Thursday, February 4, 2010

SAKARATULMAUT

SAKARATULMAUT....

Assalamualaikum sahabat2 kita di luar sana...
sihat smuanya??bagaimna dgn perancangan cuti korg smua??smuanya baik2 belaka??
alhamdulilah..smoga smuanya berjln dgn lancar...insyaAllah...
erm..knapa mula2 jer ada tajuk bsar bertulis SAKARATULMAUT diatas tu??
korg tahu tak apa mksd sakaratulmaut itu??
baiklah..
entry sya kali ni ingin berkongsi pngetahuan + cerita+ dan pngalamn mngenai ilmu yg berkaitan dgn sakaratul maut...
kita kongsi sama2..salah silap tlong perbetulkan yer…

Bismillahirahmanirahim...
sakaratul-maut itu adalah
dari bhasa Arab terdiri atas dua patah iaitu ‘sakarat’ dan ‘maut’.
Sakarat tu jamak yer..
so tunggalnya adalah sakrah
yg beerti mabuk-mabuk mati...
ok dah paham mksd sakatul maut tu??
sbnrnya bnyk lg pndpt dan pndgn mngenai mksd itu yg sya rasa cukup sekadar kita memahami yg ringkas2 jer..
dan mudah difahami..ok..hmmph..
bila agak2 nya proses sakaratul-maut itu berlaku yer???
persoalan yg sering kita dengari dimana2 shaja.
Baiklah..sakaratul maut itu mula meningkat dikala…..
stop jap!!
sblm tu sya nak awak2 smua bayangkan seboleh2-bolehnya...
gna korg pnya imaginasi yg mantap2 tu..ok.

Tuesday, January 26, 2010

Really? We are muslim doc-to-be?

Salam

Sunyi blog ini tatkala musim imtihan
Boleh dengar suara katak bersahutan... gribit gribit
Boleh dengar juga suara cengkerik (kalaupun ada)...
Demi memastikan medium satu ini tidak berhabuk dan bersawang
Saya tinggalkan saya dan sahabat2 akan nasihat ini :


Kata Dr.Hamdi Mas’ud dalam kitabnya Daur at-Tobib al-Muslim fi nasyri Ta’alim al-Islam bermaksud:

“Adapun bagaimanakah cara untuk seseorang doktor itu membawa pesakitnya ke jalan menuju Allah ketika melaksanakan tugasan dirinya.. hendaklah berusaha dalam kadar waktu yang mengizinkan untuk memasukkan ke dalam benak fikiran dan hati pesakit akan kefahaman Islam yang sebenar.. bertitik-tolak dari kefahaman Islam yang sebenar inilah, seseorang doktor itu mampu mendekatkan pesakitnya akan hakikat Tauhid dengan menyatakan bahawa segala perkara yang terjadi adalah di bawah kekuasaan Allah.”

Dari Dr. Nada Abd Azez Mohamed al-Yusfi, dalam kitabnya Ila at-Tobib wa Tolib at-Tib Kaifa Takhdimu al-Islam:

“Sesengguhnya doktor yang hidupnya adalah untuk dirinya sendiri tanpa memikirkan orang lain di sekelilingnya dan tidak meletakkan di hadapannya tujuan dakwah yang menggunung, juga tidak melapangkan masanya sejam sahaja dalam seminggu untuk mempelajari ilmu agama dan menghafaz apa yang patut dari al-Quran, juga tidak memikirkan apa yang perlu dibuat untuk Islam terhadap ilmu perubatan yang dianugerahkan kepadanya, maka keadaannya kadang-kadang banyak rehat, hidup matinya dalam keadaan jiwanya kerdil. Adapun doktor yang berjiwa besar sanggup memikul tugasan yang penat ini, tidak mementingkan urusan tidurnya, waktu rehatnya, berada di atas tilam empuk dan kehidupan yang senang-lenang disamping harta benda yang memuaskan. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah memberitahu keadaan sepatutnya dan bersabda kepada Ummul Mukminin Saidatina Khadijah: Telah berlalu masa untuk tidur wahai khadijah. Maka kami ingin menyatakan di sini: Telah berlalu masa untuk kamu tidur dan pejam lelap wahai penuntut-penuntut bidang perubatan!”


