Monday, July 19, 2010

Jadual Dur Thani Tahun Tiga Konvensional

Tahriri




Syafawi+ Amali






-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Wednesday, July 14, 2010

Erti Sakinah


Assalamualaikum,
Kekadang manusia dijadikan Allah S.W.T bermacam-macam kelebihan. Ada yang pandai bermain alat-alat muzik, ada yang mempunyai suara yang sedap , pandai melukis, pandai pidato dan kesemua ini menandakan nikmat Allah Jala Waala kepada hambaNya.
Ramai orang di dunia ini tersalah anggap tentang konsep ketenangan, ada yang menganggap ketenangan ini ialah dengan memiliki harta yang banyak, isteri-isteri yang cantik, kereta yang mewah dan mempunyai ladang-ladang yang banyak. Ramai juga di kalangan kita ini jika dalam ruang lingkup seorang pelajar ketenangan diertikan dengan memiliki result yang cemerlang dalam peperiksaan dan lulus dalam setiap kali ujian dengan mendapat ranking yang baik.
AlMarhum Prof Dr Hamka pernah menceritakan di dalam satu siri ceramah beliau mengatakan nikmat Allah Taala ini meliputi semua makhluqNya. Ketika mana beliau menaiki kereta bersama dengan seorang yang kaya, maka mereka lalu di kawasan sawah dan berhenti seketika memerhatikan seorang isteri menyediakan makanan tengahari dan membentangkan tikar di tepi sawah, maka setelah penat si suami tadi bekerja ,mengerah keringat, maka dia memakan masakan isterinya dengan penuh nikmat dan hal ini diperhatikan dengan khusyuk oleh orang kaya tadi. Maka dia memberitahu kepada Hamka bahawa ,sesungguhnya aku jauh lebih kaya daripada dia (petani), akan tetapi aku belum pernah menikmati makanan sesedap dia menikmati makanan itu tadi. Kata Hamka, Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil, lihatlah bagaimana Allah Taala ,membahagikan nikmat-nikmatnya kepada hambaNya.
Semua orang menyangka bahawa dengan memiliki kekayaan dunia ,maka hidupnya akan tenang dan bahagia, tidur di atas tilam yang empuk, makan dengan makanan yang enak, tapi berapa ramai orang yang kaya gelisah dan tidak lena tidur memikirkan nasib di kemudian hari sedangkan si miskin yang tidur di pondok mungkin tidur lebih lena daripadanya.

Cara Allah
Berapa ramai kita perhatikan di sekeliling kita keluarga yang miskin, tetapi Allah “meriahkan” keluarga itu dengan anak-anak yang ramai dan semuanya baik-baik dan berjaya dalam kehidupan masing-masing. Sudah tentu ibu bapa mereka mendapat ketenangan dan kebahagian. Tidak kurang juga kita mendengar keluarga yang kaya raya, mempunyai anak yang tidak ramai, dan barangkali anak-anak mereka tidak menjadi seperti orang yang diharapkan(berguna), maka sudah tentu ibu-bapa tidak mendapat ketenangan. Berapa ramai juga orang kaya sanggup berubat sana-sini mencari jampi dan mentera untuk membetulkan akhlaq anak-anak mereka, mengupah mana-mana ustaz yang pandai untuk mendidik dan membetulkan akidah anak-anak mereka.

