batas di muka bumi. Allah menurunkan rezekiNya dengan aturan supaya bermanfaat bagi mereka di dunia dan akhirat.





















Zakat


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِم إِنَّ صَلاَتَكَ سَكَن لَّهُم وَاللّهُ سَمِيع عَلِيمٌ


Surah at-Taubah : 103





Zakat merupakan ibadat yang dilakukan untuk menyucikan dan membersihkan diri seseorang.



Telah disyariatkan di Makkah tanpa dinisabkan jumlah nasab. Selepas hijrah barulah dinisabkan jumlah zakat yang perlu dikeluarkan.



Targhib ( galakan ) untuk membayar zakat antaranya dalah untuk saling bantu membantu didalam masyarakat. Duit yang dikeluarkan bagi yang cukup syaratnya dapat membantu sesama muslim.



Syarat wajib zakat
1. Islam
2. Merdeka
3. Mempunyai harta lebih ( cukup nisab dan haul )



Bagi kanak-kanak dan orang gila, mereka juga diwajibkan membayar zakat harta mereka.
Zakat bagi pemiutang



1. Pemiutang perlu membayar zakat bagi wang yang dipinjamkannya setelah nisab dan haul yang mencukupi.



2. Di Malaysia pada masa ini, nilai zakat harta ditetapkan sebanyak 2.5%, dan nilai minimum ditetapkan lebih kurang RM10000 ( tak pasti mana, sekadar perkongsian )



3. Contoh keadaan : A mempunyai harta sebanyak RM20000, dia meminjamkan kepada B sebanyak RM10000. Setelah secukup setahun, A masih mempunyai RM10000 di simpanannya dan B masih belum melangsaikan hutangnya, A perlu membayar zakat bagi nilai RM20000.



4. Contoh kedua : A mempunyai RM10000, dia meminjamkan kepada B RM3000. Setelah cukup setahun, A masih mempunyai RM7000 ( tak berkurang ) ditambah dengan RM3000 yang dipinjamkannya, A masih perlu membayar zakat kerana jumlah nisab RM7000 + RM3000.

Perbincangan mengenai tajuk zakat akan disambung, bagaimana zakat bagi biasiswa ataupun pinjaman?



Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

Monday, January 2, 2012

SC dan fenomena kahwin awal??
























Bertempat di vistana al fatih, telah diadakan smart circle WIRA pada 3 safar 1433h. majlis dimulakan dengan solat isyak berjemaah dan solat hajat sempena peperiksaan end round serta midyear...

Usai solat hajat, slot pencerahan diteruskan dengan pengisian yang diberikan oleh alfadhil alustaz aldoktor mohamad ashraf dengan pengisian yang bertajuk ‘FENOMENA KAHWIN AWAL DIKALANGAN MAHASISWA/I

antara mutiara kata daripada alfadhil alustaz aldoktor mohamad ashraf ialah :

a) niat(bukan kahwin awal disebabkan hanya ingin meniru rakan2 yg telah berkahwin)

b) tujuan berkahwin

c) calon pilihan hati...



Tajuk ini dibincangkan secara terbuka antara ahli sc wira,samada yg telah berkahwin mahupun yg masih bujang,,, Antaranya :

juwe : kita letakkan Allah sebagai sebab utama kita berkahwin,
insyallah sumanya berjalan lancar



: jgn risau jikalau persediaan utk berkahwin tidak sempurna seperti
yg diinginkan.perkahwinan adalah proses pembelajaran daripada A to z




mimi : `kematangan` itu penting




wafi : restu ibu - bapa amat penting agar keberkatan alam rumah tangga
berkekalan




zulakmal : perkahwinan adalah seperti melayari bahtera, terpulang kepada
pasangan utk menjadikan samada pelayaran itu tenggelam di tengah
jalan, mahupun sampai dgn selamatnya di destinasi yg ditujui





Selepas itu, sedikit makanan ringan disediakan oleh ketua sc wira, semoga perjumpaan kali ini dapat memberi sedikit semangat kepada mereka yang masih tercari-cari

Terima kasih


p/s : laporan ini disediakan oleh abdul rahman, s/u sc wira yg baru dilantik.. saya
tolong edit @ tokok tambah sikit je,,

p/s : laporan lambat dipost disebabkan baru mendapat gambar,, thanks to mas ain

P/s : tahniah kepada ahli2 batch 07/08 iaitu hanisah abdul rahman,athirah ghani yg
akan melangsungkan perkahwinan x lama lagi... sama2 kite tunggu pengumuman
lain drpd ahli2 batch kita yg akan melagsungkan perkahwinan x lama lagi,,,



Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

Saturday, December 24, 2011

sempena hari natal...















ustaz, boleh ke nak wish kawan2 kita yg non muslim??? ini jawapannya....



