Tuesday, April 5, 2011

PASCA REVOLUSI

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang


Revolusi, sinonimnya perubahan, seerti juga dengan pengislahan. Walau tajuk nampak gah, tak berniat pun nak ulas apa yang terjadi. Bukan bidang, dan tidak berapa pakar. Maka teruslah taip kepada isi pokok artikel.

Semua sudah baca isu terkini di blog PCM?Atau lebih spesifik, pandangan beberapa pihak di Malaysia terhadap kita-kita di sini? Jika belum, apa kata ambil masa seminit dua untuk menjenguk?

ARTIKEL 1

ARTIKEL 2


Kedua-duanya adalah isu lama yang sudah jemu kita dengar di sini. Walaubagaimanapun, ia isu yang agak baru di Malaysia. Setidak-tidaknya, isu yang baru ditimbulkan kepada khalayak umum oleh pihak media, sedangkan sudah berbelas kali kunjungan para menteri dan delegasi dari Malaysia menziarah Mesir. Baru kali ini nampaknya isu mengenai kita diperbesar. Tahniah kerana cakna, takziah kepada kita.

Kenapa takziah? Kerana isu ini isu besar (atau saya sahaja yang nampak ia besar?). Isu ini melibatkan kita, spesifiknya, kerana batch 2007/2008 perintis kepada kemasukan pelajar perubatan dan pergigian secara beramai-ramai ke Mesir, khususnya tempat yang paling popular, Mansurah. Kitalah yang bakal pulang berbondong-bondong dalam nilai yang ramai,berbanding batch lain.

Banyak pro dan kontranya artikel ini. Tapi suka untuk mengulasnya dari sudut optimis, biarlah laporan yang agak pahit untuk ditelan ini kita terima dengan dada yang lapang, dan minda yang berfikir. Betulkah kita seperti yang dilapor?Jika tidak seratus peratus tepat, sekurang-kurangnya sipi-sipi kena tepat ke jantung. Sudah banyak kegemilangan yang dicipta di sini, namun kenapa masih tak mampu menutup berita kegagalan pelajar-pelajar Mansurah di mata masyarakat luar? Itu persoalan yang ingin ditimbulkan.

Jika saat ini anda rasa tidak bersalah kerana anda tidak tergolong dalam kalangan seperti dalam artikel berkenaan, maaf, saya agak menyampah sedikit. Kerana walau keputusan kita sudah agak selesa, tapi kita semua akhirnya nanti akan bawa nama pelajar lulusan Universiti Mansurah untuk balik bekerja. Anda selesa jika anda dilabel tidak berkualiti, walhal yang membuat masalah itu pihak lain yang tinggal sekapal dengan anda walau tidur berlainan bantal? Saya kira tidak. Jadi isu ini isu ummat, isu kita bersama!

Bacalah, buat penilaian dengan teliti. Paling penting diharap laporan media Malaysia ini setidak-tidaknya membuat kita panas punggung untuk keluar daripada zon selesa, kepompong RTM (Rehat,Tidur,Makan –kredit kepada Ustaz Fadhil atas istilah ini) yang selama ini membalut kejap hidup seharian. Perbaiki apa yang kurang- tepati masa, sikap malas ke kuliah, tidak hormat guru dan kawan, serta sifat-sifat negatif lain yang sewaktu dengannya. Hargailah jasa sahabat-sahabat yang bersusah payah akan sesuatu kerana kita.

Yang menulis ini juga tidak sempurna, jauh lebih buruk dan tidak gemilang terbilang jika hendak dibanding dengan sahabat-sahabat sekalian. Namun semoga apa yang dicetus ini boleh menganjak paradigma kita. Sebagai doktor muslim, lepasan Mansurah, lulusan Mesir. Benarkah, kita hebat seperti didakwa? Atau hanya indah khabar dari rupa?

Semoga berhasil menjadi booster untuk study kita!

Salam EXAM FEVER CAMPAIGN~







-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-