Thursday, January 12, 2012

PENDAFTARAN seminar perubatan islam...






















Terdapat 2 cara pendaftaran;
A.Isi borang secara online
B. Menghantar sms

Sila ambil perhatian

1.Sila pastikan nama anda tidak tersenarai dalam Senarai Nama Kelayakan Automatik

2.Pendaftaran hanya diambil kira pada jam 7.00 pagi/Jumaat/13Januari 2012 hingga jam 11.59 malam/Selasa/17 Januari 2012. Selain daripada tempoh waktu yang ditetapkan tidak akan dilayan.

3.Bagi memudahkan pihak ajk pelaksana, kami berharap warga PERUBATAN yang mempunyai kemudahan internet untuk mendaftar melalui borang online. Cara pendaftaran melalui sms hanya dikhaskan kepada warga PERUBATAN yang tidak mempunyai kemudahan internet.

4.Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat; sebarang kesilapan/kesalahan akan menjejaskan anda sendiri seperti urusan lanjutan berkaitan program, urusan taip sijil dan urusan penginapan.

5. Untuk penginapan, kami mengesyorkan anda mencari penginapan di rumah-rumah sahabat anda di Kaherah sebelum meminta untuk kami sediakan penginapan kerana penginapan yang kami sediakan mungkin terhad dan tidak sesuai dengan cita rasa anda.

6. Akhir sekali, sila semak email anda sekurang-kurangnya 12 jam selepas pendaftaran dibuka kerana insyaAllah kami akan menghantar email pengesahan pendaftaran bahawa maklumat anda telah diterima oleh pihak kami.

7. Seberang pertanyaan dan masalah boleh hubungi;
Mohd Ihsan Hamdan, Tahun 5 Cairo[01521725008]
Khairunnisa Abd Rahman, Tahun 4 Cairo[0119946973]

A. Pendaftaran secara online

Bagi mereka yang mempunyai kemudahan internet, anda diharapkan dapat mendaftar secara online. Sila klik gambar di bawah untuk mengisi borang


B. Pendaftaran melalui sms
Bagi mereka yang tiada kemudahan internet, anda semua boleh mendaftar melalui sms. Berikut adalah butir-butir yang diperlukan;

1-Nama penuh [seperti dalam passport]
2-Jantina[L/P]
3-No kad pengenalan
4-No telefon
5-E-mail utama
6-Universiti [Kaherah/Ainsham/Azhar/Iskandariah/Mansurah/Tanta/Zagazig]
7-Fakulti [Perubatan/Pergigian/Farmasi]
8-Tahun pengajian
9-Penginapan: perlu(P)/tidak disediakan oleh ajk pelaksana(T)
10-Catatan penting untuk perhatian ajk pelaksana [allergy, kahwin, ada anak, dsb]

Contoh:

ALI BIN AHMADL890122-03-5891011-1234567ali_smart@yahoo.comKaherahPerubatan2
Talergi pada udang dan mempunyai anak

Hantarkan kepada :

Ikhwah—>AHMAD AFIQ FADHLI BIN RAMLI [0119267378]

Akhawat—>AMARLINA BINTI AHMAD [01119947082]

Kerjasama dari anda semua amat dihargai. Sekian terima kasih.



Eksekutif Pendaftaran, Promosi dan Multimedia PWtC’12
Mohd Ihsan Bin Hamdan
Khairunnisa Binti Abd Rahman


p/s : ni link utk pendaftaran...
--->


Mentaqarrub diri kepada Allah,profesional doktor dalam genggaman

1 comment:

nadirahramli said...

owhh..ikhwah dftar kat adik sy :)
waahh..x percaya~~