Golongan yang kaya tetapi beriman

Golongan yang di atas tidaklah begitu banyak kerana ujian harta cukup hebat. Jika anda menjadi golongan ini maka anda hendaklah sentiasa berdoa supaya Allah memurahkan rezeki untuk digunakan di atas landasan dan tempat yang betul. Saya tidak ingin menceritakan kisah Tha’labah kerana cerita yang mengatakan dia tidak membayar zakat adalah tidak benar dan  mencerca Tha’labah yang merupakan sahabat Nabi adalah salah di sisi Islam. Tetapi jika kita mengambil intipati ayat Quran, kita boleh mengambil teladan dalam cerita Qarun yang merupakan anak saudara kepada Nabi Musa A.S
“ Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa A.S, tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka , dan kami menganugerahkan kepadanya harta-harta yang kunci-kuncinya sangat berat untuk dipikul oleh sejumlah orang-orang yang kuat, Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, Janganlah kamu terlalu berbangga , Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbangga diri” Al-Qasas 76

Konsep menggunakan dunia untuk akhirat sangat luas, dan Allah tidak pernah melupakan hambaNya yang miskin dan tidak bernasib baik. Dan katakanlah dan lafazkanlah syukur dalam gerak kerja yang anda lakukan dan redha dan pasrah di atas musibah sesuatu perkara.
Selepas ini, mungkin juga di kalangan kita mendapat keputusan peperiksaan dengan tidak setimpal dengan usaha yang kita lakukan. Mungkin Allah ingin mengkehendaki supaya kita mengulang paper tersebut supaya kita lebih mashi dalam subjek yang gagal dan Allah itu Maha Adil dalam membahagikan rezkinya. Kerana rezeki itu menghasilkan sakinah kepada orang-orang yang beriman…

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Tuesday, July 13, 2010

parasitology

salam.

untuk parasitology oral, korang boleh upload kat sini

parasitology oral dr ateff


bagi sesiapa nak photostat,boleh photostat di maktabah iman

perhatian: oral esok pukul 9pg. syukran




-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Friday, July 9, 2010

LONELY LONGAN

LONELY LONGAN





Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

apa macam exam kawan-kawan???
semua mantap-mantap katanya.

dengar khabar dah ramai beli tiket untuk balik kampung.
baguslah kalo macam tu.
balik tengok,jenguk mak ayah.
adik,abang.
kakak-kakak.

ni,ada sedikit hiburan petang untuk hilang tension sahabat.
khas untuk kenangan batch kita.

GEN3.

pesan pengarah klips ini.
beliau bersusah payah berusaha untuk menyiapkannya semata-mata untuk kenangan bersama sahabat-sahabat.

jadi,jom sama-sama kita layan.....

ok semua.
teruskan usaha untuk hari esok.
semoga semua sahabat boleh menjawab semua soalan yang diajukan doktor.

paling penting.
senyum jangan tak senyum depan doktor.
ini tips untuk dapat markah lebih.hehehehe

bye..wassalam





-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Thursday, July 8, 2010

TSHIRT PCM! beli jangan xbeli!~

salam buat semua warga Mansurah
dan seisi Mesir pun boleh juga
warga Malaysia yang berminat pun amat dialukan!


yang ditunggu-tunggu sudah tiba..

Masih panas dan terhangat di pasaran! ^_^

TSHIRT PCM
bagi
IKHWAH dan AKHAWAT


'Funky' front view
tshirt ikhwah
available size : S, M, L, XL
LE35


'Medical Student' front view
tshirt ikhwah
available size : S, M, L, XL
LE35


'Funky' front view
tshirt labuh akhawat
available size : S, M, L, XL
LE38


'Funky' from back
tshirt labuh akhawat


'Medical Student' front
tshirt labuh akhawat
available size : S, M, L, XL
LE38


'Medical Student' from back
tshirt labuh akhawat


cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!
boleh beli untuk ayah, ibu dan adik2 dan kawan2 di Malaysia juga.

boleh hubungi saya di talian :

hp : 011-4168599
ym : ningurlz_15

dan boleh juga hubungi
Ketua Unit Ekonomi : saudara Naim
Penolong Ketua Unit Ekonomi : saudari Fauzana Zahra
AJK Ketua Unit Tshirt : Saudara Nadhir bin Aziz

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Thursday, June 17, 2010

pembetulan parasitology

salam.

parasitology

semua ada 25 soalan. 23 soalan dan 2 cases
















-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-