Saturday, March 6, 2010

Do we care of others?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim…

Salam ukhwah buat sahabat2 sekelas semua. Sihat? Ke ada yang tak sihat? Kalau tiba2 ada simptom2 sore throat, mata dah berair macam baru lepas tengok cerita Korea, hidung pun macam ada stagnant mucous, macam biasalah, sila cari acethyl salicylate di farmasi2 berhampiran rumah masing2, ok? Jangan kasi bacteria2 tu duk lama2 dalam badan, nanti banyak pulak koloni dia duk ternak dalam tu.

Sebenarnya, takdela nak give an account pasal mana2 topics dalam pharma atau microb pun, saje je muqaddimah tu. Ya lah, bila bukak je blog, masih tarikh sama last updated. Bukak pulak esok, masih tajuk sama last posted. Bukak lagi lusa, masih gambar sama last published. Kalau tak salah short term-memory ni, dulu awal2 setiap orang ada taklifan suruh post something dalam blog,at least sekali, kan? Tapi xpela, masing2 sibuk, no biggie~ Jadinya, untuk mengelakkan kadar keboringan makin naik (Juga nak suruh admin blog bergembira sikit) , maka adala picisan sikit nak kongsi. Pasal apa? Haa, jom baca sampai habis.

Hari ni dah berapa haribulan kawan2? Ya, dah masuk 6 Mac 2010 (happy belated birthday sehari admin). Kalau betulla saya kira2, kita ni dah masuk lebih kurang tambah tolak adala dalam 147 hari dah melangkah ke Tahun Tiga. Macam tak percaya,kan? Balik kuliah, pergi tuisyen, masuk dewan exam, hadir program2 PCM, jaulah overseas, balik Malaysia lagi sekali, rupa2 dah separuh penggal naik 3rd Year. Alhamdulillah, kepada Dia selayaknya semua kesyukuran. Tapi, dalam kita riang ria gembira dengan hidup kita, rupa2nya kita tak sedar pasal orang lain. Percaya tak? Kita macam tak prihatin pasal orang lain.

Mungkin kita tak perasan. Ok mari saya buat catatan sikit siapa yang antara kelompok yang kita tak prihatin kepada dia ni. Antaranya la kan, saya taklah cukup rajin nak listkan semua, so setakat yang teringat dan termampu je la… :

1) Kawan2 sekelas yang tak hadir kuliah. Kita kata misi kita mumtaz bersama, aiseeh, macamana ni kawan2, kalau semua orang tak dapat input yang sama dari lisan dan kalam doktor gamaah? Sayangnya, kawan2 kita ni dah hilang sikit nikmat kenangan pahit dan manis hadir kuliah tahun tiga. Nanti hilang sikit part of memories nak story kat anak2 cucu cicit~

2) Kawan2 sebatch yang tak ada rezeki naik tahun tiga. Agak2 ada tak yang still tegur sapa, follow up tanya khabar pelajaran diorang, masalah susah payah diorang? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde, haa, boleh dah start2 pergi ziarah@ call tanya latest news diorang.

3) Ketua kelas dengan penolong kelas. Zulhakimi dengan Hidayah Ahmad saya nampak sangatla bersemangat kalau ada apa2 info nak bagitahu kat semua. Kalau ada pertukaran lecture tu, kalau boleh lepas je last word Dr. Nisrene bagitahu, terus nak call@YM bagitahu semua(ok, bit exaggerated,sorry~) Tapi macam tu la. Kita? Masing2 dah besar nak fikir kot.