1. Islam mengharamkan seseorang muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran, atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah. Maka, apa sahaja tindakan yang membawa kepada maksud yang disebutkan tadi adalah haram jika dilakukan dengan perbuatan atau ucapan. Jika disertai iktikad bahawa apa yang dilakukan itu benar atau betul, maka dia menjadi kafir. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah beriman (maka baginya kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang jantung hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka dadanya menerima kufur maka atas mereka ditimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar. (Surah al-Nahl, ayat 106).

2. Dalam masa yang sama, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Firman Allah (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

3. Juga, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. (Surah al-Nisa, 86).

Inilah adab Islami yang tinggi. Ia merangkumi sesama muslim atau kepada bukan muslim. Sehingga Ibn ‘Abbas r.a menyebut:

“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Maka sudah pasti mereka yang tidak sejahat Firaun dan tidak memusuhi Islam lebih layak untuk menerima ucapan balas.

4. Oleh kerana dalam masalah mengucapkan tahniah ataupun “congratulating” sempena perayaan agama lain mempunyai unsur seakan mengakui agama lain –secara langsung atau tidak langsung-, dan dalam masa yang sama ada juga nilai berbuat baik kepada bukan muslim yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama berkhilaf pendapat tentang hal ini. Bagi mereka yang melihat unsur mengiktiraf kekufuran, mereka mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara bagi mereka yang melihat ia bukan berunsur mengiktiraf kekufuran agama lain, sebaliknya sekadar melakukan barr ataupun kebaikan kepada penganut agama lain yang tidak memusuhi Islam, maka para ulama yang berpendapat sebegini mengharuskan ucapan tersebut dengan syarat-syarat tertentu.

5. Tidak boleh dinafikan bahawa selain nas-nas al-Quran dan al-Sunnah sebagai asas, faktor keadaan, zaman dan persekitaran mempengaruhi para sarjana Islam dalam melihat kepada isu ini. Kitab-kitab yang ditulis pada persekitaran muslim begitu dominan dan tiada keperluan untuk melakukan ucapan tersebut kelihatan keras dan mengharamkan ucapan sempena perayaan agama lain. Sementara, ramai juga sarjana terutama di zaman kini yang mempunyai persekitaran yang baru dan keperluan untuk memperlihatkan keharmonian Islam kepada bukan Islam, fatwa-fatwa mereka ini lebih lunak dan mengizinkannya dengan syarat-syarat tertentu.

6. Syeikh Islam Ibn Taimiyyah r.h. (meninggal 728H) dalam karyanya Iqtida al-Sirat al-Mustaqim dan muridnya al-Hafizd Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h (meninggal 751H) dalam karyanya Ahkam Ahl al-Zimmah dengan tegas mengharamkan hal ini. Mereka telah mengemukakan hujah dan alasan mereka dalam mengharamkannya. Teras kepada perbincangan mereka ialah perbuatan tersebut membawa erti menyerupai orang kafir dan meredhai agama mereka. Fokus mereka adalah penyertaan seorang muslim kepada upacara perayaan bukan muslim. Banyak pendapat-pendapat ulama silam yang mereka petik. Pandangan kedua imam agung itu diikuti oleh sesetengah para ulama terutama dari negara yang dominan penduduk muslim seperti Arab Saudi. Maka Lajnah Fatwa Tetap Arab Saudi mengharamkan ucapan selamat sempena perayaan agama lain.

7. Sementara Majlis Fatwa Eropah (The European Council For Fatwa and Research) yang dianggotai oleh ramai sarjana muslim membolehkan muslim memberikan ucapan tahniah atau selamat sempena perayaan mereka (Congratulating Non-Muslims on Their Festive Occasions). Ini lebih dituntut apabila mereka terlebih dahulu mengucapkannya semasa perayaan Islam. Ini berteras ayat dalam Surah al-Nisa, ayat 86 yang kita sebutkan tadi. Pun begitu, mereka tetap mengharamkan muslim menyertai perayaan agama lain. Hanya sekadar ucapan sempena perayaan.

8. Fatwa yang sama yang mengharuskan ucapan sempena perayaan agama lain dikeluarkan oleh beberapa ulama lain seperti Dr Yusuf al-Qaradawi dan al-Mustafa al-Zarqa. Antara hujah yang digunakan oleh al-Syeikh Mustafa al-Zarqa adalah hadis Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Zarqa: “Bangun tersebut sebagai menggambarkan penghormatan dan kemuliaan, tiada kaitan dengan akidah jenazah tersebut” (Fatawa Mustafa al-Zarqa, m.s 356. Damsyik: Dar al-Qalam).

Ertinya, beliau membandingkan mengucapkan selamat sempena hariraya agama lain kepada penganutnya, bukan bererti mengiktiraf akidah mereka.

