Monday, March 7, 2011

AYUH KEMBALI KE SEKOLAH!



Surat rasmi ini dikeluarkan untuk memaklumkan mahasiswa/wi Universiti Mansurah, bahawa tarikh mula kuliah Universiti Mansurah adalah 5 Mac 2011 bagi mahasiswa/wi Perubatan Konvensional & Perubatan Manchester yang telah berada di Mansurah sahaja supaya para pelajar tidak ketinggalan dalam pelajaran. (Tertakluk pada pindaan)

Tarikh permulaan kelas yang rasmi bagi semua mahasiswa/wi Perubatan Konvensional & Perubatan Manchester secara umumnya adalah pada:

12 Mac 2011 - Pelajar Klinikal
19 Mac 2011 - Pelajar Pra-Klinikal (Tahun 1,2, & 3)
19 Mac 2011 - Pelajar Farmasi & Pergigian

 

Pihak universiti akan cuba sedaya upaya bagi menyediakan cara alternatif bagi para pelajar yang tidak dapat mengikuti kuliah pada tarikh 5 Mac 2011, agar para pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Pesanan daripada Dr. Nasrene, beliau mengingatkan supaya para pelajar dapat menguruskan pembayaran yuran pembelajaran sementara masih di Malaysia. Beliau juga turut berpesan supaya jangan terlalu risau dengan keadaan di Mesir sekarang ini, dan mengucapkan selamat kembali ke Mesir.

Diingatkan bagi pelajar yang masih belum menduduki peperiksaan, pihak universiti akan berbincang supaya tarikh peperiksaan akan dianjakkan sehingga semua calon peperiksaan pulang ke Mansurah.


p/s : bagi sesiapa yang sudah mempunyai tiket dan tarikh muktamad untuk pulang ke Mesir sila isi borang ini yea..link

-dahsyatkan potensi dirimu, raih prestasi luar biasa-

No comments: