Saturday, March 6, 2010

Do we care of others?

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim…

Salam ukhwah buat sahabat2 sekelas semua. Sihat? Ke ada yang tak sihat? Kalau tiba2 ada simptom2 sore throat, mata dah berair macam baru lepas tengok cerita Korea, hidung pun macam ada stagnant mucous, macam biasalah, sila cari acethyl salicylate di farmasi2 berhampiran rumah masing2, ok? Jangan kasi bacteria2 tu duk lama2 dalam badan, nanti banyak pulak koloni dia duk ternak dalam tu.

Sebenarnya, takdela nak give an account pasal mana2 topics dalam pharma atau microb pun, saje je muqaddimah tu. Ya lah, bila bukak je blog, masih tarikh sama last updated. Bukak pulak esok, masih tajuk sama last posted. Bukak lagi lusa, masih gambar sama last published. Kalau tak salah short term-memory ni, dulu awal2 setiap orang ada taklifan suruh post something dalam blog,at least sekali, kan? Tapi xpela, masing2 sibuk, no biggie~ Jadinya, untuk mengelakkan kadar keboringan makin naik (Juga nak suruh admin blog bergembira sikit) , maka adala picisan sikit nak kongsi. Pasal apa? Haa, jom baca sampai habis.

Hari ni dah berapa haribulan kawan2? Ya, dah masuk 6 Mac 2010 (happy belated birthday sehari admin). Kalau betulla saya kira2, kita ni dah masuk lebih kurang tambah tolak adala dalam 147 hari dah melangkah ke Tahun Tiga. Macam tak percaya,kan? Balik kuliah, pergi tuisyen, masuk dewan exam, hadir program2 PCM, jaulah overseas, balik Malaysia lagi sekali, rupa2 dah separuh penggal naik 3rd Year. Alhamdulillah, kepada Dia selayaknya semua kesyukuran. Tapi, dalam kita riang ria gembira dengan hidup kita, rupa2nya kita tak sedar pasal orang lain. Percaya tak? Kita macam tak prihatin pasal orang lain.

Mungkin kita tak perasan. Ok mari saya buat catatan sikit siapa yang antara kelompok yang kita tak prihatin kepada dia ni. Antaranya la kan, saya taklah cukup rajin nak listkan semua, so setakat yang teringat dan termampu je la… :

1) Kawan2 sekelas yang tak hadir kuliah. Kita kata misi kita mumtaz bersama, aiseeh, macamana ni kawan2, kalau semua orang tak dapat input yang sama dari lisan dan kalam doktor gamaah? Sayangnya, kawan2 kita ni dah hilang sikit nikmat kenangan pahit dan manis hadir kuliah tahun tiga. Nanti hilang sikit part of memories nak story kat anak2 cucu cicit~

2) Kawan2 sebatch yang tak ada rezeki naik tahun tiga. Agak2 ada tak yang still tegur sapa, follow up tanya khabar pelajaran diorang, masalah susah payah diorang? Kalau ada, Alhamdulillah. Kalau takde, haa, boleh dah start2 pergi ziarah@ call tanya latest news diorang.

3) Ketua kelas dengan penolong kelas. Zulhakimi dengan Hidayah Ahmad saya nampak sangatla bersemangat kalau ada apa2 info nak bagitahu kat semua. Kalau ada pertukaran lecture tu, kalau boleh lepas je last word Dr. Nisrene bagitahu, terus nak call@YM bagitahu semua(ok, bit exaggerated,sorry~) Tapi macam tu la. Kita? Masing2 dah besar nak fikir kot.



