Friday, April 9, 2010

Kita Mampu, Kalau Kita Mahu


SIAPA
tidak kenal Michael Phelps. Seorang wira olimpik yang mungkin akan terus dikenal sepanjang zaman. Beliau juga dikatakan bakal menjadi atlit paling berjaya dalam sejarah sukan olimpik.

Phelps merupakan pemegang rekod atlit paling banyak memenangi pingat emas dalam satu-satu sukan olimpik. Bayangkan, dia mampu menyapu 8 pingat emas sekaligus pada Olimpik Beijing 2008. Dan menjadikan keseluruhan 14 pingat emas yang telah berjaya diperolehnya, termasuk 6 ketika di Athens 2004.


Wah, hebat kan? Anda tahu rahsia di sebalik kejayaannya? Tahu cerita suka-duka Phelps selama ini?


Tahukah anda bahawa Phelps merupakan salah seorang yang mengidap attention deficit hyperactivity disorder (ADHD) semasa di zaman remajanya.


ADHD adalah salah satu penyakit psikiatrik yang berlaku pada usia kanak-kanak atau remaja. Apa ADHD ni? ADHD adalah sejenis penyakit di mana kanak-kanak atau remaja mengalami masalah ketidakmampuan untuk fokus kepada sesuatu tindakan. Pesakit juga biasanya adalah terlalu aktif terhadap persekitaran dan hidupnya. Juga mudah diransang oleh persekitaran dari luar.


Dan Phelps sendiri pada usia 19 tahun, tahun 2004 ketika itu, dia sendiri pernah ditahan polis atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol. Aduh, nampak tak bagaimana orang yang benar-benar berjaya saat ini pun pernah merasa detik kegagalan saat lalu.


Jadi, apa yang berlaku padaPhelps? Bagaimana Phelps boleh bangun dan menjadi cukup hebat walaupun satu ketika dulu dia pernah mengidap ADHD?


Bila ditanya mengapa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku, Phelps hanya menjawab, “it was an isolated incident.” Dan Phelps terus bangkit. Dia tidak lagi menoleh ke belakang. Mulai 2004, Phelps masuk ke University of Michigan di bidang pengurusan sukan sehinggalah ke tahun 2008. Dan dalam jangka masa itu juga Phelps mampu memenangi 6 pingat emas di Athens.


Lihat, bagaimana kesungguhan sering kali melepasi apa yang selalu kita jangka. Kita ni sebenarnya hebat. Kita boleh lakukan perkara jauh yang kita sebenarnya fikirkan. Cuma nak atau tak nak.


Tahun 2008, Phelps meninggalkan University of Michigan dan kembali ke Baltimore City di Maryland, Amerika Syarikat untuk membuat persiapan ke Olimpik Beijing. Dan akhirnya Phelps berjaya mencapai apa yang diinginkan dalam hidupnya. 8 emas yang diperolehinya di Beijing membuktikan kesungguhan dan kemahuannya yang benar-benar kuat ke atas impiannya. Dia berjaya bangkit daripada zaman ‘budak jahat’ ketika usia remajanya.


Lalu anda bagaimana? Serlahkanlah kemampuan dan kebolehan kita. Kita mampu, kalau kita mahu!


-------------------------------------

*diambil dari sini

*penulis adalah salah seorang pelajar cemerlang yang famous di mesir.. siapakah die?? cari sendiri jwpnny

"You Reap What You Sow !"


"Cintai Rasulullah, Pemangkin Biah Solehah"


"Ilmu didahulukan, Pencapaian Diutamakan"

Tuesday, April 6, 2010

Donlod2~!!

salam alaik..

setelah bersusah payah saye menghaplod, maka silelah kalian semua mendonlod pulak ye... ni slide kelas dr.nesrene td...

dalam slide ni ade jadual yg doc kate sangat2 penting.. sesape yg x gi kelas td n yg x sempat salin, silelah mendonlod jugak..

juge x dilupakan, kepada sesapa yg sempat salin tpi nk version slide punye, silelah donlod jugak...

x dilupakan kepada mereka2 yg ade banyak ruang legar dalam hd (hd komp masih kosong), silelah donlod jugak..

juge kepada adik2 tahun 2 dan tahun 1 yg datang menjenguk blog ini, silelah mendonlod jugak supaya anda2 semua boley siap2 tuk tajuk nosocomial pada tahun mendatang...

jugak kepada abang2 kakak2 tahun 4 dan 5 yg nk refresh kembali memori silam (cewah), boley la mendonlod jugak....

pendek kata, jom mendonlod~!

nah link--------> (link)

-affan

-Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah-
-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Monday, April 5, 2010

Makluman minggu kuliah terakhir

Salam kepada rakan2 setahun tiga sekalian. Menyampaikan beberapa pengumuman dari tahuntiga Mumtaz~


1) hari esok (selasa, 6 April) ada kelas microb nosocomial infect pukul 8-10, 10-12 kelas revision utk slide parasit, 12-2 ptg kelas free tuition gamaah patho oleh dr Bassem.
2) kelas hari rabu, 7 April , pathology seperti biasa, habiskan 2 tajuk last, lymphoid tissue+leukaemia dan nervous system
3) kelas hari khamis, 8 April pukul 8-10pagi, da revision slide patho kali terakhir.
4) hari jumaat 9 April cuti. Dan hari sabtu 10 April exam pharma mcq post midterm. semoga tenang tenang semua~

*sesiapa xbayar lagi yuran pharma tuition, Le420, esok hari last
*sesiapa yang nak beli VOIP dari Unit ekonomi, promosi Le50, esok jugak hari last
*Kalau masih ada sesiapa lagi tak hantar buku Pract Parasit, boleh berbuat demikian secepat mungkin (sebab ada senarai nama kat Department Parasite, yang belum hantar lagi, ternampak beberapa nama Malayzee di situ)

Sekian makluman,
Salam Exam Fever, Salam Kempen Biah Solehah


Cintai Rasulullah Pemangkin Biah Solehah

Ilmuan berbakti, teguh sehati

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Exam Fever Campaign

-Ilmu didahulukan, Pencapaian diutamakan-

Sunday, April 4, 2010

minta maaf

salam.

dari pihak kami ingin meminta maaf atas kecacatan program selama program dijalankan. maaf sangat sangat. terima kasih banyak banyak atas kerjasama anda. harap tiada yg terguris hati dan terkecil hati. semoga di berikan kekuatan dan kejayaan yg hakiki bersama sama.

dari,
Pengarah program Gen-X.


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Saturday, April 3, 2010

Jadual Berubah Lagi

* Sheet Microb : exam buku practical microb, so, exam practical 22/4 nanti hanya 'identify' shj ok!

** sile amek perhatian : exam oral microb pukul 10, exam sheet pukul 9

Cintai Rasulullah, Pemangkin Biah Solehah

Ilmu Didahulukan, Pencapaian Diutamakan