Sunday, April 11, 2010

parasitology slide jugak..

salam

hok ni xpayah download satu2...

click here!~
and here too!~

::salam muragaah!::

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

parasitolgy's slide

cuba klik ini

klik klik


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Iklan.

salam semua kawan2 tahun tiga sekalian,

beberapa pengumuman penting.

1) minta semua bawak bertenang ye~ ana baru reply dari Dr.Mutaal mengenai jadual exam yang dikatakan berubah lagi... ini apa yg dr mutaaal ckp td "The practical exams (in 4 sciences) will be held in April (no change) but the written exams will be ~20 May. The oral exams will be delayed after the written..." maksudnya.. exam praktikal xberubah. dan kite akan exam written dulu untuk semua subjek, and after that, baru oral untuk semua subjek.. InsyaAllah... semoga Allah mempermudahkan jalan kita... selamat study! bittawfeeq untuk esok..

2) maaf sangat2 tentang tgk slide parasit ptg ni, ada masalah dgn makcik tu kan? dia kata dah penuh. dah tanya dr ateff khas utk malaysia saja, sepatutnya dia kata hari ahad iaitu hari ni, tapi x sangka jadi mcm ni, nk jumpa dr ateff pon dia x dtg gamaah hari ni. jadi saya jumpa dr nesreen dan dr nesreen minta buat surat dan kemungkinan besar,insyaAllah kita cuba buat hari rabu(14.4)lepas exam parsit mcq pukul 2-4ptg.minta doa dari kalian.ttg jadual exam akan berubah lagi,insyaAllah dr nesreen akan email kan timetable pada saya,insyaAllah dgn segera saya cuba utk update.(perubahan ni bukan dari gamaah,tapi dari ministry of education. ok maaf sangat lagi sekali.

3) insyaAllah hari ahad 25/4/2010 akan ada revision dgn dr bassem pukul 12 di department patho utk tanya soalan2 penting dalam semua bab.

syukran. wslm.




-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Saturday, April 10, 2010

MICROB

*from krukkrek.




-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Friday, April 9, 2010

Kita Mampu, Kalau Kita Mahu


SIAPA
tidak kenal Michael Phelps. Seorang wira olimpik yang mungkin akan terus dikenal sepanjang zaman. Beliau juga dikatakan bakal menjadi atlit paling berjaya dalam sejarah sukan olimpik.

Phelps merupakan pemegang rekod atlit paling banyak memenangi pingat emas dalam satu-satu sukan olimpik. Bayangkan, dia mampu menyapu 8 pingat emas sekaligus pada Olimpik Beijing 2008. Dan menjadikan keseluruhan 14 pingat emas yang telah berjaya diperolehnya, termasuk 6 ketika di Athens 2004.


Wah, hebat kan? Anda tahu rahsia di sebalik kejayaannya? Tahu cerita suka-duka Phelps selama ini?


Tahukah anda bahawa Phelps merupakan salah seorang yang mengidap attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) semasa di zaman remajanya.


ADHD adalah salah satu penyakit psikiatrik yang berlaku pada usia kanak-kanak atau remaja. Apa ADHD ni? ADHD adalah sejenis penyakit di mana kanak-kanak atau remaja mengalami masalah ketidakmampuan untuk fokus kepada sesuatu tindakan. Pesakit juga biasanya adalah terlalu aktif terhadap persekitaran dan hidupnya. Juga mudah diransang oleh persekitaran dari luar.


Dan Phelps sendiri pada usia 19 tahun, tahun 2004 ketika itu, dia sendiri pernah ditahan polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Aduh, nampak tak bagaimana orang yang benar-benar berjaya saat ini pun pernah merasa detik kegagalan saat lalu.


Jadi, apa yang berlaku padaPhelps? Bagaimana Phelps boleh bangun dan menjadi cukup hebat walaupun satu ketika dulu dia pernah mengidap ADHD?


Bila ditanya mengapa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Phelps hanya menjawab, “it was an isolated incident.” Dan Phelps terus bangkit. Dia tidak lagi menoleh ke belakang. Mulai 2004, Phelps masuk ke University of Michigan di bidang pengurusan sukan sehinggalah ke tahun 2008. Dan dalam jangka masa itu juga Phelps mampu memenangi 6 pingat emas di Athens.


Lihat, bagaimana kesungguhan sering kali melepasi apa yang selalu kita jangka. Kita ni sebenarnya hebat. Kita boleh lakukan perkara jauh yang kita sebenarnya fikirkan. Cuma nak atau tak nak.


Tahun 2008, Phelps meninggalkan University of Michigan dan kembali ke Baltimore City di Maryland, Amerika Syarikat untuk membuat persiapan ke Olimpik Beijing. Dan akhirnya Phelps berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidupnya. 8 emas yang diperolehinya di Beijing membuktikan kesungguhan dan kemahuannya yang benar-benar kuat ke atas impiannya. Dia berjaya bangkit daripada zaman ‘budak jahat’ ketika usia remajanya.


Lalu anda bagaimana? Serlahkanlah kemampuan dan kebolehan kita. Kita mampu, kalau kita mahu!


-------------------------------------

*diambil dari sini

*penulis adalah salah seorang pelajar cemerlang yang famous di mesir.. siapakah die?? cari sendiri jwpnny

"You Reap What You Sow !"


"Cintai Rasulullah, Pemangkin Biah Solehah"


"Ilmu didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Tuesday, April 6, 2010

Donlod2~!!

salam alaik..

setelah bersusah payah saye menghaplod, maka silelah kalian semua mendonlod pulak ye... ni slide kelas dr.nesrene td...

dalam slide ni ade jadual yg doc kate sangat2 penting.. sesape yg x gi kelas td n yg x sempat salin, silelah mendonlod jugak..

juge x dilupakan, kepada sesapa yg sempat salin tpi nk version slide punye, silelah donlod jugak...

x dilupakan kepada mereka2 yg ade banyak ruang legar dalam hd (hd komp masih kosong), silelah donlod jugak..

juge kepada adik2 tahun 2 dan tahun 1 yg datang menjenguk blog ini, silelah mendonlod jugak supaya anda2 semua boley siap2 tuk tajuk nosocomial pada tahun mendatang...

jugak kepada abang2 kakak2 tahun 4 dan 5 yg nk refresh kembali memori silam (cewah), boley la mendonlod jugak....

pendek kata, jom mendonlod~!

nah link--------> (link)

-affan

-Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-