4) Pimpinan PCM. Walau saya tahu, xsemua antara kita menyenangi mereka(tak tahu atas alasan apa) Tapi pernahkah kita ni, at least pergi rumah Ikram Ishak pengerusi PCM tu, @ rumah Syamilah Mohamad Timb Pengerusi 2 tu,(Hanif Mahamud Timb Pengerusi 1 korang boleh je jumpa kat kelas,kan?) dengan niat ziarah tanya, “Ape citer budak2 Mansurah sekarang ni, kre, syamilah?Ada pape boleh kami tolong?” Agak2 mahu menitik air mata diorang kalau kita buat macam tu. Korang boleh bayang tak diorang kena fikirkan pasal dosa pahala anak2 buah diorang seramai seribu lebih ni? Kita nak jaga ahli beit 4,5 orang pun dah serabut kepala otak.

5) Pimpinan PERUBATAN. Haa, ni lagi power. Saudara Husaini Salleh Presiden PERUBATAN, saudara Najib Salleh Timb Pres 1, saudari Natrah Ahmad Kamil Timb Pres 2, sikit punya banyakla budak2 medic seantero Mesir ni diorang kena cakna. Kalau korang at least xtahu, xkenal, mahupun xkisah sangat, kurang2 boleh kot jenguk2 blog PERUBATAN ONLINE(http://perubatan.org/) yang penat2 diorang buat untuk hebah pasal aktiviti2 PERUBATAN, bertujuan untuk satu padukan semua budak2 medic. Btw, tema PERUBATAN tahun ni adalah ilmuan berbakti, teguh sehati.

Hurm, cukupla kot. Ni saya tak tahula, niat asal nak bagi kesedaran, minta maafla kalau termembebel di sini. Point saya sebenarnya, kita ni tak bolehla hidup sama2 kita je. Kena juga ambil kisah hal orang. Bukanlah niat nak jaga tepi kain ke apa, tapi memang macam tu lah kita ni digalakkan untuk bersaudara dalam Islam. Walau kita tak berapa berkenan dia buat, kurang2 kita tegur. Walau kita memang jenis hidup sorang2, kurang2 kita tanya suka sedih orang lain. Kerjasama tu sangat penting! Kalau nanti dah jadi doctor, nak work dalam satu team surgery xde kerjasama, wassalam la patient kat katil OT tu. Wonderpets kartun budak2 tu pun siap boleh buat lagu tema lagi.

Sampai sinilah rasanya untuk update sikit2(macam banyak). Oh sebelum terlupa, hari tu masa Majlis Maulidur Rasul UPI buat,ada pelancaran Kempen Biah Solehah, yang melibatkan 6 item2 kecil kat bawahnya, iaitu :-

1) Kempen Cintakan Rasulullah dan sahabat (sempena Maulidur Rasul)
2) Tanam mahmudah- Salam, senyum, dan sangka baik (3S)
3) Solat
4) Aurat dan Ikhtilat
5) Budaya Ilmu
6) Perpaduan

Kebanyakannya adalah berkisar tentang empat usul yang diluluskan masa Mesyuarat Tahunan Cawangan (MTC ) PCM tempoh hari, akademik, solat, biah solehah, perpaduan. Maka, marilah kita bersama2 menjayakan kempen2 yang penat dirancang oleh mereka2 yang berkenaan ni. Bukan untuk orang lain, untuk kita jugak. Kalau semua orang bagi kerjasama, maka nak belajar pun xpayah dah nak tension stress fikir pasal orang lain. Kalau tak penat je Saudara Nasa jadi Yang Berhormat berhujah dan jugak pegang janji semua orang time MTC hari tu. Kesian jugak kat Saudara Ubai fikir macamanala nak bagi akademik budak2 Mansurah ni cemerlang,gemilang,terbilang dan tak kena kutuk dengan orang lain. We are what we think we are, not what others think what we are! We do have a mission; 3rd Year Together Towards Mumtaz, so come on, we conquer and strive towards the excellence!

Till then, Salam Exam Fever!

3 comments:

izzati.abdullah said...

mantap r kak ha!cyaiyokk!*thumbs up* hidup upp..=)

Ubaik said...

tidak sangka saudari ber'artikel'~
*exam fever*

Muslim Doc-to-be said...

ubai ingt saudara ke yg berartikel..