9. Dengan ini saya berpendapat, boleh mengucapkan selamat hariraya kepada penganut agama lain sempena perayaan mereka dengan syarat ucapan tersebut tidak mengandungi ungkapan yang syirik atau kufur seperti menyebut ‘anak Allah’ atau tuhan selain Allah. Maka, memadai sekadar ‘selamat hariraya’ atau ‘selamat bergembira’ atau seumpamanya. Hal ini lebih dituntut jika semasa hariraya Islam mereka mengucapkannya.

10. Namun, seorang muslim tidak boleh turut merayakan hariraya agama lain. sebabnya, perayaan agama merupakan upacara agama. Bukan muslim pun tidak patut disuruh merayakan hariraya kita. Perpaduan antara kita sesama rakyat muslim dan bukan muslim bukan dengan berkongsi hariraya, tetapi dengan keadilan, berbuat baik dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

11. Apa yang penting, dalam dunia semasa yang Islam dituduh dengan pelbagai tuduhan liar, kita patut menonjolkan imej Islam yang harmoni dan baik. Dalam masa yang sama kita mesti menjaga benteng akidah kita.


sumber : dr maza

Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

Monday, December 19, 2011

Housemen need the hours











I AM a house officer in my first posting in the Orthopaedics Department of Hospital Sg Buloh. I strongly disagree with the ruling to cut down on the working hours of house officers to 60 a week and to be given two days off a week.

The housemanship programme is a training programme. Freshly recruited house officers are mostly, let’s face it, incompetent.

Two months into the programme and I still find there are a lot of things I need to learn, including even the basics.

How can we benefit from reduced working hours? It is laughable to think that with less training, one can be a better doctor.

Let’s not forget that doctors of the previous generations all survived a much more intense training programme. If they could do it, why can’t we?

And to have our parents fight for us? We, who are in our 20s? A shameful act, indeed.

We need the training. We need the scoldings and the discipline. We need to become doctors, not killers. We need much more than 60 hours a week, believe me.

Let me postulate this situation for you, the public: You have heard stories of incompetent doctors making horrible mistakes.

Imagine doctors of the future who would have had even lesser training than these incompetent doctors.

Imagine yourself needing a medical procedure and you can only turn to glorified butchers and shamans, instead of surgeons and doctors.

Just imagine.

Dr JOHAN ARIFF JUHARI,

Sg Buloh.



Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

Friday, December 16, 2011

rawatan terbaru utk angin ahmar

terjumpa artikal ni semasa sedang mencari2 isu utk dimuat dlm blog... apa itu angin ahmar???bleh bukak buku neuro n baca berkenaan angin ahmar a.k.a stroke ini,,,, jom baca artikal berkenaan latest treatment utk sroke nii...





















KUALA LUMPUR - Malaysia membenarkan penggunaan ”rivaroxaban”, antipenggumpal yang diambil sekali sehari, bagi mengurangkan risiko strok atau angin ahmar bagi pesakit yang mengalami denyutan jantung yang tidak teratur.

Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) telah mengesyorkan penggunaan rivaroxaban bagi mencegah strok dan sistemik embolisme bagi pesakit ”non-valvular atrial fibrillation” (AF).

Pengurus Besar Bayer HealthCare di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Axel Bouchon berkata, dengan kebenaran itu, Malaysia menjadi negara pertama di Asia dan ketiga di dunia membenarkan penggunaan ”rivaroxaban” dalam petunjuk perubatan strok.

"Strok berkaitan AF boleh dicegah dengan diagnosis sewajarnya, rawatan dan pengurusan dengan kebenaran ini

“Jadi, rakyat Malaysia yang bergantung dengan AF boleh menjadi antara yang pertama di dunia mendapat faedah daripada rivaroxaban yang juga berpotensi untuk mengurangkan bebanan akibat strok ke atas pesakit dan keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan kebenaran itu sebaik sahaja ia dibenarkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) dan Ukraine, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA



Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

Wednesday, December 14, 2011

IJN perkenal TAVI bagi pesakit jantung




KETUA Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari (tengah), menunjukkan alat Injap Gantian Melalui Kateter (TAVI, gambar kecil) alat untuk menggantikan injap yang telah rosak pada jantung pesakit, di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir (dari kiri) Perunding Kardiologi IJN, Dr. Saiful Azmi; Ketua di Jabatan Kardiologi, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali; Ketua Pembedahan Kardiotrotik IJN, Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub; Perunding Anestatik IJN Datuk Dr. Mohammed Hassan Ariff; Perunding Pembedahan Kardio, Dr. Jeswant Dillon; Perunding Kardiologi Interventional dan Core Valve Proctor, Belfast, Ireland, Dr. Ganesh Manoharan dan Perunding Anastitik IJN Dr. Sharifah Suraya Syed Mohd. Tahir.