Salam imtihan!
Semoga setiap usaha membuah berkat dan redha dariNya
Tuhan Yang Esa, pemilik mutlak jiwa2 hamba


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Monday, January 18, 2010

MUSLIM doc to be?

assalamualaikum kpd sahabat sekalian
kpd ikhwah mahupun akhawat
kpd lelaki mahupun perempuan
kpd mahasiswa mahupun mahasiswi..
kpd yg sedang membaca kalam ini moga Allah kurniakan kesihatan
dan kesejahteraan pd roh yg berada didlam jasad
dan pd diri lahiriah.. yang nampak dek mata kasar... :)

ingin berkongsi sebelum exam yg akan dtg...
moga Allah bukakan pintu hati anda semua
moga Allah lapangkan dada anda semua
moga Allah kurniakan KEJAYAAN kpd anda semua

disini saje2 la ingin membangkitkan isu kemana hala tuju kita sebagai
doctor yg mengetaui dirinya adlh seorg MUSLIM
yaitu seorg yg beriman pada ALlah
yang menyatakan secara lantangnya
LA ILA HAILLA LLAH MUHAMMADUR RASULULLAH!
apa kata Allah dan apa kata rasul itulah yg akan dpatuh!

to be MUSLIM doc
Ibn Qayyim menyebut ttg seorg yg menjadi doctor (pengamal perubatan yg mahir)
perlu ada 20 ciri didlam rawatan yg diberikan:

1.mengenalpasti jenis penyakit.
apakah jenis penyakit yg menimpa patient.

2. mengenalpasti punca penyakit

3. mengenalpasti kekuatan patient.
adakah dia mampu melawan penyakit atau tidak?
jika mampu utk melawan penyait dan mampu utk mengalahkannya,
dia akan biarkan penyakit itu kerana dia kan baik dgn sendiri.

4. suhu badan ketika normal

5.suhu badan akibat terjadi penyakit

6.umur pesakit

7.adat kebiasaannya

8.keadaan cuaca atau musim yg berlangsung pa tahun itu

9. negeri tempat tinggal pesakit dan tanah buminya.

10.keadaan udara pada masa sakit.

11.mencari ubat yg dpt melawan penyakit.

12. mengenalpasti kekuatan dan mutu ubat dan menseimbangkannya dgn ekuatan pesakit.

13. tidak bertujuan menghilangkan penyakit sahaja.
sebaliknya bertujuan menghilangkan dlm bentuk yg boleh melahirkan jaminan,
tidak akan timbul lagi penyakit yg lebih teruk dr tu.

14. memberikan rawatan kpd penyakit yg mudah dirawat terlebih dahulu
pengamal perubtan yg mahir akn merwat dgn sistem makanan terlebih dudlu sblum
memberikan ubat2an. apabila dia memberikan ubat2an dia kan berikan ubat yg ringan dahulu sebelum ubat2an yg berat.

15. mengenalpasti penyakit. adkah boleh dirawat atau tidak.
kalu tidak boleh dirawat, hendaklah diusahakan supaya penyakit iu tidak semakin berat, dan tidak memaksanye menggunakan ubat2an.
jika penyakit itu booleh dirawat , hendaklah dikenal pasti adakah boleh dihilngkan atau tidak?
jika tak boleh hilang adkah boleh dikurngkan atau diringankan tau tidak?
jika tak dpt nak ringankan atau kurangkan penyakit tersebut dan pengamal perubatn berpendapat boleh diberhentikan penyakit tersebut atau disekat kemelaratanyya hendaklah dia melakukan dgn niat tersebut.
juga perlu mebantu patient utk melawan penyakit dan menggandakan ubat.

16. tidak memberikan ubat kpd pesakit selagi belum dipastikan makanan yg diberikan dpt diterima olehnya.

17. mempunyai pengalaman tg penyakit2hati dan rohani dan ubat2anya.
kerana ia merupakan asas penting bg rawatan tubh badan.

18.bersikap lemah lembut dgn pesakit. sbgmana yg dilakukan kpd bayi.

19. menggunakn segala jenis rawatan sama ada material atau spiritual.

20. menjadikan rawatan dan urusan yg berkaitan dgnnya berkitar sekitar 6 rukun:
-mengekalkan kesihatan yg sedia ada
-memulihkan kembali kesihatan yg hilang sedaya yg mungkin,
-menanggung kerosakan yg lebih kecil
-demi menghapuskan kemudaratan yg lebih besar
-meluputkan kemaslhatan(kebaikan) yg lebih kecil
-demi mendapatkan kebaikan yg lebih besar
*6 rukun ini menentukan dia pengamal perubtan yg mahir atau tidak
skrnya xde 6 rukun ni dia bukanlah pengamalk perubatan yg mahir dlm ertikata yg sebenar.


kesimpulan: cube2lah kita fahami kate2 ulama' terdahulu dlm mengkategorikan DOCTOR yg sebenar dan bandingkan kita dgn kategori ini. dimana kita?..

p/s:kalu ade pape yg tak faham boleh tanya apa yg tahu akan dijawab kalu apa yg saya tak tahu saya akan tanyakan pd mereka yg mengetahui.insyaAllah

oleh: zulhakimi
rujukan :fiqh perubtan semasa
penulis: as-Syeikh walid bin rasyid as-Sua'adain


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

maklumat penting untuk sahabat-sahabat.

asslamualaikum kawan-kawan...

selamat berusaha untuk semua...
hari-hari menjelang peperiksaan pertengahan tahun makin menghampiri kita...
usaha yang terbaik,usah gentar...
saat-saat emas ni kita guna dengan penuh bijak...
InsyaAllah kejayaan tak kemana...
menjadi milik kita semua...hehehe

ni, ketua kelas dan penolong kita semua ada nk beri pesanan terakhir...
mereka berdua cakap,ini semua dari department punya...
penting tuuu...
semua kawan-kawan kena cakna...

jom kita layan..

1)maklumat tentang exam.

Pharmacology
tajuk-tajuk yang masuk exam adalah :
-Pharmacology of ANS
-Pharmacology of Renal
-Pharmacology of CVS
-Pharmacology of Autocoids
-Pharmacology of GIT

*60 soalan berbentuk MCQ = 1 soalan half marks = total 30 marks


Pathology
Semua yang kita belajar akan masuk exam.sehingga kuliah yang terakhir kata notis yang dikeluarkan oleh department.jadi,yang masuk exam adalah GENERAL DAN CVS PATHOLOGY.



Microbiology
seperti yang anda tahu,soalan ada 40.
iaitu:-30 soalan MCQ
-10 soalan True/False

tajuk-tajuk yang terlibat adalah :
-immunology
-systemic bacteriolgy(sehingga myobacterium)



Parasitology
mesti kawan-kawan semua tahukan...macam ym yang diforward tu.hehehhe...
sebenarnya saya lupa.tapi yang saya ingat hanya MCQ dan True/False.


2)Jawapan untuk soalan Parasitology


sila klik gambar untuk lihat dengan jelas.


yang ni satu lagi kawan-kawan.





wassalam

oleh:fattahhamzah





-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Sunday, January 17, 2010

Slide CVS patho



Salam, ini link untuk slide CVS disease Dr yang ajar untuk pathology tadi..Sila download , penat saya upload kat 2 jam lebih coz internet lembab.

slide ni penting sebab ade gambar2 clinically. sangat membantu untuk memahami.

http://www.4shared.com/get/199724653/411dc769/DISEASES_OF_CVS_Final_word.html

daripada hanif & Bullet


-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-

Saturday, January 16, 2010

Mari berdoa! ('',)v

Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya : "Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala apa yang Engkau kehendaki."


Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya : "Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas segala setiap sesuatu."


Doa ketika memasuki dewan peperiksaan

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya : "Dan katakanlah : "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku." (17:80)


Doa ketika menerima kertas soalan

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, suapaya mereka faham perkataanku."


Doa ketika sukar menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri dengan sendirinya, dengan rahmatMu aku memohon pertolongan."

atau

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya : "Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang Engkau jadikan kesenangan padanya. Dan Engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang, jika Engkau kehendaki."


Doa jika terlupa jawapan

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya : "Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkanlah barangan dan maklumat yang hilang daripadaku."


*~Selamat beramal!~*

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang-orang yang berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (2:186)

wallahua'lam.

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-