Sunday, October 10, 2010

Sudah Ada NOC/SSLN Belum?

Survey Mahasiswa/wi Universiti Mansurah yang telah ada atau belum ada Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN/NOC)

Assalamualaikum. Makluman Penting.Susulan daripada lawatan Malaysian Medical Council baru baru ini, pihak Malaysian Student Department (MSD) meminta supaya mahasiswa/wi sains kesihatan Mansurah mengisi Borang Survey Mahasiswa/wi Universiti Mansurah yang telah ada atau belum ada Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN/NOC). InsyaAllah Borang Survey ini akan diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kerjasama daripada anda semua amat diharapkan. Terima kasih.

untuk mengisi sila klik link ini

maklumat tambahan dari saya :

Saya juga antara yang menghadiri perjumpaan bersama MMC dan KKM haritu, pada pendapat saya survey ini amat penting untuk KPT Malaysia mendapatkan maklumat berkenaan student yang sudah mempunyai atau masih belum mempunyai NOC supaya mudah untuk mereka merangka dan menjalankan tindakan selanjutnya.

Mereka menyatakan NOC amat penting bagi dua keadaan. Pertamanya, untuk memohon tajaan dan zakat. Keduanya, untuk mendaftar dibawah MMC dan bekerja sebagai seorang doktor.

Jika anda tidak mendaftar di bawah MMC, anda tidak layak untuk menjadi doktor, jika anda tidak layak, anda tidak akan melalui perkhidmatan wajib selama 5 tahun. Tanpa perkhidmatan wajib itu , anda tidak layak untuk bekerja di peringkat kerajaan, swasta, persendirian mahupun apa2 pekerjaan yang melibatkan ijazah kedoktoran anda. Jika anda buat2 layak juga, penjara lah jawabnya.

Tetapi ada satu pilihan lain, selesai sahaja belajar di sini, anda boleh bekerja terus di mesir. hehe. selamat lah.

sekian.

Muhammad Abu Ubaidah

-ilmu didahulukan,pencapaian diutamakan-