KUALA LUMPUR 4 Dis. – Institut Jantung Negara (IJN) menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur ‘Penukaran Injap Jantung Rosak dengan Injap Gantian Melalui Kateter’ bagi pesakit jantung berisiko tinggi dan lanjut usia.

Prosedur TAVI atau Tran-catheter Aortic Valve Implantation (TAVI) itu berjaya dilakukan ke atas tiga pesakit warga emas dengan salah seorang daripada mereka ialah Sasterawan Negara, Datuk Shahnon Ahmad.

Dua lelaki tersebut menerima injap jantung gantian pada 25 November lalu manakala Shahnon, 76 tahun menerima injap jantung gantian pada keesokan harinya.

Prosedur TAVI yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bedah dan jantung IJN itu diketuai oleh Ketua Jabatan Kardiologi dan Pakar Jantung, Datuk Dr. Rosli Mohd. Ali.

Ia mengambil masa kurang daripada dua jam bagi seorang pesakit untuk dimasukkan injap jantung gantian bagi mengganti injap jantung yang telah rosak.

Terdapat dua kaedah iaitu dengan membuat tebukan kecil di pangkal paha atau di bawah tulang bahu pesakit berkenaan.

Menerusi tebukan tersebut injap jantung gantian berukuran 23 milimeter akan dimasukkan ke dalam salur darah melalui kateter untuk menggantikan injap jantung yang rosak supaya kembali normal.

Dengan adanya prosedur TAVI, pesakit jantung berisiko tinggi tidak perlu lagi menjalani pembedahan jantung terbuka atau pembedahan pintasan koronari yang lazimnya dilakukan terhadap pesakit jantung di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga Pengarah Perubatan (IJN) Datuk Seri Dr. Robaayah Zambahari sewaktu mengumumkan kejayaan tersebut berkata, prosedur itu telah berjaya dilakukan terhadap tiga pesakit tersebut dan kesihatan mereka kembali pulih.

Beliau berkata, pesakit pertama berusia 73 tahun manakala pesakit kedua berusia 77 tahun yang berisiko tinggi jika melakukan pembedahan jantung terbuka.

Menurut beliau, prosedur TAVI bagi setiap pesakit berlangsung kurang daripada dua jam dan mereka boleh berjalan semula dalam tempoh 48 jam.

Jelasnya, ketiga pesakit tersebut telah kembali sihat dan dibenarkan pulang lima hingga enam hari selepas melalui prosedur tersebut.

‘‘Prosedur ini tidak ditawarkan kepada semua pesakit jantung. Kaedah ini hanya ditawarkan kepada pesakit jantung berisiko tinggi yang mengidap darah tinggi, kencing manis atau lelah yang lanjut usia. Ia sangat sesuai dan selamat bagi pesakit jantung yang berumur 70-an hingga 80-an.

‘‘IJN bangga kerana mencatatkan sejarah menjadi hospital pertama di Asia memperkenalkan prosedur tersebut terhadap pesakit berisiko tinggi. Kejayaan ini dilakukan secara berkumpulan oleh mereka yang terlibat dalam prosedur tersebut,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IJN di sini hari ini.

Turut hadir sekumpulan doktor pakar yang terlibat melakukan prosedur TAVI iaitu Datuk Dr. Rosli Mohd Ali, Dr. Shaiful Azmi, Datuk Dr. Mohd Azhari Yakub, Dr. Jeswan Dillon, Datuk Dr. Mohamed Hassan Mohamad Ariff, Dr. Sharifah Suraya Syed Mohd.Tahir dan Dr. Ganesh Manoharan.

Mengulas lanjut kejayaan tersebut, Dr. Robaayah berkata, prosedur TAVI diperkenalkan buat pertama kalinya di Amerika Syarikat (AS) pada 2002.

Sementara itu, Dr. Rosli berkata, pada pertengahan Januari depan beliau dan kumpulannya akan melakukan prosedur TAVI terhadap empat lagi pesakit jantung yang lanjut usia dan berisiko tinggi.

‘‘Kaedah ini sangat selamat serta menjimatkan masa. Kita menyasarkan untuk melakukan prosedur tersebut terhadap 20 pesakit jantung IJN yang berisiko tinggi dalam masa setahun.

‘‘Kejayaan prosedur ini 98 hingga 99 peratus,’’ katanya.

Katanya, kos bagi setiap prosedur dianggarkan RM140,000,00 termasuk harga injap jantung gantian yang berharga RM112,000.

Beliau berkata, kajian untuk menggunakan prosedur tersebut bagi pesakit IJN telah dibuat sejak lebih setahun yang lalu.


sumber: utusan 2009

Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman