Wednesday, June 29, 2011

Hari ini Hari ISRA' MIKRAJ

Assalamualaikum....

Dalam kalut bergelut dengan paper written ENT hari ini

Mungkin kita terlupa dengan kedatangan antara hari yang terpenting dalam tujuan penghidupan manusia

Lewat maghrib semalam membuka tirai 27 Rejab

Malam baginda Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa diIsra' (perjalanan di malam hari) dan Mikrajkan (perjalanan naik ke langit)

Permulaan kita diperintahkan menunaikan rukun Islam kedua, lima kali sehari

Perlu ingatkan diri akan beberapa siri pengajaran yang boleh diperoleh, terutama berkenaan bagaimana baginda SAW diperlihatkan dengan peristiwa – peristiwa seperti;


· Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


· Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).


· Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.


· Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.


· Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.


· Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.


· Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.


· Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.


· Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.


Dan kita? Di manakah kita? Semoga Allah jauhkan kita dari tergolong sedemikian rupa...


Artikel asal

Artikel Isra' Mikraj 2


IKLAN:

Klik untuk tumbesaran lebih sihat

1) Sesiapa nak menempah barang2 sebegini untuk bawak balik Malaysia, sila-silalah menempah dengan Unit Ekonomi okeh?

2) Oh, ada wallpaper Jadual Exam kita, kot rasa nak boost up semangat belajar, juga bagi warning jangan mengadap laptop lama2 =)

3)Dan wallpaper ini juga! Menang kotor dengan meniru?



-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-